M.A.L.A.S

MALAS @ PEMALAS?


Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.las] | ڤمالس

Definisi : orang yg malas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tesaurus
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi
Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,


Susah nak cakap... 
kalau malas sikit-sikit tu adat la kan... klu nak malas pun, kat rumah sendiri pun..."ITU KAU PUNYA PASAL".

Tapi bila KAU kat rumah orang, atau majlis org, ringan-ringan la kan tulang tu... BERLAKON macam kau rajin sangat..  Takper... walaupun hakikat nya kau tu memang org dah tau ala-ala PEMALAS... nak-nak plak kau tu dah ada family... takkan tak blh lebih kurang nak kemas apa yang patut.. cuci apa yang ada... buka la mata & hati tu sket.

Ni, tuan rumah jugak yang kena kemas kan semula... bersihkan balik rumah dia tu.. Kesian weh... kesian... moga-moga lepas ni, check-check la balik sebelum balik atau meninggal kan majlis rumah orang tuh.. tak dapat kau tolong @ rewang, dapat kemas mana yang kau & family kau makan... guna tu... dah cukup besar rahmat dah...


*PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI SEBENARNYA. SILA HADAM!!!









Image result for pemalas
Hmmmm.... M.A.L.A.S Lah!

0 comments: