Family Days Aris & Co’ 2021

 

FAMILY DAY ARIS & CO. yang akan berlangsung seperti ketetapan dibawah :


Hari : Ahad, Isnin & Selasa

Tarikh : 12, 13 & 14 Disember 2021

Tempat : Bungalow Nian 5 Afamosa Golf Resort Melaka Bandar Bersejarah

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kiter lambung kat group adik bradik on 22/11/21:


 Assalamualaikum wak, kiter ingat nak plan ala-ala family day aris & co’ time cuti sekolah next month.

Tarikh cadangan: 12,13 & 14 Disember 2021

(3d 2n) Ahad – Selasa.

 

Location boleh la awak semua suggest area mana, bole la kiter carikan homestay yang mana sesuai.

Kena cari dan booked sekarang.. sebab next month cuti sekolah. Nak dapat tarikh weekend, kompom payah ler. Kebanyakan dah fully booked.

 

Kalau sampai esok takde apa cadangan, kira nya cadangan batal dan ditutup ya.. 

Terima kasih daun keladi.

 

 

Macam² la respond. Ada yg on, ada yg hold, ada yg kata ikut la mana-mana wak….

sampi kiter dah up kat group, kata cancel tarikh tu, postponed jer….

 

Heheheehe….

 

(Itu la adik bradik saya… sebab 7 org, 7 pendapat la yang keluar kan…)

 

Suruh cari homestay pun makan masa gak tu... memacam la wak.. tapi sib baik, tarikh tu kiter dah decide awal-awal.. klu tidak, nak pilih tarikh pun makan tahun.. hahahhaa..

 

Once ONz, memasing dah start jalankan tugas… terbaik la.. terus UP ahli jawatan kuasa majlis. Siap itinerary bagai.. pergh!!! Terbabom la adik bradek saiya… saya saiyang semua..

 

Disebabkan last minit decision, nak kena cari homestay with private swimming pool… kebanyakkannya dah fully booked. Jenuh mencari, akhirnya rezeki ke Melaka juge… Check in la kiter di Afamosa Resort (Villa with private pool). 3h 2m berhimpun la semua ahli kumpulan Aris & Co’ kecuali Shukri yang sedang bertugas di luar negara. 

(Insha Allah, dia balik nanti, kiter repeat lagi, tapi nnt kita cari lokasi yang lain pula yer…)

 

Bila check balik story, last buat hari sukan keluarga ni tahun 2014. Giler la dah 7 tahun kau… tolak 2 tahun cik kobid melanda… 5 taun tak poie havox² bershama…. Alhamdulillah.. tahun ni, Allah izinkan walaupun tak cukup ahli forum… next ye… Insha Allah.

 

Terima kasih Allah.








0 comments: