- Saya la Unc.Bob tu.
- Saya lah suami pompuan
atas tu.
- Tapi saya dah takde
dengan dia di dunia sejak tarikh 04/03/2022
- Saya dah tinggalkan
dia dan anak-anak... hampir 3 tahun lebih.
- Dulu saya penah cakap
dengan dia, nanti bila anak-anak dah berdikari, saya nak
travel berdua jer dengan dia. Nak spend time tua bersama-sama.
- Tapi sekarang, dia yg
kena drive klu nak pegi mana-mana. Padahal selama ni, dia akan tido jer dalam
kereta, tau-tau dah sampai jer. Memang
saya ajar dia macam tu. Sebab dia dah sediakan semua kelengkapan untuk
kitorg travel.
- Dia dengan saya memang tak banyak bercakap, sampaikan sekarang ni pun dia banyak diam jer bila dia datang ziarah saya. Tangan dia cabut & gunting rumput… tapi air mata dia mengalir jer. Dia cakap dia rindu saya sangat-sangat, pastu dia cakap "awak dengar tak yang? JAWAP La!!!" dia lupa kot, yang saya dah takde lagi dalam dunia ni.
- Saya pun rindukan dia jugak.
- Tapi saya tau, dia dikelilingi dengan orang yang baik-baik.
- Korang nampak je dia gelak macam pontianak… tapi, sebenarnya… hati dia sepi sejak
saya dan abah tinggalkan dia. Kami berdua, orang yang terakhir ada dengan dia
sebelum kami tinggalkan dunia. Semoga dia dan anak-anak, akan baik-baik sahaja tanpa
kami berdua.