xtvt weekend

Last Saturday, supposed Adib masuk pertandingan nasyid untuk skolah... elok dah pegi, last-last darah gemuruh dia smpi, tak moh plak joined member seumer... haru sungguh la. Sudah nye aku jadi penonton jer la... Mcm² xtvt yg dianjurkan oleh KEMAS, untuk murid² ada pertandingan mengaji, puppet show, story telling, nasyid dll... untuk kaum ibu-bapa plak, ada pertandingan masak, gubahan dan macam² lgi la.. siap ada lucky draw tuh... tak lupa, mengira kacang dalam botol.. klu tak sebab nak attend wedding ali chapis, sah-sah aku dah tunggu smpi abis... menjak Adib dah skolah nie, boleh la bercampur dgn kawan2... boleh bawak diri sikit-sikit... tak per la.. slow-slow.



Adib with friends... so happy!

__________________________________________________________________________________

Siap-siap ke rumah Wak'Saemah plak... cam tak caya jer Ali chapis dah kawin... dah smpi seru kan... SEMOGA DIPANJANGKAN JODOH HINGGA AKHIR HAYAT.. congrats.



sama santek sama padan..

R.I.P Mior Ahmad Fuad aka DiNBeramboiii..

Dengar Sinar.fm pagi tadi, terkejut bila dpt tau DinBeramboi dah takde... adib pun mcm shocked jer dgr yg PakRahim (cite afi dan ayah) dah takde... sedih plak hati... sebab aku mmg layan rioh pagi @ Era... mmg tak blh blah betul lawak dia...
Moga Din Beramboi diampun dosa2 nya oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama orang² yg beriman.. R.I.P Mior Ahmad Fuad aka DiNBeramboiii... we gonna missed u..♥

Credit from BERITA HARIAN:
Din Beramboi
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak