ALHAMDULILLAH...

Terima kasih Allah.



Akhirnya...




Setelah sekian lama berjuang, dapat gengam diploma.
Betapa touching nye hati ni bila dia berarak masuk ke dewan. 

mixed feeling!

Terus nangis.. (Lu'lu kata, awal nawww nak nangis nya pun)


Hati seorang ibu kan... pulak nya, babah takde.. lagi la...


Sebab daripada awal ke KV, memang dengan baba jer... Allahu.. semoga ilmu yang abg peroleh, Allah beri pahala buat babah...



Anak ni dulu, yang aku pernah risau.. sebab lambat membaca. Kerapkali tak dapat beza b. d.
confused left right... anak yang aku hantar tuition hanya untuk M.E.M.B.A.C.A 
3-4 tempat dia pergi... semata-mata untuk dia belajar membaca sahaja. 
Betapa risau nya hati sampai tanya cikgu, takut dia ada penyakit Dyslexia. Nasib baik gikgu convince itu masalah biasa sahaja. Tapi kena monitor daripada awal. 

Tapi anak baik ni, takde rugutan pun...ikut jer. (takut dengan baba maybe) hehehehe
Alhamdulillah... ada peningkatan dalam pembelajaran... even UPSR pun peroleh keputusan yang tidak dijangka kan.. walaupun tidak cemerlang seperti pelajar lain.. tapi sangat memuaskan hati cikgu-cikgu.


Dah kabor dgn dia, klu tak mau belajar academic, belajar kemahiran. Jangan bazir masa, ponteng sekolah, buat perkara bukan², serong sekolah and what so ever.. awal-awal dah omak ko bagi reminder...


Apply KV, alhamdulillah dpt kat Setapak tu .. suka la baba nya tue... sekolah dia dulu khen..
walaupun tak sama course dengan baba.. tapi ok la...


Tu time balik dr convo maghin.. dia dah teresak dlm kereta... dia cakap, klu baba ada.. mesti baba bangga kan mie?


of koz la... semua pun bangga dengan pencapaian semua anak-anak... bukan pilih anak itu, anak ini.. semua.. tak kira apa pun keputusan.. insha Allah... Aris & Co' pasti bangga...


Tengok la.. walaupun baba, atok, tokmak takde.. tapi ada je yg lain-lain datang celebrate abang kat majlis graduasi tu. Even dak Ahmad tu pun join sekali time convo PakLong dia...


Sekarang ni dah keje budak bertuah ni.. Habis intern tu hari, ada kawan ajak keje sama dengan dia... rezeki pulak company tu nak guna orang urgently... dpt la.. cari pengalaman.


Suruh sambung belajar, dia kata nanti la pulak.
Korang doakan la Muhammad Adib tu nak further study macam Hazim.. 

khenn...



Besar dah anak-anak... sikit hari lagi, nak kawin pulak...

mommy is getting old...





































I'm a proud mommy



pic with 'babah'.. 










 

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional 2025

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-10 Tahun 2025

📆 Tarikh: 6 April 2026 hingga 14 April 2026
🏢 Tempat: Dewan Tuanku Canselor, USIM
✍️ Anjuran & Peringkat: Kementerian Pendidikan Malaysia (Zon Semenanjung)
Majlis Konvokesyen KV KPM Kali Ke-10 yang telah berlangsung di USIM pada 6 hingga 14 April 2026 meraikan 192 graduan Kv Setapak daripada lapan bidang teknikal 🎓
6 April 2026
Sidang 1 - Diploma Teknologi Permesinan Industri (MPI)
Sidang 2 - Diploma Perakunan (BAK)
7 April 2026
Sidang 3 - Diploma Teknologi Kimpalan (MTK)
8 April 2026
Sidang 5 - Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara (MPP)
9 April 2026
Sidang 7 - Diploma Teknologi Elektrik (ETE)
11 April 2026
Sidang 11 - Diploma Teknologi Automotif (MTA)
12 April 2026
Sidang 13 - Diploma Teknologi Pembinaan (WTP)
13 April 2026
Sidang 15 - Diploma Teknologi Elektronik (ETN)
Penganugerahan ini melambangkan komitmen melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing, serta bersedia menghadapi cabaran industri atau melanjutkan pengajian.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan! ✨
#TREX@KVSKL
“Your Career Begins Here”
#TVETKPM #KVSetapak #BPLTV #KPM trex@kvskl pibg@kvskl




source : FB Kolej Vokasional Setapak