Apa itu PRN?
PilihanRayaNegeri.
Berlangsung sudah tarikh 11 Julai 2026 Pilihanraya Negeri bagi negeri Johor.
Makna nya apa itu, hampir 5 tahun dah Parti Pakatan Harapan memerintah negara.
Akan berlangsung la nanti PRN negeri-negeri yang lain. Berserta Pilihan Raya Parliment.
Dan itu la dia cara untuk bentuk kerajaan bagi pemilihan Perdana Menteri. (itu kiter citer secara asas jer la ye.. nak lebih maklum, boleh search website kerajaan... tapi budak GenZ sekarang, more to ChatGPt lah eh!)
Parti Pakatan Harapan gagal untuk menang majoriti di PRNJohor kali ni. I'm quite disappointed. Korang pun tau aku memang PANGKAH PARTI PAKATAN HARAPAN ni. Tapi kita releks jer la kan. Kiter doa jer untuk menang, tapi bila Allah berkehendak sebalik nya, menang la Parti Barisan Nasional itu.
Orang dok provoke aku, bila mana aku tak hire pun aku memang sokong parti mana. Terang-terang aku pilih PMX. sebab, aku impressed by his personality and educational background. Daripada zaman dia muda lagi dah memperjuangkan ketindasan bagi org miskin dan agama Islam. (korang cari la info... dan baca la profile dia.. nanti klu aku citer lebih, kata aku poyo. taksub la.. hish! macam-macam lagi. malas aku nak layan orang yang tak nak buka minda, untuk baca benda yang memberi manfaat kepada manusia lain.) lantak korang la.
hak masing-masing khen...
(ke asbab dia la menteri yang pertama kali aku pernah jumpa depan-depan.. tahun 1986 dia datang rasmi Sekolah Rendah Lembah Keramat.. time tu dia jadi Menteri Pendidikan. nampak depan mata... terserlah aura kepimpinan nya... muka lembut dlm tegas.. camner nak describe eh..pandangan budak darjah 2... cam tu lah)
- Berintegriti dan Berakhlak: Utamakan peribadi yang baik, adil, dan tidak melakukan maksiat secara terbuka (tidak fasiq).
- Berilmu dan Berkemampuan (Al-Qawiyy): Mempunyai kelayakan, pengetahuan, dan kepakaran untuk menguruskan pentadbiran serta menjaga kebajikan rakyat.
- Amanah dan Bertanggungjawab (Al-Amin): Menjalankan tugas kerana Allah dan tidak menyalahgunakan kuasa atau mengambil rasuah.
- Beragama Islam: Bagi jawatan tertinggi yang melibatkan dasar utama negara, syarat utama adalah beragama Islam.
Kalau dalam parti korang, ada ciri-ciri seperti ☝🏼 ☝🏼☝🏼, sila bagitahu aku.. aku pangkah dlm pilihanraya nanti.
Selama PH memerintah, alhamdulillah.. walaupun tak sesenang mana, tapi tidak lah sampai menyusahkan. Harga makanan ruji, takde naik harga yang melampau. Mampu la beli telor sepapan bawah harga RM10 utk gred rendah.. (kalau kaya, amek la gred tinggi, yang Omega3 dll) harga ayam pun, tak lebih drp RM10 sekilo. (bukan seekor ye) sekilo.. baca betul-betul) untuk rakyat marhaen ni. alhamdulillah... untuk keperluan tu.. cukup!
Kalau kehendak, sampai mati pun tak pernah cukup!!!
Tu belum lagi rezeki lain yang rakyat dapat.. apatah lagi yang berpendapatan rendah... dapat SARA, dapat Perubadan Madani, Lesen MyB2, pengangkutan.. eh! banyak la... korang tau dan tak tau jer kan.. sebab malas nak amek tau.
Tapi bila org lain dapat, ko tak puas hati sebab tak tahu.. lagi tak puas hati sebab ko tak berkelayakan... memang la ko tak layak.. sebab kau tu berpendapatan tinggi.
Arghhh!!! lantak la korang nak cakap apa.. ini pendapat aku.. suka hati aku.
Kalau tak sependapat dengan aku, itu korang punya pasal.
Ini je sumbangan yang aku mampu buat untuk Rakyat Malaysia dengan memilih pemimpin yang bantu untuk bela rakyat miskin. dan PMX pun bukan manusia sempurna dalam melakukan tugas dia, tapi sebagai rakyat... aku nampak effort dia.
Orang kata, sama je siapa pun jadi Perdana Menteri... kalau sebelum ni, iya! aku mengaku.. memang sama jer... tapi INIKALI tidak sama.. sebab dia sendiri mementang rasuah...
tapi kalau dalam 1 organisani tu...staff, jabatan atau unit yang masih mengamalkan rasuah.. ko nak salahkan Leader tu jugak ker?
OOooo... iya la.. sebab dlm masyarakat Malaysia ni.. kalau anak yang buat salah, nama emak dan bapak la yang busuk... "itu la.. mak bapak tak ajar" kan... itu ayat biasa dengar kan.
Walaupun bapak dia Imam masjid, datuk, cikgu, professor... parents dah ajar jadi elok.. tapi perangai anak masih macam kurang didikan.. salah siapa?
(faham ke tidak maksud aku? ... aarggh!! lantak la. malas nak kasi faham orng yang bebal, sebab ada je orang yang berpendidikan tinggi, keje bagus-bagus pun boleh blame PMX ni. ada je yang tak kena walaupun dah berusaha buat benda yang baik.) Untuk korang yang berpendapatan tinggi.. TERIMA KASIH TAU!.. sebab korang bayar cukai... dengan cukai tu, banyak membantu utk ekonomi negara juga... (itu aku tak nafikan eh).. jgn salah faham...)
Tapi itu la, kalau dah TAK SUKA DENGAN SESEORANG, BENDA BAIK PUN YANG DIA BUAT PUN KO BUAT TAK NAMPAK JER...
tapi bila dengan orang yang KAU SUKA, dia buat apa je... even benda dah salah bagi bersuluh.. tetap la kau pilih jugak.
Ikut korang la.. sok sendiri jawap dengan Allah. jangan ingat benda ni tak kena soal dengan Allah ya.
eh.. emo pulak post kali ni... eehhh!!! suka hati aku la.. hehehee...
(sebenar nya... lama tak membebel hal politik, selalu bebel dengan Abah jer... selagi tak reda keadaan, selagi tu, hal ini yang dibual dengan Abah.... rindunya...
selalu kalau pilihanraya, mesti tunggu sampai dapat keputusan.. dok la depan t.v dgn abah.. tunggu siapa menang, siapa kalah...
Abah tak dapat tengok Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri... tak sempat... kalau abah ada, mesti abah bangga.... hilang lelah abah pegi reformasi.. pegi dengar ceramah....kena kejar dengan polis... hmmm.. tinggal kenangan dah...)
| Thank you for your service Sir! May Allah protect you. |
Aku masih tak faham, WHY???
Boleh tak explain dengan aku, kenapa korang tak suka dengan Dato Sri Anwar Ibrahim ini?

0 comments:
Post a Comment