❤️

Sayang,
















ooooo Sayang...

















hmmm...






nak dengar citer tak???



Bobo dah nak kawin baru tau... hehehehee...

Malam minggu tu dpt noti dlm group wasap ART tu... orang maleh le nak layan.

Esok pagi nya, aRed congrats dia.. terus laaa.. waaahhh...

Tak sampi setahun Dila pergi, sampai dh jodoh baru... alhamdulillah..






Sayang,


awak tengok conversation kitaorg tu... harey kan... 


masa Dila meninggal dulu, Swal dah start kenen-kenen org dengan Bobo... hahahahhhaaa


Giler... sampai kan depan ustaz Yunus pun dia boleh cakap nak kasi ejas... bonggok!!! 😂



Sampaikan masa bila Bobo call or wasap, org layan tak layan jer... 

(tidak la dia sampai nak mengorat, cuma nak ajak borak ke.. tanya kabar)



Bila mana Swal call tanya kabar pun, dia ada mention yang orang mcm ignore Bobo jer... Bo cakap dgn Swal, June tak layan aku.. dia ingat aku nak ngorat dia kot?"! Hahahahaaa... 



Memang tak la nya.. Sebab memang tak nak bukak ruang tue...  sebab klu dah buka ruang, tak mustahil ruang tu akan terbuka luas... so, sebelum itu.. baik la... jaga dulu. Kita kawan jer la Bo...



Orang masih setia tau yang..... hahahahaa



Tapi next time, tak janji ehhh.... 



😆😆😆



Diorg cakap, sebelum couple or move to next step... korang memang kena bawak ke bilik meeting dulu eh?



Nape awak tak cakap pun dulu... siot la.



Rupanya kena soal siasat dengan kawan-kawan dulu, baru la approve eh? Nape orang tak pasan dulu eh.

Diorg cakap, time orang dulu, lepas.. sebab dah kenal.. sebab rakan seoffice... hahahhahaa... sib baik.

So, awak je yang kena soal siasat lebih... 




Orang baru tau bila diorg buka cite masa kat rumah aRed tahun lepas.


So, this time pun.. bakal Bobo pun akan melalui proses yang sama.. 

(Bak kata Lee la... ini tradisi) 




Dah tua-tua pun, perangai masing-masing pun masih sama lagi... haiiyarkkk!!!




Nanti kalau jumpa diorg, mesti orang akan perasan macam awak ada je sekali nanti... sama mcm dekat rumah aRed tu hari... duduk sebelah Lee, sambil hisap rokok... 




🥹🥹🥹




orang rindu awak...

🥹







BOOKWORM

Berangan, tak salah kan??? ...











Bagi penggemar buku... ini adalah impian...

😍 😍 😍

PRN2026

Apa itu PRN?



PilihanRayaNegeri. 


Berlangsung sudah tarikh 11 Julai 2026 Pilihanraya Negeri bagi negeri Johor.


Makna nya apa itu, hampir 5 tahun dah Parti Pakatan Harapan memerintah negara.

Akan berlangsung la nanti PRN negeri-negeri yang lain. Berserta Pilihan Raya Parliment.


Dan itu la dia cara untuk bentuk kerajaan bagi pemilihan Perdana Menteri. (itu kiter citer secara asas jer la ye.. nak lebih maklum, boleh search website kerajaan... tapi budak GenZ sekarang, more to ChatGPt  lah eh!)


Parti Pakatan Harapan gagal untuk menang majoriti di PRNJohor kali ni. I'm quite disappointed. Korang pun tau aku memang PANGKAH PARTI PAKATAN HARAPAN ni. Tapi kita releks jer la kan. Kiter doa jer untuk menang, tapi bila Allah berkehendak sebalik nya, menang la Parti Barisan Nasional itu.


Orang dok provoke aku, bila mana aku tak hire pun aku memang sokong parti mana. Terang-terang aku pilih PMX. sebab, aku impressed by his personality and educational background. Daripada zaman dia muda lagi dah memperjuangkan ketindasan bagi org miskin dan agama Islam. (korang cari la info... dan baca la profile dia.. nanti klu aku citer lebih, kata aku poyo. taksub la.. hish! macam-macam lagi. malas aku nak layan orang yang tak nak buka minda, untuk baca benda yang memberi manfaat kepada manusia lain.) lantak korang la. 

hak masing-masing khen...


(ke asbab dia la menteri yang pertama kali aku pernah jumpa depan-depan.. tahun 1986 dia datang rasmi Sekolah Rendah Lembah Keramat.. time tu dia jadi Menteri Pendidikan. nampak depan mata... terserlah aura kepimpinan nya... muka lembut dlm tegas.. camner nak describe eh..pandangan budak darjah 2...  cam tu lah)




Dalam Islam, memilih pemimpin adalah satu kewajipan bagi memastikan kemaslahatan agama dan rakyat terpelihara. Pemimpin yang dipilih mestilah memenuhi ciri utama al-Qawiyy al-Amin (kuat/berkeupayaan dan amanah/jujur). [1, 2]
Ciri-ciri terperinci merangkumi panduan berikut:
  • Berintegriti dan Berakhlak: Utamakan peribadi yang baik, adil, dan tidak melakukan maksiat secara terbuka (tidak fasiq).
  • Berilmu dan Berkemampuan (Al-Qawiyy): Mempunyai kelayakan, pengetahuan, dan kepakaran untuk menguruskan pentadbiran serta menjaga kebajikan rakyat.
  • Amanah dan Bertanggungjawab (Al-Amin): Menjalankan tugas kerana Allah dan tidak menyalahgunakan kuasa atau mengambil rasuah.
  • Beragama Islam: Bagi jawatan tertinggi yang melibatkan dasar utama negara, syarat utama adalah beragama Islam.




Kalau dalam parti korang, ada ciri-ciri seperti ☝🏼 ☝🏼☝🏼, sila bagitahu aku.. aku pangkah dlm pilihanraya nanti.


Selama PH memerintah, alhamdulillah.. walaupun tak sesenang mana, tapi tidak lah sampai menyusahkan. Harga makanan ruji, takde naik harga yang melampau. Mampu la beli telor sepapan bawah harga RM10 utk gred rendah.. (kalau kaya, amek la gred tinggi, yang Omega3 dll) harga ayam pun, tak lebih drp RM10 sekilo. (bukan seekor ye) sekilo.. baca betul-betul) untuk rakyat marhaen ni. alhamdulillah... untuk keperluan tu.. cukup!

Kalau kehendak, sampai mati pun tak pernah cukup!!!


Tu belum lagi rezeki lain yang rakyat dapat.. apatah lagi yang berpendapatan rendah... dapat SARA, dapat Perubadan Madani, Lesen MyB2, pengangkutan.. eh! banyak la... korang tau dan tak tau jer kan.. sebab malas nak amek tau.

Tapi bila org lain dapat, ko tak puas hati sebab tak tahu.. lagi tak puas hati sebab ko tak berkelayakan... memang la ko tak layak.. sebab kau tu berpendapatan tinggi.


Arghhh!!! lantak la korang nak cakap apa.. ini pendapat aku.. suka hati aku.


Kalau tak sependapat dengan aku, itu korang punya pasal.


Ini je sumbangan yang aku mampu buat untuk Rakyat Malaysia dengan memilih pemimpin yang bantu untuk bela rakyat miskin. dan PMX pun bukan manusia sempurna dalam melakukan tugas dia, tapi sebagai rakyat... aku nampak effort dia.

Orang kata, sama je siapa pun jadi Perdana Menteri... kalau sebelum ni, iya! aku mengaku.. memang sama jer... tapi INIKALI tidak sama.. sebab dia sendiri mementang rasuah...

tapi kalau dalam 1 organisani tu...staff, jabatan atau unit yang masih mengamalkan rasuah.. ko nak salahkan Leader tu jugak ker?


OOooo... iya la.. sebab dlm masyarakat Malaysia ni.. kalau anak yang buat salah, nama emak dan bapak la yang busuk... "itu la.. mak bapak tak ajar" kan... itu ayat biasa dengar kan.

Walaupun bapak dia Imam masjid, datuk, cikgu, professor... parents dah ajar jadi elok.. tapi perangai anak masih macam kurang didikan.. salah siapa?

(faham ke tidak maksud aku? ... aarggh!! lantak la. malas nak kasi faham orng yang bebal, sebab ada je orang yang berpendidikan tinggi, keje bagus-bagus pun boleh blame PMX ni. ada je yang tak kena walaupun dah berusaha buat benda yang baik.) Untuk korang yang berpendapatan tinggi.. TERIMA KASIH TAU!.. sebab korang bayar cukai... dengan cukai tu, banyak membantu utk ekonomi negara juga... (itu aku tak nafikan eh).. jgn salah faham...)


Tapi itu la, kalau dah TAK SUKA DENGAN SESEORANG, BENDA BAIK PUN YANG DIA BUAT PUN KO BUAT TAK NAMPAK JER...

tapi bila dengan orang yang KAU SUKA, dia buat apa je... even benda dah salah bagi bersuluh.. tetap la kau pilih jugak.


Ikut korang la.. sok sendiri jawap dengan Allah. jangan ingat benda ni tak kena soal dengan Allah ya.


eh.. emo pulak post kali ni... eehhh!!! suka hati aku la.. hehehee...


(sebenar nya... lama tak membebel hal politik, selalu bebel dengan Abah jer... selagi tak reda keadaan, selagi tu, hal ini yang dibual dengan Abah.... rindunya...

selalu kalau pilihanraya, mesti tunggu sampai dapat keputusan.. dok la depan t.v dgn abah.. tunggu siapa menang, siapa kalah...


Abah tak dapat tengok Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri... tak sempat... kalau abah ada, mesti abah bangga.... hilang lelah abah pegi reformasi.. pegi dengar ceramah....kena kejar dengan polis... hmmm.. tinggal kenangan dah...)



Pilihan Rakyat Johor, 



Thank you for your service Sir!
May Allah protect you.



Aku masih tak faham, WHY???

Boleh tak explain dengan aku, kenapa korang tak suka dengan Dato Sri Anwar Ibrahim ini?


12 TAHUN

Budak kecik ni, dah 12 tahun hari ni...


But he is still a baby in my eyes. 

Kadang-kadang panggil dia 'Baby'.. saje la emaknya nak mengada... hehehehee


Memula dulu dia mcm buat muka pelik, dan aneh sekali pandangan dia kat omak eh ni.


Lama-lama dia boleh adapt bila mana omak eh ni nak manja-manja dgn dia. 


For this moment, dia la yang banyak meneman compare dgn abg, kakak dia.. sebab diorg dah remaja dan nak masuk peringkat dewasa.. banyak masa diorg sendiri dan kawan-kawan.


Tinggal la yg si kecik berbadan besar ni dengan Mommy... sikit masa lagi, dah nak remaja ni... ada harapan la jugak perangai mcm abg & kakak nya tu. dah lumrah perangai anak-anak zaman sekarang kan... redha jer la. So, mamy kena cari boipren baru ke acaner ni? hahahahahaaa...


Selama ni DakMokMOk ni memang akan tidur dgn mamy... tapi bila start awal tahun ni, dah train dia utk tido sendiri. Dia tido luar, sebab dia memerlukan kipas yg besar utk menyejukkan badan. (dia kan putera lilin) mana blh panas khennn... abang & kakak dia bising, umur dah 12 tahun pun nak kena tido dgn mamy. Abg & kakak dulu umur 2 tahun dah kena train tido sendiri. Marah la diorg tu. Mamy klu dgn Aqib, semua boleh... hahahahahaa... nak buat macam mana.. anak bongsu khennn...


So skrg, mamy kena temankan dia tido dulu, baru la boleh masuk bilik... tapi kadang-kadang tu dia bangun tengah malam, tup-tup ada kat sebelah kiter ni... adooooiiii la anak.

Badan udah la besar, memang sempit la citer nya... bertabah je la mamy.


Anak-anak dah makin membesar, mamy pun dah makin mengecil among them.. walaupun badan mamy pn dah macam anak gajah ni.


Rindu zaman diorg melekat dgn kiter ni... zaman kecik-kecik... dgn babah diorg...  haish!!!


To Muhammad Aqib Bin Nazzarul Zaid,

Semoga menjadi anak yang soleh, yang tidak tinggal solat, belajar rajin-rajin, sihat selalu berjaya dunia dan akhirat.


Happy Birthday baby...

We loves u unconditionally ❤️ ❤️ ❤️


dua ketul ni la yang suka melayan ternak lemak DakMokMok ni. 
heheheheh


TRIAL SPM 2026

 Ujian Bertulis Peperiksaan Percubaan SPM 2026




Koranggg!!!



Hari ni dah start trial SPM 2026. My anak dara kiter tengah neves dlm class tue...

Mak nye pon neves la jugak... anak exam.. selalu time anak exam, mak nya puasa sunat.

Tapi disebabkan ada hadiah Allah beri utk makan ubat 6 jam sekali, so tak dapat la berpuasa.


Buat Lu'lu Balqis binti Nazzarul Zaid;

"semoga semuanya baik-baik sahaja..."



"Allahumma Ya Basit, lapangkanlah dada anakku. Ya Alim, Ya Hakim, kurniakanlah kefahaman, kuatkan ingatan, dan berikanlah ketenangan agar dia dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang."



Awak semua pun, tolong doakan anak kiter ya..



TQ tau!!


6 TAHUN

Diam tak diam, dah 6 tahun ulang alik dr Keramat ke Aman Putri weh.. 
(cer google kat mana daerah itu)


Atas dorongan En.Somie, gegeh la menerima pelawaan kerja kat sini. Kalau ikut tahap pe'malasan' yang melampau utk driving, memang idak la teman koje kat area sini.


Sib baik kiter jadi isteri solehah yang mengikut kata en.somie.. berkat, selamatttt... hehehe


Alhamdulillah... Allah hadirkan office environment yang best buat masa ni.

Dapa bos.bos.bos yang baik... apa lagi yang ko nk? 



Nape bos.bos.bos??? sebab kiter ada 3 orang bos wak. hehehee.


1 bos besar, 2 bos kecik... tapi masalahnya, 3-3 bos saiya ini muda drp saiyaaa laaa... 



Bos besar kiter tu, umur 1 taon muda drp kiter... tapi tetaplah panggil kiter ni 'akak' juge...



Tapi kiter professional la.. walaupun bos muda, kiter tetap hormat as a bos maaa... walaupun kadang² nya, kiter lagi garang drp bos ituewww..
 

🤣 🤣 🤣


nasib la bos...  


tapi kiter sayang wooooo dengan bos.bos.bos kiter ni... sebab nya.. diorg pun sayang sama saiyaa maaa...

lebih-lebih lagi bila dah jadi single mom ni... lagi la diorg taking care nye...


nak-nak bos besar kiter tue... haish.. kalau balik lewat, srh la update dlm group... klu dia ada kat office, kena plak aku puasa.. sibukkkk la srh buka puasa sesama..  klu tingin nak makan durian tu, laju jer srh budak-budak ni pegi belikan... hahahahahaaa

nampak tak, sayang ke tidak kat staff dia ni...



eehhhh!!!



jgn salah sangka yaaa... no.no.no....


kiter takde istilah scandal sama bos ya....


family bos.bos.bos semua dah macam family sendiri.... kitaorg quite close juga dgn bini.bini.bini. bos semua ya...


sebab bos besar ni, family man ya... kalau ada apa-apa event, family come first.


so anak & isteri masing-masing akan terlibat sama hokey...



Semoga Allah perluaskan lagi rezeki Tamadi Resources seperti luasnya lautan ciptaan Allah.
Semoga kami, staff² lain dapat mencari lagi rezeki Allah melaluinya.


Buat bos.bos.bos saya.... semoga semuanya terus sihat-sihat, bekerja dengan lagi kuat.
Dan jgn lupa bagi bonus, naik gaji dan duit raya setiap kali raya Aidilfitri dan raya Aidiladha beserta duit kocek klu kiter buat trip family day.


Saya sayang koraang semua kerana Allah...