PERDANA MENTERI #10








A long journey ... 
Thru sweat and blood... finally a reward from Allah ... 
Surely, Allah is with those that are patient (Quran 2:153)





Finally... 
Setelah 5 hari selepas Pilihanraya Umum ke 15, baru boleh umum siapa Perdana Menteri nya. Tak pernah lagi sejarah Malaysia berlaku begini. Hehehee...

Sampaikan Raja-Raja kena meeting dulu untuk decide sapa blh jadi PM. Lain maciam Mesia ni...

Bila dapat tau Datuk Sri Anwar Ibrahim dapat jadi PM... terus automatic sebak... tak tahu kenapa...  Terus terang cakap, aku memang admire dia daripada aku darjah 1. Since dia jadi Menteri Pendidikan... dan dia yang datang rasmikan Sekolah Kebangasaan Lembah Keramat dulu.
Kitaorg ni semua beratur panjang, pegang bendera Malaysia time tu... tunggu ketibaan dia untuk rasmi sekolah... pergh!!! seronok woooo time tuh. Dapat tengok depan-depan woiii... 

Honestly since aku boleh mengundi.. memang undi aku hanya untuk Pakatan HARAPAN.
Bila datang perayu undi suruh pangkah pemimpin diaorg, aku cuma senyum jer.. 
(untuk orang yang aku tak kenal la... tapi klu orang yang aku kenal, memang aku cakap terus terang la.. memang tak la nak undi BN especially nya... 🤣🤣🤣🤣 cakap terus terang beb!!! walaupun time tu aku dok kat Pondok Panas BN.... hahahahhaa.. kau adoooo?)


Walaupun kita ni berlainan pendapat apatah lagi berlainan parti... tapi kita raikan pendapat dia... cerita lebih kurang, sudah la.. tak perlu la provok lebih-lebih... tenang-tenang sudah.
Bila BN menang dulu, sedikit frust... tapi tak kisah pun... ni PH menang, happy.. tapi lek-lek sudah lah.. janji kita tah jalan kan tugas kita... 
Mana yang lebih-lebih sangat tu... kau nak apa sebenarnya? ke aok down ker? hahahahhaa koi tak down!!!
Ada ke pemimpin yang perfect dlm dunia ni... selain daripada Nabi Muhammad SAW?
Kecoh dowh!!! pening spesis-spesis ni... 


✌🏼✌🏼✌🏼✌🏼


Aku dengan abah, suka cerita bab politik. 😃 
Sanggup tak tido malam selagi tak dengar pengumuman keputusan pilihanraya.. 
(kenangan betul) ... Malam tunggu keputusan GE15 hari tu.. aku sensorang la smpi pukul 4 pagi tak tido... automatic ingat & rindu dengan bapak kiter tue... 
😢😢😢


Mula dulu, kitaorg tak sealiran...  Time tu, Tun M jadi PM... DSAI jadi TPM...  Abah tak suka dgn DSAI ni.. dia more to Tun Mahadir... sampaikan sanggup buat spec mata gaya Mahadir tau... hehehehee. 

Tapi bila tiba-tiba, DSAI kena sacked jadi TPM, gempar wooi... klu korang budak² BBNU ke dak weecat ker... tak yah sembang kari la pasal DSAI ni. Korang google la sejarah dia.. maleh plak kiter nak taip kat sini.

Abah siap pegi join R.E.F.O.R.M.A.S.I. lagi awww... terus jadi penyokong kuat DSAI ni. Sampai kena kejar dgn FRU la dia dgn mama time tu.. hahahahhaa.. baek kan...

Disebabkan time tu umur kita baru nak UP... kiter tak berani sangat nak join... hehehehe tapi sentiasa mengikuti perkembangan DSAI... 

Hari ni, kalau abah masih ada... mesti kitaorg bersorak... mesti happy...sebak... bangga...  semua la..
Akhirnya DSAI jadi Perdana Menteri Malaysia. Kitaorg bukan taksub dgn dia, tapi insyaAllah, Malaysia diharap akan jadi lebih baik daripada yang sebelum ni...

Ni pun, belum angkat sumpah jadi PM... bursa saham dah start grow... kan petanda baik tu...
Kita doa yang terbaik, sudah lah... lain-lain... Allah yang tentukan.


Terima kasih Allah!

#kitaboleh.






#GE15

Tarikh 19hb Nov 2022 (Sabtu) rakyat M'sia keluar mengundi untuk kali ke 15.


GE (general election) kali ni, tak se'havoc' penggal lepas... siap kitaorg ni gegeh la ke SMK Sg.Pusu untuk tengok sendiri kemeriahan utk hari penamaan calon. Dan seronok, bila parti HARAPAN dapat tadbir negara walaupun lepas tu, disailang oleh orang-orang yang tamak dengan pangkat masing-masing... hmmm.. sedih.


Dulu kata, tunggu pilihanraya nak tentukan sapa yang rakyat nak pemerintah...bila mana rakyat dah pilih.. boleh plak kau orang pakat nak buat pemilihan sendiri, dan pilih sendiri sapa nak jadi barisan pemerintah... AppOOOoooOO!!!!


Tapi tak pe lah.. sebagai rakyat.. kita cuma jalankan tanggungjawab kita. Pilih yang sehabis baik walaupun diakui takde sorang pun yang bakal memerintah ni terbaik akhlak nya... cuma pilih yang kurang akhlak buruk nya... lain-lain tu.. semua urusan Allah.


Semoga Allah pilih pemimpin yang boleh tadbir Malaysia dengan berteraskan ajaran Islam dan semoga Malaysia akan bangkit semula daripada segi ekonomi dan segala genap sebi nya... 


Insya Allah... semua nya adalah dengan izinNya...


#kitaboleh

Undi saya tak pernah RAHSIA... ✌🏼✌🏼✌🏼




Malam hari pilihanRAYA.. @Jalan TAR








Hari mengundi.. pilihanRAYA!









Girls days out. ❤️





PERGI

 Pagi ni, buka FB... nampak newsfeed kawan yang sama-sama kerja di Mobikom hingga ke TM Touch dan berakhir ke Celcom... telah dipanggil balik olehNya.


Allah... terus rasa mcm nak meraung! tak henti air mata ni mengalir.


😭😭😭😭


Walaupun kitaorg bukan sama department...aku dekat IT Dept, dia dekat Finance...tapi bila berjumpa.. boleh sembang macam lah kitaorg ni bespren sangat... memang senang kawan dgn dia. dia baik. Kalau aku turun ke Dept dia, memang akan singgah la kat station dia tu.


Bulan 3 tu hari, ada msg dia... Lillahi Taala... kenapa aku tengok dia kurus... padahal badan dia berisi selama ni... baru la tau yang dia ada cancer usus & rahim... 

Allah... berat nya ujian dia. Tapi dia cakap, dia redha... dia cakap, dah itu bahagian dia... dan dia terima seadanya... 

Allah... semoga Kau tempatkan Nur Eizan Ayub di syurga firdausi Mu tanpa azab dan hisab. 


Zan, kita takde rezeki nak jumpa kat dunia ni... semoga Allah izinkan kita jumpa semula di syurga...


Yang buat special nya dia ni dgn aku... sebab tarikh wedding kitaorg ni sama... bila bagi kad kawin dulu... bila tengok tarikh, laaaa.. samaaaaaaaa.... gado manja la jugak.. mcamana nak pegi wedding masing-masing ni? hehehee... sudahnya dpt tengok gambar jer la..😊


Tahun ni punya 20th wedding anniversary, aku dah takde suami... dan Harmee dah takde isteri... kebetulan eh?!!!

(tapi takde istilah kebetulan dalam Islam... semuanya Allah dah tentukan....)



Sabar la wahai hati...



Semoga Allah tempatkan mu di Syurga wahai sahabat... 
❤️