Cerita Karok.


Konun nye babah nak start mengecat umah tok mak coti wesak day tu, kunun jer la kan... sudah nye terbongkang kat umah tokmak... aku pun sebok le mengajak mama & yg lelain ke cherry corner... abob pun bawak gf nye skali... since abah pun takde, g johor.... nak ajak lepak umah ain jer... abob plak acah ain & laki dia nak g karok... ingatkan tak jadi, lepas magrib, abob pun kata on... apa lagi, tunggu ain, paksa ateng... jadi jugak le. yg tak pollow, mama mie, uchu... hehehee.. sikit punya benggang la sapa yg tak ekot tuh... karok malam tu, yg paling happening la... hehehehe.. makan hati le mama mie... next taim hoccay... lain kali jgn sumbun klu org ajak g memana... hehehehe...








Kenapa malas...



Aku pelik gak tengok kaum ibu / isteri zaman modern nie agak bangga bila kata diaorg ni memang tak suka memasak… alemak, takot nye. Camner somie, anak2 nak merasa air tangan isteri/ibu diaorg yer… klu tak pandai, tak tau masak tu, maybe ok lagi… boleh belajar slow2… practice make perfect kan… tapi klu yg jenis mmg agak pemalas nak masak tuh… alahaiiii… tak dapek nak tolong. Kan air tangan isteri tu pengikat perut somie & anak2.. sedang menyediakan makanan tu, sambil berselawat, sambil berdoa agar makanan yg kita sediakan tu mendapat berkat. Mendekatkan kita dgn keluarga. Insyallah, en.somie pun bertambah sayang.. kasih sayang antara anak2 pun semakin dekat.

Masa anak dara dulu, boleh dikatakan aku mmg kureng sket bab memasak nie… almaklum lah. Duduk dengan family… of course le mama aku yg masak kan. Tapi aku mmg rajin perati teknik, apa bahan² masak yg mama sediakan… nak² tuk lauk masak lemak cili api… pergh, kena ada skill tu beb. Klu tak, takdo la cam nogori punyo stail kan… menjak dah berfamili nie, minat memasak tu semakin menebal plak. Nak² dpt plak anak jenis pemakan, bila dengar dia puji makanan yg kita masak tu sedaaap, perghh!!! Tersentuh hati lorrrr… tak tau camner nak ungkap dgn kata2. Even my en.somie pun jarang nak puji bab makanan nie.. tau-tau, habis jer berpinggan-pinggan… hehehee

Klu nak ikutkan, bukan susah mana sgt pun nak memasakan nie… kena rajin sikit la utk menyediakan bahan nye… yg lelain tu… senang jer… nak dan taknak jer… dah tu kita kena rajin la mempelbagaikan masakan agar, tak le jemu.. asik-asik lauk yg sa
ma jer… takat buat tomyam yg senang pn ckp tak reti… alahai.. kesian anak2… kena cari kat gerai, sebab mak nye tak reti nak masak… hello, jgn la malas masak wahai kaum isteri/ibu… kan dapat pahala bila kita sediakan makanan nie… nak-nak utk family kita sendiri… bila kita menyediakan @ memasak utk mengenyangkan somie, fadilatnye umpama mendapat pahala haji dan umrah tu… tak nak rebut ke pahala itu wahai kaum isteri/ibu zaman ini… renung-renungkan lah…



Class

Gara-gara suka sangat makan cistat kan... aku pun merajinkan diri dgn menjoin class buat cheese tart anjuran Maklang Azie... bukan le susah sgt klu dah blajar kan... hehehehe... so, lepas nie kena rajin buat, test market dulu cam ner... klu boleh g, boleh buat jual.. hehehee.. rajin la sgt aku nie kan... hahahhaa.... so, lepas ni blh blajar wat benda lain plak... mcm syiok jer g blajar ni kan... yeehaaa..!

*gambar-gambar ni cilok dr blog maklang & ita, hehehehe.. jgn mare arrr....


*geng blajar utk hari tu...


*dgn tekun nye membuat cis & fruit tart :)





*hasil nye......


tadaaaaa


Blm sempat sampai rumah dah kena korban dgn adib & adiknye dalam kereta... suka sgt abg makan cistat... request srh buat lagi... hehehee... adik nye, cam biasa ler... sikit pun tak heran...hmmm..
nak order???

Tarikan seorang bernama WANITA....

*copy & paste...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:




1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?… pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang/adik atau anak harus memainkan peranan,tanggungjawab & amanah mereka dengan sebaik yang mungkin.

Marilah sama-sama muhasabah diri.....

APABILA MENGHADAPI UJIAN ALLAH


*kopipes dr blog lain..

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkanorang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


Balik kg.

Last week balik Rembau... mak kin plak bertunang... disebabkan en.somi ada training kat opis baru dia, terpaksa la kitaorg bergerak malam... masing2 sumer ada hal / keje lagi siang nye... reramai la konvoi bersama-sama... ateng jer tak balik, kat club ada tournament. Masa hari langsung, ahad tuh pepagi lagi dah takde air.. phewww!!! mengerikan... sib baik dlm kul 11 lebih tu, dah ok.. pulak tuh.. seharian hujan.. hujan rahmat kan mak kin... walau hujan, majlis berlangsung dengan meriah nye... ramai orng, bertambah meriah lagi apabila tukang2 mengemas bermain air hujan & air basuhan... acara siram-siram... sib baik kaum2 ibu tidak dipaksa utk menyertainya.. klu tak, haru... to mak kin & partner, congrats... insyallah, panjang jodoh.. langsung tahun depan nye...

*note~ gambar cam biasa, nengok fb mama ain lagik.. yee haaa...

Congratulation

Last week, acik wan dah selamat bertunang... insyallah, akan berlangsung lepas raya cina tahun depan kata nye... malam nye plak, acara berkompol adik beradik, sepupu sepapat, keturunan Hj.Sahlan... mcm biasa la.. lepas makan, makan, mengusik, menyakat, gelak macam nak mati... best.. best sgt². time begini la dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami... dpt makcik, pakcik, sepupu, sepupu baru, anak buah yg sgt² happening.. sampai penin... sapa yg join famili kitaorg, kompom mmg best... mana yg bebaru lagi tuh, harap² dapat la sesuaikan diri memasing & partner korang dgn famili nie... mmg terbaek dari ladang.. perghhh!!!...
to CikWan & Tunang, congrats... moga jodoh kalian hingga hujung nyawa hendak nye... Amin.

note: layan gambar kat fb mama ain yer... muaahhh!