MISS

 



Hari akhir.... 

Bukan untuk bersuka-suka...

Bukan tiket untuk melupakan...



4 bulan 10 hari.... 

Tempoh yang Allah beri untuk menguatkan diri bagi melepaskan yang bukan milikku... Tempoh untuk menerima apa sahaja yang Allah tentukan... harus diterima, dihadapi dan ditempuh dengan kekuatan yang wajib dibina atas dasar beriman dan berserah sepenuhnya kepadaNya. 

(Walaupun sangat sukar dan masih lagi mencari-cari arah... 😗)


Muhasabah diri atas segala kekhilafan, kesalahan dan ketidaksempurnaan yang telah dilakukan... lantas harus memperbaiki dan menyiapkan diri untuk menjejaki yang telah pergi.


Sesungguhnya dirinya milik Allah... aku, anak-anak, malah semua nya MILIK DIA. Takde satu pun milik kita. 


Kena belajar dan harus terima hakikat untuk :

M E L E P A S k a n.... 

walaupun sakit... 


Tapi bila R E D H A (dengan izin Allah dan sangat susah utk redha itu).... 

Semua nya akan baik.baik aja.... insya ALLAH. 



Bersangka baik dengan Allah.

Hadis sahih. Ia diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " قَالَ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7505]




Semoga aku sentiasa bersangka baik pada Allah.


Istiqomah untuk sentiasa doakan yang baik-baik juga untuk kamu.


Tolong doakan untuk aku...



Tolong doakan hanya engkau sahaja belahan jiwaku... di dunia dan di akhirat...
























0 comments: