Bye² ♥♥♥

 27hb Nov (Sabtu) hari akhir ke Sekolah Pasti Ilmi... setelah sekian lama dak MokMok ni tak pegi sekolah...(sekolah vc jer)

Tengok tu, baju pun dah sedat... padat... 😅😅😅 Ambik sijil... gambar... ala-ala graduation day la... (sepatut nya memang ada lah kan...) Kovid punya hal ni kan... tak dapat la.

*Simpan sini buat kenangan... Tahun depan, tak tahu lagi cite mcmana pulak.

Bravo Aqib!









REUNITE

 


Sebelum kena perintah berkurung semula bagi Neg. Selangor, KL & Putrajaya.. (dated 14Oct-27Oct - 2020) sempat lagi geng Mommies berjimba... 
eh! jumpa lah.

Dah plan konon nye nak jumpa jugak... tapi ini kali.. ad-hoc punya plan. 1st time kami semua bersidang di waktu malam. Lepas magrib, mami g pick up umi untuk jumpa mama dan ibooo di port biasa lah. G layan jonis @ MM la cite dia.

Ada sorang tu, almost 2 years jugak tak join geng Momies... mungkin ada selisih faham sikit kot. Klu tengok entries (yg mana aku rajin update ler) kitaorg bertiga jer kan... siap left group lagi pun ado... hehehe.. masalah-masalah...
(😅😅😅klu dia baca blog ni, mati la saiyaaa) 

Alhamdulillah, akhir nya.. kami berkumpul semula... dah tua-tua ni, malas nak pikir benda buat otak serabut... nak datang, mai... takde, yg lelain.. onz jer.

Tapi lepak kejap jer la.. jumpa waktu bulan nak mengambang.. lama mana jer... makan, borak, kenyang, balik, tido...  si MokMok, melalak nak ikut mami pegi bersidang... memang tak lah anak woiiii.. kasi chan mali chan la nak aman-aman dengan kengkawan sebentar ku pulang.. (eh' termenyanyi plak kiter wak)

Moga-moga ada rezeki kami lagi untuk bersama-sama lagi...
Saiya sayang sama kau la shemua... 💓💓💓


AKHIRNYA!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 💖💖

Semalam (14/9/2020) ada appointment jumpa dengan Doc Yong Yuan Shyh. 1st appointment tu hari, ingat dah boleh buka la simen kaki dak MokMok ni... tapi belum sembuh rupa-rupa nya. 😓


2nd appointment ni... semua berdoa dan berharap dah boleh buka la... sebab kesian kat dia yang asik mengadu bosan je bila takde xtvt kat rumah.  Dok kat wheelchair jer.. tak pegi taska... tak pegi skolah. Asik cakap bila nak jumpa kawan-kawan ni.. especially dengan Affan kat taska...😌😌 Dan kesian jugak la dengan mami, yg boleh dikatakan asik dengan dia je since kaki jadi macam ni...


Plus, patah kaki la jugak bila kitaorg semua (Aris & Co') nak buat apa-apa activities. But, thanks a lot to my all sibling. Much love.😍 Banyak sangat tolong dak MokMok bila mami works. Touched beb!!! adik beradik, ipar duai... tolong, moral support... pergh!!! Tersentuh... bukan senang nak jaga orang sakit ni... Allah baru uji sikit jer, tapi ada masa macam hilang kawalan jugak la... 


Alhamdulillah, minta tolong dengan semua... minta doakan simen kaki dia dah boleh buka...dan Allah beri keizinan... doc kata tulang dah semakin sihat. Boleh buka simen kaki...


YahOOOOOOOoooOOOo!!!🎉🎉🎉


Sekarang masa untuk ajar kaki kanan untuk bergerak dan berjalan seperti biasa. Doc beri lagi MC 3 weeks... pas tu doc nak ajak dating lagi... harap-harap nya semua nya ok...


Terima kasih semua...💕💖💕💖












 

Koleksi Gambar Raya 2020

Simpan sini sebahagian kenangan raya tahun ini...

Actually, berlambak la gambar raya nya... sampai tak tahu nak boh yg mana. Posing sama jer bhaiii...

Layankan jer la..










 

AidilFitri 2020.

*Lama dah dok dalam draf... tapi, nak post jugak la. Buat kenangan*



Aris & Co' in da house!!
 

Hari ni dah 13 Syawal. Korang masih ada mood beraya lagi ker? Ehehehe… Mood ke laut la kan, tak bleh nak pi beraya ke sana. Ke sini… macam selalu. Kita masih lagi dalam PKPB… longgar sikit compare to PKP tu hari.

Raya kali ni confirmed la lain. Dah time posa marin tu pun dah lain bonar… ekau nih.

Last Ramadhan tu hari, semua solat Jemaah… Bertakbir la. Sayu benar sebab Cik Ateng tak balik raya. Tak bleh nak rentas negeri untuk balik raya… PM tak bori balik rayo. Nangeh la kitaorg sumo… Ekau nak bonar rayo kek Johor, kan Allah dah bori.

Esok nya solat sunat Aidilfitri pun, hanya di rumah sahaja. Abob jadi imam nya, Abg Ammar tukang baca khutbah, Abg Adib tolong bawak kan uncang nya… hehehehe… (sumbangan ikhlas untuk tok imam, bilal yang bertugas sepanjang Ramadhan di rumah Atok) Rezeki anak-anak… alhamdulillah.

Sembahyang raya online skali dengan Cik Ateng. VC skali dgn Shukri yang masih belum beraya. So, Uncle Shuk tak blh solat raya lagi. Masih malam raya, dan masih bertugas. Kenangan betul la raya musim COVID-19 ni. Bersalaman pun secara online… hehehee.. mcm-mcm hal lah.

Allah beri macam-macam hikmah time ni. Kena la pandai-pandai cari dan pikir sendiri.

28hb tu konon Cik Ateng kata nak balik KL… dah yak-yak yeah la semua nya… dah plan nak buat lontong, laksa, segala macam makanan la citer nya. Skali, dia kata itu big boss blm mau pulang dr istana hinggap tu. Dodok dendiam la memasing… sedeh.

Rezeki Allah bagi 30hb tu, Cik Ateng boleh balik KL. Terus la rebus lontong bagai. Sib baik la Pak Enchek dah bawak balik daun sesiap tu hari. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

 

Walaupun suasana nya berbeza, tpi hikmah nya.. cukup terkesan dihati.

Semoga Allah beri keizinan untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri secara lazim nya ditahun akan dating.

 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA…MINAL AIDIL WAFAIZIN.

AQIB TURNS 6!

*back dated story*

Invitation Card

Birthday celebration for Muhd.Aqib!!!

Nak jugak buat birthday dia tu... walaupun dah celebrated dengan kawan-kawan kat taska. Delay celebration sebab bespren dia yang kat Mersing tu tak buleh balik time besday nya.. lajak la citer dia nak buat besday.
Kali ni sambut sensorang... kakak tak dapat balik time tu. Kakak Iman ada keje kat skolah. Sensorang la potong kek dan collected birthday present. 😁😁😁

Layankan jer gambar besday buat kenangan nanti...
Love u Muhd Aqib. Semoga jadi anak yang baik.. soleh dan berjaya dunia & akhirat.









HARI KORBAN 2020

 Anak bertuah, takde angin... takder ribut.. jatuh tergoleh pulak dia. Bila angkat.. nangis macam mati emak pulak dia.

Lain macam jer kan, terus apak nya ajak g check kat sepital. Bila scan... x-tray, doc kata patah.

Aduh!!! dah la malam.. doc kompom la cakap buat esok nya.... bermalam la di Colombia Asia Setapak.

Esok nya, lepas doctor simen... merenggek nak balik pulak. Doctor kata, takde yang serius... petang nye buleh discharged. 


Alhamdulillah..


Raya korban kali ni betul-betul lain macam... 😊😊😊


Yahooo! dah boleh balik...



Takde selera makan bila check-in hospital ni yaa... hehehehe


Kaki yang baru lepas bersimen.



1st time check-in hospital.



Muka cuak bila kata kena pegi hospital.



InshaAllah, 19hb August ni dah boleh buka... doakan semua nya ok la ya...

Good boy Muhammad Aqib.

TAKDE TAJUK

Aduh! 

Belum datang mood nak update blog. GIlak la.

Citer raya pun still dlm mood draft lagi. ApOOOoooo!!!



Tunggu eh.


Nanti rajin, saya upload.



P.E.A.C.E!!!

MENJELANG RAYA 2020

28Ramadhan 1441H

Allahu, tinggal berapa hari je berakhir Ramadhan. 😢😢😢


Persiapan raya? 😩😩😩

Memang takdok la. Tinggal berapa hari lagi je nak sambut raya. 1 jenis kuih rayo pun den tak buek langsung. Surprise dok? 😆😆😆 Aku sendiri pun macam tak percaya langsung daaa... hehehee
Mood memang ke laut dalam betul kali ni. Tak tahu apa sebab nya pun. Maybe lama sangat dah dok rumah kot. Since PKP dan bila dah berenti koje ni... Maleh boto.

Akhir bulan March tu hari, dah berenti keje pun dengan bos yang dah hampir 14 tahun berkhidmat. Bapak la lama giler kan. Lepas VSS dr Celcom. Dok umah kejap lepas lahir kan abg adib, dapat keje ni.. hingga la bos ajak pindah office ke Kajang. Hmmm... memang tak la nyeiiii. Dah la jauh, traffic dia... memang tak bleh blah la. Nak naik public transport pun.... makan jam jugak. Sudah nya, saya berenti la. Bos beria jugak ajak. Siap nak 'up' lagi salary.. tapi BIG NO la weh... aku memang tak akan hadap la jammed nye. Tak kuasa.

Eh... terbabas cite lain plak. 😜😜😜😜

Dengar lagu raya pun, mood raya belum magghiiii laaa... adoiiii. Mana mau cari ni????

Ini mesti sebab tak ada shopping raya ni... tu pasal takde mood raya... khennn?

Iye la, tahun sebelum ni... beria ke mall... sopping, dengar lagu raya, beli baju raya, merayap ke JLN TAR, poie MOREH smpi 2-3 pagi sama CIk Ateng... macam-macam lagi la.
Tp bila dan kena perintah berkurung, habis semua terkurung sama. hehehhee

Tapi yang penting, pelita raya sudah ado ye. Itu hari, gegeh la keluar ke mall mencari jugak pelita... beli 5 batang kt DIY... sambil tu ada pelita yang lama, pak encheck simpan... masih boleh guna lagi... jadi la.
Dalam masa pak enchek suruh den buek sendiri, dio pun tulong jugak. nengok terhegeh-hegeh yoh nak pasang sumbu pelita tu... 😛

Alhamdulillah... dapat keluarga yang saling support each others. Walaupun en.somie kata maleh nak tolong prepared for my pelita, ada abah, anak-anak yang akan usahakan menghidupkan pelita di malam bulan Ramadhan. Tu hari bila minyak tanah dah abis stok, rupanya en.somie tolong jugak belikan dendiam.

Allahu, terima kasih Allah. 

Ayuh kita, jom kayuh baki akhir Ramadhan ini semua. Walaupun energy dah semakin menurun, PAKSA DIRI... tahun depan belum tahu.
Semoga kita diberi Allah kesihatan yang baik untuk meneruskan Ramadhan kali ini.

MAGHiiiiiii!!!!

Pelita Images, Stock Photos & Vectors | Shutterstock

RAMADHAN TIBA




Allahu, hari ni dah 5 ramadhan. Lain benar sambut puasa kali ni. Kena time PKP ni. Lagi la terbatas. Takde la beria mcm tahun yang sudah-sudah. Takde berkumpul bersama-sama lagi bila 1st day berbuka puasa. Sayu betul hati. Video call adik-beradik yang lain, dalam gelak-gelak… tapi terselit rasa yang lain sekali.

1st day puasa, cuma Dila & Apai ada buka bersama. Disebabkan time PKP tak blh keluar lepas pukul 8.00 p.m. terpaksa la bagi rules, sapa yang nak buka sini kena stay la sini. Tido umah mak enchek. Kang tak pasal-pasal kena tangkap dgn pak pulis… kena denda smpi RM 1,000 … matilanak…
Pak Enchek dah kobar, dio takdo nak pi jamin klu kono tangkap. Takde duit nak pi jamin doh… hehehehe…

Tido sini la Dila & Apai, sahur semua skali… mlm nye start tarawih berjemaah kat umah mak enchek. Acik Apai jadi imam nya… Allahu, sebak nya rasa hati. Berjemaah, berselawat... teringat-ingat je tahun sebelum nya, bergegas ke surau bila malam bulan puasa ni. Lagi lebih teringan dgn adik-adik yang jauh dimata dekat di hati…
2nd day puasa, Abob and family plak berbuka kat sini. Berimam kan dak Abob plak…
3rd day puasa, kali ni family MamaMie take turn berbuka kat sini. Dan kali ni, anak bujang den plak bergilir dgn apak eh jadi imam… Alhamdulillah. Ini la hikmah nya bila Allah beri kelainan untuk sambut Ramadhan kali ni. Moga-moga kita ambil segala kebaikan dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita.

Dak MokMok plak, 1st day puasa… tak sahur. Walaupun bangun awal pagi lepas subuh tuh… Cuma banyak minum air & makan roti. Pujuk suruh bangun sahur esok nya bila Makla ada… ha! Ambik kau. Sekali kejut terus bangun… sahur…makan… Berjaya puasa penuh, walaupun awal pagi ‘ter’ minum gak sebab dia terlupa… alhamdulillah, takde merenggek sangat bila dia puasa compare dgn abang dia time sebaya dak MokMok tuh. Dan hari seterusnya, pun dah puasa penuh… tapi bila dah masuk lewat petang tuh, dah asik mintak makan…minum… perut dah sakit.. heehhehe.. drama jugak tuuuh..

Betul kata PM, kita kena sesuaikan diri dgn ‘NORMA BARU’ bila mana virus Covid-19 ni melanda seluruh dunia. Siapa sangka, dengan sekelip mata jer… semua benda berubah.
Allah jua yang Maha Berkuasa. Dengan virus yang tak kelihatan di mata, tapi boleh lumpuhkan segala yang ada di bumi.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. Jadikan ujian ini, sebagai asbab untuk kami bertambah keimanan kepada Mu. Semoga Kau angkat semula virus ini. Dan jadikan kami orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan bertambah amalan pahala buat semua.

Selamat berpuasa!









HIKMAH


Ada hikmah bila dah kena PKP ni. Bila dah duduk rumah… (nak-nak plak dok sama dengan pak & mak enchek ni) pepagi kena pikir apa nak buat bekpes untuk mak enchek, anak-anak apatah lagi la kan… pak encheck tak minam pagi. Makan lunch terus.

Lepas prepared breakfast, turn mak enchek masak… (saje je aku suruh dia masak.. takkan asik aku jer nak masak kan? Hahhahahaa… biadap punya anak!

Eh! Tak lah.. saje je bagi dia masak. Ada kan sikit aktiviti untuk dia. House chores, sumer aku kasi settled la.. dia sama dia punya laki, tinggal nak pakai jer… heheheee..

Anak-anak plak, confirm la kan bangun lambat nya. Lepas subuh, sambung la ngorok balik. Omak eh, ikut mood. Klu malas, memang korang kena buat keje rumah la.. tak kira la lelaki ke pompuan… basuh pinggan, basuh & jemur baju, menyapu dll suma kena buat ye anak-anak. Kena kasi trained sikit.. sok mak apak dah takdo… pandai-pandai la urus diri.

Sekarang pun punya masa untuk mengaji… sama dengan anak-anak dan juga sendiri. Sambil malu dengan Dak MokMok tu yang dah buleh hafaz surah al-Mulk… omak eh masih lagi kena pegang quran… malu wehhh…

Semoga masa ini, kita semua manfaat kan bersama-sama dengan yang tercinta. Sementara kita masih punya nyawa ni… guna kan untuk mendapat redha dan bukannya murka Allah.

Semoga Allah pelihara iman kita hingga ke hujung nyawa… moga-moga kita semua bakal berjumpa lagi di syurga…

Aris & Co, aiismishallofyou. Tiap kali masak, memasing sibuk video call. mula la terjerit-jerit memasing tuh... rindu sangat weh... moga Allah beri keizinan untuk bersama-sama semula.  Aamiin.

#stayathome
#kitajagakita
#covidpleasegoaway


UJIAN


Lama giler tak menulis. Padahal banyak sangat benda yang telah terjadi kebelakangan ni. Banyak benda nak cite.. tapi macam tak terluah. Mixed feeling. Semua ada.

Hari ni genap 2 minggu PKP. Apa tu PKP? Perintah Kawalan Pergerakan. Macam pelik aje bunyi nya. Tapi itu la kenyataan nya. Allah uji, tanya Allah sayang kan?

Kali ini Allah uji hampir 1 dunia dijangkiti wabak virus. CoronaVirus. Atau lebih glamer COVID-19.


Allahu. Lockdown hampir kesemua negara alami untuk benteras wabak ni. Malaysia tak terkecuali.
Tak tahu nak cakap apa… redha je. Setiap masa berdoa. Minta Allah ampunkan dosa seluruh umat manusia. Minta Allah pulihkan keadaan seperti biasa… sebab hari ni dah 6 Syaban. Bulan depan dah masuk Ramadhan weh… Allahu. Sayu nya hati…
Nak pegi terawikh dekat surau… nak berbuka puasa dgn adik beradik semua. Huuuhuuu…hmmm.

Selama PKP ni, tak dapat kumpul bersama dengan adik beradik lagi. CikAteng sensorang keje kat Mersing nun. Yang lelain sumer perintah berkurung di rumah masing-masing. Hari-hari buat video call jer. Buat lepas rindu. (rindu woiiiii) 😢😢😢

Anak-anak pun dah sambung 1 minggu lagi cuti sekolah since cuti sekolah hari tu… ini PKP sambung lagi 2 minggu… dan dijangka berakhir 14hb April ni. Tapi rasa nya macam bersambung lagi.

Cikgu-cikgu pn dah sibuk bagi kerja sekolah thru online. PM pun dah isytihar macam-macam benefit selama PKP ni… alahaiiii… tak tahu nak kata apoo dah.

Tapi ada hikmah juga selama 2 minggu ni tak pegi kerja. Allahu… banyak lagi nikmat yang Allah beri yang kita tak pernah perasan. Selama ni jugak dapat jugak pulih kan (sikit lah) penyakit anxiety yang dialami oleh mak enchek. Minggu-minggu sebelum tu, kesihatan mak enchek sedikit merosot. Asik takde selera makan. Tido pun terganggu… dan emosi juga turut terjejas. Asik termenung, susah hati… 1 kerja tak blh buat. Macam dah teruk sangat dah time tu…
Tapi Allah beri rezeki untuk aku, suami dan anak-anak ada dengan mak & pak encheck selama tempoh PKP ni.


Terima kasih Allah. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun aku anak beranak kira nya menyibooook jerk at umah ni… tapi sekurang-kurang nya, kesihatan mak encheck semakin baik… walaupun sekali sekala tu ada jugak datang menyerang. Tapi anak dia ni, pesen anak apak eh… garang bonar… bila dia dah mula jer, kata itu ini.. aku pn mula la… hehehheee… bukan la marah, tapi malas nak layan benda-benda yang lagi melemahkan perasaan dia… kita kena kuat.. kena lawan penyakit.

MUST!

Moga-moga Allah beri kesembuhan pada ibu saya. Hajah NORIAH bt Hj Sahlan. Allah beri sedikit ujian untuk kita tambah iman dan amal ibadat padaNYA. Begitu juga dengan cabaran dan ujian yang Allah beri pada kita sekarang. Semoga Allah perkenankan doa-doa hamba Nya yang lemah lagi hina ini.
Mari kita sama-sama berdoa, beramal dan istiqomah dalam mencari redha Allah. Semoga virus ini hilang sebelumnya Ramadhan. Semua dengan izin Allah dan semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.

Semoga Allah beri ganjaran pahala untuk semua pekerja-pekerja front-liner Malaysia. Anda semua hebat!!!

Insha Allah.

#stayathome
#jagadiribaikbaik
#kitajagakita

42 Years

Allahu,

Pagi-pagi lagi anak-anak buah, adik, kakak, adik ipar, en.somie & anak-anak wish birthday to me.. alhamdulillah... dengan doa-doa yang baik²... semoga Allah perkenankan doa kalian semua dan aku jua doa kan semua yang aku paling sayang dalam hati ni... moga Allah juga panjangkan umur kalian... sihatkan tubuh badan, dijauhkan segala penyakit, beri kebahagian jiwa buat kamu semua yang aku cintai... 

Semoga Allah beri kesempatan yang lebih untuk ada masa kita bersama-sama buat sementara di dunia.. dan moga-moga kita bertemu dan kekal bersama di akhirat kelak. 

Allah, perkenankan doa ku.


Makin bertemu dengan tarikh lahir, makin dekat untuk ke 'sana'... sekarang ni, mati ni bila-bila masa sahaja. Awal bagi kita, tapi tepat pada Allah. Semoga amalan yang kita ada di dunia, boleh menolong kita di akhirat nanti.

Takde apa pun yg minta utk tarikh ini... cuma mohon Allah perbaiki akhlak, jadi orang yang dekat dengan agama, bertambah amalan bersedekah nya... maafkan semua orang dan moga-moga orang lain pun maafkan juga kesalahan ku. Sentiasa ada untuk yang tersayang...

Untuk semua yang aku kenal, tak kira siapa pun... 

AKU MEMANG SAYANG KORANG SEMUA. 


Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Dalam redha Allah dan moga-moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat aku dan kalian semua...

♥💓♥💓♥

BIRTHDAY LULU


22012020

Genap 11 tahun anak dara ni. Dah makin tinggi, gomoksss. Dah start kongsi baju, selipar, kasut, barang make up dah ada dia punya sendiri… adoi laa.. besar dah anak bertuah ni.

Cakap dgn dia, tak payah la buat besday party dah.. penat la mami, terus la monchongggg nyeiii.. aduih la… sama je adik beradik nya… bila buat yg ini, ini cakap asik buat yg dia punya jer.. yg ini tak buat… Allah, anak-anak.. macam² ragam.

Semoga anak mami, dipanjang umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan. Jadi anak yg Berjaya dunia akhirat….

Jadi nye time Raya Cina tu hari, Cik Ateng nye pun nak balik kg...(😅😅😅) gigih la buatkan jugak besday nya... panggilan untuk yg dekat-dekat jer... mak enchek srh ajak sepupu kesayangan skali.. ajak la jugak Safidah... (julung-julung buat besday Aris N' Co' ajak reramai ni)... besday girl suruh ajak skali nyaie-nyaie dia kat kg.baru nun... ha! maghiiii sumer.... meriah la... ramai yg joint... al-hamdulillah, makanan semua nya cukup. 

Terima kasih Allah.


Tapi yg best nya, besday lulu... tapi mami dgn abg.adib pun dapat hadiah drp babah... 

yeeahhaaaaahoooo.... tq en.somie...

tak menyempat nak tunggu besday aku bulan depan... diharuk nya bagi awal... 😜😜😜
(dah bagi pun banyak songeh ko yer...👅👅👅)

Besday bulan depan jgn buat-buat lupa bagi hadiah lain plak yer en.somie...hahahaha)

Invitation Card by Kakak Iman

Tengok la... sebulan tak jumpa...

Dayang-dayang Cik Ateng

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 







Terima kasih semua yang sumbang hadiah... hadiah kaler yellow tu paling best nya... hahahaa


*Dah jadi trend dalam Aris & Co' khen... ada makan² + potong kek, ADA HADIAH... penghsannn....!!!