Break-Fast In The Dark



Hari ahad lepas, dalam sejarah le berbuka puasa dalam gelap weh...dalam sejam sebelum waktu berbuka... sampaikan tok mak tak sempat nak masak sambal tumis dia... cili tak sempat nak blend maa.. hehehehee... meriah gila, smua famili ado plak tuh.. yg paling sibuk adalahh... anak² kecik ler. macam pesta ler plak. Kebetulan plak, jiran² atok nye anak² berbuka kat umah mak masing-masing... macam kelakar plak...


Tunggu, punya tunggu, still tade letrik lagi ni... lebih kurang pukul 9, acik ateng pun membuat rombongan cikkiah ke taya teko au2...(JJ AU2)...



Call rumah pukul 10.30, pun tade letrik lagi, so... jalan-jalan tengok lampu ler dulu.. yeehaaaa...
sampai rumah kul 12 lebih, tade jugak... sudah nye, semua dah tido dalam kepanasan... syukur, tepat kul 1 pagi baru aman damai.... peace!

Product DCL


Since aku dah rajin (rajin sikit je la, hehehe) mengupdate blog... terpikir plak benda nie...
saje nak advertise product-product dr DCL nie... umum pun dah tau & kenal dgn product nie kan.. tak yah ler aku cite byk... tapi klu korang nak tau details jugak, leave a message. So, klu korang nak aku beli drp aku, aku boleh tolong belikan then poskan, lepas korang wat payment la kan.. hehehehe... tade payment, tade la barang nye... :-p (ops... harga barang blm termasuk harga pos yer...)

Aku jadi ahli ni pun utk diri sendiri jer, famili & kawan2 terdekat.. leh dapat harga murah sket... klu ada apa² promotion ker, lagi le dpt murah... ni pun kira nak tolong korang utk dptkan product DCL ni la. So, korang request for quotation dulu... once confirm, then baru next step...

Click here for more details -> PRODUCT KAMI

Menjelang Ramadhan

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN



4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.

Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur


... hmmm.. moga aku dpt ikut jadual tu... insyallah...

Kematian...

Antara tajuk utama hari ni .. 14/08/2009, VOKALIS UTAMA RABBANI MENINGGAL DUNIA. Ustaz Asri meninggal pun secara mengejut jer... Like Yasmin Ahmad. Tengah prepared for presentation, then collapse... on da way to hospital, nyawa nye ALLah dah ambik... before nazak, dia masih lagi mencari Al-quran... Masya Allah... insaf nye aku... nyawa yg Allah pinjamkan nie, klu dia nak ambik balik, takde siapa buleh tau, boleh halang... moga-moga dengan keadaan yg berlaku disekeliling kita nie, memberi kesedaran dan keinsafan kepada diri aku sendiri dan kamu orang semua....

Al-fatihah untuk Ustaz Asri.

H1N1 @ Selsema Bab!

Sekarang, penyakit selsema babi tengah menyerang dunia.. takat hari nie, dah hampir 48 org yg maut terkena virus nie... betul la dunia akhir zaman.. penyakit tah apa² yang muncul... orang buleh mati dgn tiba², sangat menakutkan. Dah pelbagai tanda Allah tunjukkan kat kita nie.. tapi rasanye, masih leka.. (peringatan utk diri sendiri sebenarnya nie)... So, skrg nie... klu korang sakit sikit pun, better pegi la check... kena jugak berusaha kan.. takkan nak main pikir, takdir jer kut... Jaga kesihatan, kebersihan.. utk diri sendiri, keluarga, masyarakat...

Sambil tuh cuba amalkan nie...

Dibaca doa’ ini untuk menghindar selsema babi. Dan wabak yang lain.

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في صَبَاحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلّ لَيْلَةٍ:

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
ثَلاَثَ مَرّاتٍ إلَّا لم يضُرّهُ شَيْءٌ“.

Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،

Dibaca tiga kali.

Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.

Semoga kita semua dilindungi oleh Nya.. Amin.

Banyak nye sawanggg...

Hehehe... lama gila tak berblog.. smpi dah lupa.. since LL dah tutup dulu,
dah malas betul nak start balik.. padahal banyak benda nak kongsi, cerita... mcm2 la...
Tak lama lagi dah nak puasa nie... lebih kurang 2 minggu jer lagi.. so, tunggu mood puasa dulu ek..
hahahhaaa..