TikTok Trend













Hai!


- Saya la Unc.Bob tu. 


- Saya lah suami pompuan atas tu.


- Tapi saya dah takde dengan dia di dunia sejak tarikh 04/03/2022


- Saya dah tinggalkan dia dan anak-anak... hampir 3 tahun lebih.


- Dulu saya penah cakap dengan dia, nanti bila anak-anak dah berdikari, saya nak travel berdua jer dengan dia. Nak spend time tua bersama-sama.


- Tapi sekarang, dia yg kena drive klu nak pegi mana-mana. Padahal selama ni, dia akan tido jer dalam kereta, tau-tau dah sampai jer.  Memang saya ajar dia macam tu. Sebab dia dah sediakan semua kelengkapan untuk kitorg travel.


- Dia dengan saya memang tak banyak bercakap, sampaikan sekarang ni pun dia banyak diam jer bila dia datang ziarah saya. Tangan dia cabut & gunting rumput tapi air mata dia mengalir jer. Dia cakap dia rindu saya sangat-sangat, pastu dia cakap "awak dengar tak yang? JAWAP La!!!" dia lupa kot, yang saya dah takde lagi dalam dunia ni.


- Saya pun rindukan dia jugak.


- Tapi saya tau, dia dikelilingi dengan orang yang baik-baik. 


-  Korang nampak je dia gelak macam pontianak tapi, sebenarnya hati dia sepi sejak saya dan abah tinggalkan dia. Kami berdua, orang yang terakhir ada dengan dia sebelum kami tinggalkan dunia. Semoga dia dan anak-anak, akan baik-baik sahaja tanpa kami berdua.

1 comments:

along said...

Allah.. ujian kita memang berbeza.. semoga aku juga setabah dan sekuat ko