TikTok Trend













Hai!


- Saya la Unc.Bob tu. 


- Saya lah suami pompuan atas tu.


- Tapi saya dah takde dengan dia di dunia sejak tarikh 04/03/2022


- Saya dah tinggalkan dia dan anak-anak... hampir 3 tahun lebih.


- Dulu saya penah cakap dengan dia, nanti bila anak-anak dah berdikari, saya nak travel berdua jer dengan dia. Nak spend time tua bersama-sama.


- Tapi sekarang, dia yg kena drive klu nak pegi mana-mana. Padahal selama ni, dia akan tido jer dalam kereta, tau-tau dah sampai jer.  Memang saya ajar dia macam tu. Sebab dia dah sediakan semua kelengkapan untuk kitorg travel.


- Dia dengan saya memang tak banyak bercakap, sampaikan sekarang ni pun dia banyak diam jer bila dia datang ziarah saya. Tangan dia cabut & gunting rumput tapi air mata dia mengalir jer. Dia cakap dia rindu saya sangat-sangat, pastu dia cakap "awak dengar tak yang? JAWAP La!!!" dia lupa kot, yang saya dah takde lagi dalam dunia ni.


- Saya pun rindukan dia jugak.


- Tapi saya tau, dia dikelilingi dengan orang yang baik-baik. 


-  Korang nampak je dia gelak macam pontianak tapi, sebenarnya hati dia sepi sejak saya dan abah tinggalkan dia. Kami berdua, orang yang terakhir ada dengan dia sebelum kami tinggalkan dunia. Semoga dia dan anak-anak, akan baik-baik sahaja tanpa kami berdua.

BIRTHDAY CELEBRATION

Kiter dah lama tak buat makan-makan sempena besday kan.

Nak masak, memang malas la wak...

This year, kami memang tak ada pun acara potong kek lagi dalam Aris & Co'.

So, kita set date, makan-makan lah... sambil potong kek, sponsored by Kakak Iman.

Sian plak dengan dakMokMok tu... walaupun dah melanje dia kat Game Onz tu hari, kita kumpul adik beradik semua utk kasi adiah for July Babies...


Kali ni buat kat kedai awe jer la... senang.. makan, pastu bayar jer la... heheheheee.

Alhamdulillah.. semua ahli mesyuarat tingkat, dapat menghadirkan diri.

TQ



Comei kan invitiation card ni.. thanks kakak iman.

















Thanks for coming everyone... 
i love you all damn much!!!

❤️❤️❤️

11 TAHUN

 


Happy Birthday to my youngest son.

May Allah make all matters easy for you, so that you become a pious child.

We all love you.. always.

OLDMAN

Semalam, bila nak masuk lorong umah time magrib-magrib tu... terperasan la sosok tubuh macam PakEncheck kiter tu... 

Terus la... aku macam...



eeehhhhhh!!! ehhhhhhhhhhhhhh!!!





aku cakap dengan diri sendiri, dengan excited nya.... 

'Aku mimpi ABAH lah last week...' iya laaa.... aku mimpi abah laaaaaaa...



Hahahahahah.. bowdowh betul... cakap dekat diri sendiri dengan bangganya... hahahahaa.



Malam tue, terus la bercerita dengan Aepa... aku mimpi abah... setelah sekian lama...
Hampir 3 tahun abah pegi... kali ni abah datang jugak akhirnya.




Dalam situasi mimpi tu...


"aku selak curtain lewat petang tu... nampak abah cekak pinggang dia dengan senyum paling manis... lagak macam dia baru pulang dari kerja...

aku pun terus jerit... "EH!! ABahhhhhhhhh!!! abah dah balik???!!!

terus aku berlari ke arah dia di luar rumah... terus dakap dia.. cium dia sepenuh hati... sambil jerit... abah dah balik... woiii.. abah dah balik...


dengan gembiranya, memang aku rasa waktu tu macam aku yg masih berumur 7 tahun yang tunggu abah balik keje waktu petang... sebab time tu, wajah dia memang wajah muda... bukan usia dia waktu dia meninggal... dan yang paling best... dia SEMYUM jer... 





aduh!!! rezeki betul la kan... selama-lama ni menunggu dia hadir dalam mimpi.. Allah beri yang paling manis sekali.


dengan senyum dia.. dapat peluk cium dia... Allahu... terima kasih Allah...


semoga Abah baik-baik aje 'disana'..




"رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا" 

yang bermaksud, "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, serta rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku di waktu kecil."