Dah Stop dah...


Akhirnya!!!... dah kira 2 minggu jugak my little Lu'lu dah fully stop isap cik.tek... menjak dah 3 tahun ni isap cik.tek pun memain jer. buat cukup syarat jer...
little lulu senang isap puting. no prob... takde masalah langsung. bagi le puting mcmana skali pun, rilek jer dia nyot masa bby. tak mcm abg dia dulu, jenuh bg macam²... tak moh. last-last puting BABY OK jugak jadi pilihan...
masa pantangkan little lulu, mak dia mengempam cik.tek dgn pam Avent tu... dia jadi terbiasa pulak budak ni dgn puting Avent yg besar gabak tuh... huhuhu, smpi skrg dia masih guna botol Avent jer doh... almaklum jer la kan harga utk produk tu bape hengget nye. puting susu je pun udah mencecah RM30 kau. blm masuk botol nye... fengshann!!!
memula dulu time nak tido little lulu sibuk jugak nak cari cik.tek, gelisah semacam jer nak tido... now, tidak lagi.... yahoooooooo!!!!


....

1. Bersihkan diri sebelum tidur.

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.

Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Morning @Shah Alam

Akhirnya sampai jua kaki ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam. En.suami mmg dah lama sgt ajak pegi ke sana since masa anak sorang dulu. Semalam pegi pun tak plan pun. 'Ter' pegi jerk. hhahahhaa.. Actually en.suami keje last weekend, pepagi smlm dh kena gerak ke office. Disebabkan dia malas nak hantar anak mini ke umah tokmak, dia ajak gerak sekali ke office dia. Keje abis dlm kul 9 lebih, kami pun terus lancar ke pasar pagi tue...
Pergh!!! best..best dan best kalau ke sana waktu poket penuh weyy... ni pegi dah hujung bulan, cuci mato yo lah dek non. Segala jenis brg ada kat situ kau. dr barang dapur, basah, kering, jajan, menan, baju, handbang... sumer lah. mak dan ayah jer yg takde kau.
Nnt nak repeat pegi balik, pasal semalam budak mok aku tu buat perangai je kat sana... bengkek je en.suami... jom, sapa nak joint!!!

Alfatihah.

Tarikh 22.03.2012 smlm, pakcik en.suamiku meninggalkan kami semua.
Alfatihah untuk arwah uncle 'Ak. sakit cuma seminggu sejurus pulang dari umrah. tu pun hanya
di ICU. Allah lebih menyayangi uncle. semoga roh uncle Allah tempatkan dlm golongan org² beriman. Sayang uncle sangat-sangat sebab uncle org yg sgt baik.
*MIL sgt sedih atas kehilangan adik lelaki nya yang tersayang...


...arwah sebelum berangkat menunaikan umrah, time ni dah tak berapa nak sihat.



...arwah admitted ICU GH Ampang...

Telemuvee KasihBumi

Kasih Bumi mengisahkan dua rakan baik yang dalam diam mempunyai perasaan sayang tetapi terlalu ego dan segan untuk menunjukkannya. Apabila masing-masing mengaku, hubungan yang dahulunya baik kini menjadi suram. Lakonan hebat Bront Palarae, Nabila Huda, Norkhiriah...


Malam tadi layan telemovie cite ni ditv9. best... teringat pulak kisah dulu, masa muda... zaman layan chatting Alamak.Com... pergh! best giler. siap attend gathering lagi kau. seronok sngt-sngt.
nnt nak buat entry pasal tu. skrg nak cite berkisah dgn telemovie ni dulu.
Lebih kurang mcm cite aku ler.. sipi-sipi....cuma beza time pertengahan cerita.

mula dulu aku baik dgn sorang chatter ni, nickname dia Sparco. sblm tu aku baik dgn budak² dia yang lain. siap aku nak ngorat member dia nie. tapi dgn sparco nie lain sikit, aku blh layan sembang berjam-jam mcm orang berchinta kau. seminggu skali mesti call. sembang mcm dia tu boifren aku...(padahal aku dh ckp siang-siang nak ngorat member dia.)

Dgn sparco blh sembang byk benda. siap gaduh-gaduh manja lagi kau...every time birthday siap beli & poskan birthday card lagi...dah sampaikan semua geng dia cop kitaorg nie bercouple dah nie. hahahhaaa.. la
wak sungguh.
dan yang paling best aku kenal dia dulu sblm kenal en.suami aku tu itew... tapi iye la.. dah nama bukan jodoh aku dgn dia kan... sepanjang perkenalan aku dgn sparco kitaorg pernah jumpa hanya 3 kali jer... ada je halangan nak jumpa asal dia turun KL.
(mana nak temu jodohkan...:(

masa wedding aku dia datang tau dgn geng² Ipoh dia... tp time wedding dia, aku tak pegi pun... (sedih kut... hahahhaaa)
Masuk tahun ni kira-kira genap dah 14tahun perkenalan kitaorg. Mula dari alam maya ke alam realiti. Berbual, bersembang, bergaduh... tapi tak pernah bicara soal hati masing-masing.
Aku sangat-sangat sayangkan persahabatan aku dgn dia...
(woit, en.suami aku kenal dan pernah jumpa dah pun... hehehehe.. jgn pikir aku curang yer...cuma aku je takde kesempatan nak kenal bini dia... dan yang kebetulan nye pulak, bini dia adalah anak buah jiran rumah belakang mak aku daa... hahahhaa.. kecik betul donia nie.)


Even masing-masing dah bina famili sendiri, harap-harapnya kita
kawan hingga hujung nyawa kita. Happy friendversary kawan!!!


Buat Mohd Azwan Abd.Rahman, friendship forever!!!

Selamat Hari Wanita

UNTUNGNYA MENJADI WANITA (islam)

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada apak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah Salallahua’lai wasalam) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan penghapuskan darinya1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah .

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Semoga kita (para wanita) bergembira dengan hadiah yang ditawarkan kepada kita dalam sehari-hari kita menjalankan tanggungjawab kita di dunia ini. Cuba kita renungkan sabda Rasulullah ini :
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya).” (Hr Tarmizi)

Birthday

Mlm minggu ari tu celebrated birthday mama & en.suami dan yg lain-lain dlm bln Feb & March. Food was prepared by Mama Mie..(mcm biasa la kan...) adik bradik mesti la kena tolong. Klu tak, mau kena sound tepek dgn yg lelain. Western food kor.
Kengkonon beli kek untuk surprised kan en.suami, aku balik yg surprise. Order kek seketul, tpi dpt mini cheese jer. lg sedih, lg best en.suami plak tak de malam tuh.. huhuuhuuu(sadiskan uolllsss). Ada urgent call, mintak tolong org jap. Memasing dok tunggu la kut dpt makan mini cheese yg sedap itu. Sabar jer la..
Buat TokMak, selamat hari lahir yang ke 62, semoga dipanjangkan umur. diberikan kesihatan yang baik. sayang mama banyak-banyak kali.... muuaahhh!!!


....kek untuk semua yg celebrate....




.... sayang babah...