SPM2026




"Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Menunjukkan jalan yang lurus. Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari, kebijaksanaan menjawab setiap soalan dengan betul, serta ketepatan masa menyiapkan kertas peperiksaan.



Ya Allah, Ya Basit, Ya Fattah, lapangkanlah dada dan bukakanlah pintu kefahaman anak kami. Ya Salam, Ya Mu'min, kurniakanlah ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, dan jauhkanlah daripada rasa resah gelisah ketika menjawab soalan



Permudahkanlah urusannya dari kertas pertama hingga terakhir, berkat usaha serta ilmu daripada para guru. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin." 



Buat anakanda; Lu'lu Balqis Binti Nazzarul Zaid
Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia akhirat.
Dipermudahkan segala urusan.

Aamin...

❤️

  Sayang,
















ooooo Sayang...

















hmmm...







lama tak borak-borak...




Tak rindu eh? takkan la dah lupa.. baru je berapa tahun ni.

Melampau lah tu.







Nak cari boipren baru la macam ni... bosan... sunyi plak tu.



Anak-anak dah makin besar ni, semua dah buat hal sendiri.





Kesian lah kat orang. takde kawan gaduh pun... 


Aqib pun dah makin malas nak ikut pegi mana-mana.. nak dok umah or pegi lepak dengan kawan-kawan dia.


Dia dah pandai lepak dengan kawan-kawan la.... menci tau.



Dulu tak sabar nak anak-anak lekas besar suruh jadi besties mamy, sudah nya... ke lain plak jadi nya.





Hai lahhhh...



Lagi berapa hari lagi Lulu nak SPM... habis exam nanti, kompom la anak dara awak tu nak cari duit dulu. Then dia decide nk pegi belajar culinary plak. Hmmm... berjauhan la dengan anak dara tu nanti.


Tapi orang nak carikan tempat study yang dekat-dekat je.. tak mao yang jauh. Senang dia nak balik.



Hahahahaaa....



hmmm...




makin sunyi la lepas ni...


awak nanti datang peluk orang kejap, boleh tak sayang? 

dah lama sangat tak recharge battery la.

orang dah makin weak ni... nanti kalau terus kong, acaner?





😿😿😿

FAMILY DAY ARIS & Co' 2.0

 

Setelah sekian lama plan since MakEncheck ada lagi nak buat family day nya...

tapi apa kan daya.... πŸ₯Ή


FAMILY DAY ARIS & Co' 2021


Akhirnya terlaksana juga dated 17-19 Julai 2026 lepas.  

Ambil masa 5 tahun jugak untuk buat family day untuk kali ke 2 ni.. Apooo... macam la dok jejauh nye pon... 

Moga-moga 2 tahun sekali, boleh la buat lagi eh... 


Kali ni ke Melaka juga kiter nya...


Plan pun lebih kurang jer.. collect duit, cari hadiah, buat tshirt, ... ayoh laaa.. jalan.

Kiter layan gambar jer la yaa..



  
  

 



Tema malam hari...

-BBQ

- birthday celebration (July babies)

- exchange gift (anak-anak buah)

-pembahagian kumpulan untuk games esok nya.

 

 














Day 2
day - out door games
night - indoor games & lucky draw





















 

 

 






Makan Malam by team masak-masak.

Menu ala awe donde...
Bacaan yassin, indoor games, lucky draw dan show time...










Yang best nya, seat yang aku duduk tu...
Abd Adib mimpi malam tu, yang babah dia datang duduk kat situ.
Dok perati jer kitaorg.. tak cakap apa.. diam jer..
Alehh... marah la tu, tak hajak dier... 
Hahahhahaaaa...






  









day-3
Check out.








 

 


mana tah gambar family aunty ain ko ni... aishh!!!


Lepas check out, ayoh la kita cari asam pedas melakau.

Dan memandangkan CikApai tak pernah lagi jejak kaki ke Dataran Pahlawan, gegeh la kami semua bawa ke sana..

Lawatan sambil belajar ye anak-anak...

Doghehh la.