Ahad 07/12/2025 time 6.45p.m. tetiba dapat msg drp ustaz kelas DakMok tu...
Terus la shocked la juga.. apa ustaz msg lewat petang, hari Ahad plak tu...
Hati dah berdebor nie...
sekali dpt msg ni daaa..
👇🏽 👇🏽 👇🏽
🎊 TAHNIAH diucapkan kepada Aqib dari kelas 5 Amanah!
Anak hebat ini telah terpilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Lembah Keramat Tahun 2026 🏆📖
Dengan penuh sukacita, ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi meraikan kejayaan anak-anak cemerlang dalam majlis gemilang ini:
📅 Tarikh: 10 Disember 2025 (Rabu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Gerbang Ilmu, SK Lembah Keramat
👔 Pakaian: Uniform sekolah lengkap
💐 Majlis ini adalah penghargaan buat usaha gigih murid-murid yang telah membanggakan sekolah & ibu bapa. Hadirkan diri untuk memberi sokongan dan kenangan manis buat mereka! 🥰🎓
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang, dunia & akhirat. 🌟📈
🇲🇾 “Malaysia Madani” | “Berkhidmat Untuk Negara” 🇲🇾
Sekian, terima kasih 🙏✨
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Terus la gelak dulu eh..... hahahahaa...
Siot jer omak eh... gelak dulu... sabar jer la..
Terus la informed kat MakEncheck kiter yang time tu tengah melawat dia kat sepital Ampang nun...
Ni mesti subject feveret dia ni... hehehehe
Dah berapa tahun dia pegang rekod score subject feveret tu...
Tak pe la dek.... dah ke situ minat nya..
Masa hari kejadian nya, bersama dgn anak dara kiter la pegi skull untuk majlis anugerah ituw..
Awal majlis bila murid pra buat persembahan, terus auto air mata ni meleleh-leleh..
Perasaan tu, memang la mixed feeling... tak tau nak cakap apa... gembira, sedih, terharu.. semua la... tapi perasaan sedih mengungguli carta la nya...
😭😭😭😭😭😭
Sebab, ini 1st time ibubapa dpt joint anak-anak ambik anugerah... sebab selalu diorg buat among them jer... ibubapa tak join... so, rasa sangat sayu... sebab.... babah takde...
Untuk abang & kakak dia dulu.. babah ada datang walaupun sekali...
kali ni... hmmm..
Memang rasa sayu siott.. sampaikan Lu'lu sangat pelik, kenapa nangis???
Tak tahu la nak cakap apa... sedih untuk Aqib kot... yang takde bapa untuk meraikan.
😢😢😢😢
Sabar la mommy, emo lebih auwww...
Semoga semua anak-anak terus success dalam semua subject.
Next year, my not so little Lu'lu amek SPM... Aqib plak PSRA... semoga terus maju jaya wahai anak-anak ya...

0 comments:
Post a Comment