dah sunat!

Selamat sudah berkhatan buat anak bujang ku berdua... Muhammad Adib & Muhammad Ammar Rafael. Kesian tengok diorg sakit. Harap2 cepat lah sembuh.... pastu kita pegi holidayyy... yeeay!!!!


Pengantin k e c i l.

Alhamdulillah. 
23hb Nov, selesai hajat untie ain nak buat majlis berkhatan untuk anak2 bujang. dah terlanjur, buat skali majlis cukur jambul utk anak bujang kecik. Majlis berjalan dgn lancar dan meriah. siap kompang, bunga manggar nye... tak lupa, ada rezeki anak2 buah uncle rizal datang bersilat bagai... meriah kan.... jom layan gambar dr kamera cik ateng.








r.i.n.d.u.

(rindu bila takde depan mata tu dah biasa sangat kan....) 
tapi korang penah rasa rindu dengan seseorang yang berada depan mata? 
dulu takde depan mata, tapi terasa dekat jer, tapi sekarang dah terbalik pulak. dok depan mata tapi terasa jauh, kekadang rasa terasing.
dulu takde depan mata, terasa diri sangat dihargai, diingati, dan di.di.di.di.di.
tiba skarang, ada pun buat mcam tak nampak jer...
ker, nanti dah takde baru nak 'ingat' balik? 
e.n.t.a..h... takde jawapan.

rindu nak tunggu call, text, sms
rindu nak bergayut lam tepon lama-lama
rindu nak bercerita untuk hilangkan rasa stress
rindu nak kena peluk, sentuh, belai, manja (without make love)
rindu nak borak panjang-panjang
rindu pimpin tangan erat-erat (skrg kejap-kejap jer)
rindu nak pegi dating
rindu nak naik bas mcm dulu
rindu nak merajuk & kena pujuk
rindu nak ...
rindu ....
rindu ....
rindu ....
rindu ....
rindu ....
rindu ....
rindu lagi ......
rindu sangat dengan masa lalu. tersangat!


bolehtakcarioranglainuntukhilangkansemuarasarinduitu???

Family Portrait







Alhamdulillah

29hb October... tu... lahir dah anak bertuah nie. Udah le overdue, pulak termakan najis nye. berselirat wayar kat N.I.C.U @ Hosp Ampang...
Syukur sangat-sangat... Allah permudahkan. Nampak mcm dah sihat kan.. tpi still kena monitor lagi dengan doktor tuh.

Ni la budak bertuah yang buat TokMak & Family semua susah hati... hehehehe.. cepat sihat, cepat balik rumah yer Muhammad.


Exam Time!



Exam time... huuhuhuuu... anak² yang nak ambik periksa, mak-mak yang susah hati. apak eh' cam biasa jer. Org lelaki kan, apa ada kisah....ku tngk anak lemah dalam pelajaran, rasanye nak je jadi surirumah tangga...monitor pelajaran anak.... tapi apa kan dayaaa... huhuhuhuuu.
Buat Muhammad Adib bin Nazzarul Zaid, sila focus bila menjawab soalan peperikasaan (Ujian Saringan Linus untuk menentukan kelas tahun hadapan)

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Hari ATM

2nd time pegi Hari Angkatan Tentera Malaysia kat Dataran Merdeka. Kali ni bawa little Lu'lu skali...last time dia tinggal kat umah dgn tokmak... kali ni baba ajak naik komuter. lagi la budak² tu excited kan. (biasa naik LRT jer) 
Mlm sblm nye tu dah singgah tengok abam2 ashkar dok set up booth memasing. teruja sungguh anak2 ku nak pegi kannn.... besh woooo.. abam ashkar sungguh henshem skali.

  


 


 









 

Cerita Raya 2013

Alhamdulillah... hari ni dah 14hari menyambut Syawal. Raya kali ni mula berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Routine sblm ni, of coz le beraya ke Jln Kucen dulu... tp start tahun nie, masih lagi ke Jalan Kucen... tapi bukan ke rumah flat PKNS tu. kali ni ke seberang jalan nye... di rumah abadi FIL & MIL ku... first time anak-anak pegi ziarah kubur atok daddy & nenek nya. Mula ziarah kubur atok nye, abg adib siap 'eksen lagi kata first time ke kubur abang tak nanges.. (iye la, dah ko tak penah jumpa atok ko kan, mana le nak rasa sedih nye).. next ke kubur nenek, memula steady lagi... start dia bacakan doa, air mata dia laju je keluar. adik plak asyik sibuk cakap yang nenek nye ada kat dalam tuh. abang yg dah ada akal & perasaan, kompom la lagi sedih... lagi la air mata ku laju jer keluar nye... udah lah pagi tu lepas ziarah kubur abg nye, ku dapat berita sedih. kehilangan anak buah ku di pagi syawal. anak lelaki icham (sepupu ku di Johor) pergi jua akhirnya setelah bertarung nyawa hampir 2-3 minggu. Nanti Danish boleh kawan dgn Abg Adam... tunggu ibu dan ayah nye 'di sana'... (sedih giler kau!!!)

Menu raya mcm biasa la kan... ku dapat tender buat lontong (yeay... makin expert!), anyam ketupat dah dapat sorang lg calon... kakak dah pandai anyam... apai pun turut serta menganyam.. ku dan noni mmg dah terror...(wakakakakkaaa.. riak dowh)

First time bagi anak-anak ku beraya di Kg.Baru... suka diaorg tu. nak plak ada anak² si Safidah... jadila... teringat plak balik zaman ku budak2 dulu... beraya di kg.baru... nostalgia betul la. Jalan ramai-ramai... tp tu pun baru 2 MAK, (mak aku, mak fidah)... dah meriah... klu lagi ramai yang followed ari tuh, mau gamat dow...
Malam nye ku beraya di rumah adik MIL kat gombak... lepak jap terus ke Kajang plak... ikut auntie Yah beraya... esok nye cam biasa la kan... lancar ke Rembau... BBQ tak tinggal ok... acara tradisi. malam tu cuma famili ku dan famili mak ani... cik ajai & atok kasim je yg ado.. yg lelain sume beraya di rumah in law memasing... tu pun gamat juga...
Esok balik KL, pergh!!! ikut PLUS, slow moving... banyak betul kereta kat jalan raya skarang yer... kayo org mesia nie... itu je cite raya tahun nie... harap-harap Allah lanjutkan usia ku dan org-org sekeliling ku, terutamanya my parents... abah mama... ahli keluarga semua... untuk jumpa lagi Aidilfitri akan datang. Ku sayang kamooo semua... muaahh!!!





Salam Lebaran 1434 (2013)

Dah sampai penghujung Ramadhan. Tinggal baper hari jer lagi nak sambut raya. Rasa sedih rasa nye... tahun nie baru 2 hari Abg Adib dah tinggal puasa. 1st day tinggal puasa tuh, reason dia sangat tragik. Gara-gara adik dia propose nasi goreng, terus dia teruja dah terus makan tanpa kompromi... hahahahaaa. dasat kan.... for 2nd day tu dia tak sahur... gara-gara mami yg lewat bangun kan... kesian, tak larat. So, puasa setengah hari jer. tak per la.. nak buat macam manakan... 
Last weekend rempit buat kukis raya... pergh! mau muntah bau itu biskut. ari sabtu tokmak siapkan buah redan, kitaorg adik bradik siapkan sarang semut & cornflakes. Ahad plak siapkan rempeyek, repeat balik buat chocolate cip, buatkan biskut arab utk ibu mengandung. heheeheheee... dalam dok cakap tahun ni malas nak buat kuih raya, mcam2 gak sempat buat.. ni nak buat kek plak time raya nanti...mcm2 tekak diaorg nie... selagi ada yg nak makan.. insha Allah akan ku usahakan...
Esok ambik halfday, next Thursday baru naik keje... ikutkan nak je ambik direct seminggu tuh... tp mcm bos tak kasi jer la kan... (Alhamdulillah!!! bos dah kasi duit raya... yahoOOOoo! duit raya paling banyak takat ini.... tenkiu bos... tahun depan tambah lagi amount nye yer... )
kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Pandu dengan cermat. Dalam ghairah sambut raya, baki Ramadhan nie jangan dilupakan... moga-moga Allah lanjutkan usia kita semua untuk bertemu Ramadhan akan datang.... Maaf Zahir & Batin.

Dah Ada Lagu Raya ....

Hari ni dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa. Makna nye dah masuk untuk fasa ke 2 bln Ramadhan. Pagi smlm, dah keluar lagu raya. Tetiba hati jadi sayu. Laju je air mata turun berjurai-jurai... sebak betul rasa. terasa cepat masa berlalu... rasanya masih sikit amal ibadat yang baru dibuat. ya Allah, berikah aku kesihatan, kekuatan dan keazaman yang kuat untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat dibulan yg paling mulia nie....

* Mode sebak, teringat my MIL yang dah takde utk sambut puasa & raya bersama...

Anak Bulan

Hari ni tengok anak bulan, then tak sabar nak tunggu pengumuman bila start puasa. Zaman kecik-kecik dulu sangat excited bila nak tunggu... (sekarang pun sama... walaupun dah boleh agak berdasarkan kiraan rukyah)...
Semoga Allah beri kesihatan yang baik padaku, suami, anak-anak, ibu dan bapa ku dan juga seluruh umat Islam untuk melipat gandakkan usaha & amal ibadah dibulan yang paling mulia ini... Izinkan la Allah....

klau esok puasa, malam ni dah start solat sunat tarawihhhh!!! yeeah!

Cite Korea

Ramai skrg dah giler dgn drama Korea, K-Pop bagai... tapi ku tak layan pun. Mula dulu terlayan jugak Winter Sonata tu... tapi mcm tak best, walaupun cinematography sangat cantik.... tengok pun skip-skip jer. Pastu nengok le jugak drama My Sassy Girl, tu pun sebab  budak² melayan kat umah tokmak...terjebak jugak... so, dah stop takat tu cite Korea .. tak minat! huh!!!



But, lately nie... alemak... mcm sudah terjebak la pulak... wakakakaa.
punca nye every weekend tertekan button 8TV (almaklumla kan.. rumah ku tiada ASTRO)
ku mmg peminat cerita-cerita berkaitan dgn sejarah... dah terjebak tengok drama Dong Yi... (dah lama kut cite nie since 2010....) dengan bantuan en.google, baru ku tau kisah benar tu berlaku zaman pemerintahan dinasti Joseon... dah ku sudah terjatuh hati dengan itu King Sukjong.... lagi le ku melayan.... terus minat pulak dengan actor Ji Jin Hee... hahahahaa.. habisssss... 
So, nk kena pi speedy video ni... sewa cd cerita korea.... hehehehee.


천애지아 by Jang Nara(장나라) / Dong-Yi OST / English SUB by jsk9260




Sila tatap gambar² Ji Jin Hee yang sungguh menggoda kalbu ku... (ku memey suke dgn actor yang berumur nie... wakakakka)

Hensem kan.... sangat ohhhsemmm!!!

Terguda dgn senyum nye ittewwww


Suka sangat tengok dengan costume King Sukjong itewww...

Ada kumis & janggut shikit lagi hensem loorrr!!!




Jerebu

Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

Subky Latif,24 Jun 2013
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.

Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.

Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.

Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.

Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?

Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.

Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.

Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.

Tentera jerebu yang melanda tiga wilayah Asean itu mungkin memulakan proses kiamat. Ia mungkin dapat diatasi atas penguasaan manusia atas ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.

Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan menghukum mereka. Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.

Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?

Pemimpin dan pemerintah ke tiga wilayah yang terlibat perlu bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah turunkan berpunca dari pembakaran itu.

Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum orang yang gatal tangan dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah akan sebab Allah turunkan bala itu?

Pakar teknologi boleh menanam benih awan  dan hujan, orang soleh boleh solat minta hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyampaikan dakwah, bahawa jerebu itu bukan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak beriman mendapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.


* HARI NI SEKOLAH SELURUH SELANGOR & KL DIARAHKAN TUTUP. Haze getting worst... please take care people!

Hari Bapa!!!

Semalam Hari Bapa kan... rata-rata semua hapdate status kat fesbuk dok wish untuk bapa, bapa mertua, bapa kepada anak² dan segala bapa la..(bapa ayam tidak termasuk hoccay!!!)
actually, ku suami isteri sangat tidak mempraktik kan segala sambutan hari bapa maupun hari ibu... mcm tak kisah pun. dek ketidak praktikkan sambutan itu, anak-anak pun tidak le beria sangat... cuma anak bujang tu tau yg smlm fathers day... ckp tak beli apa-apa utk babah, then tak wish pun kat apak eh tu. apak eh pun buat dunno jer... dia pun maleh. ingat smlm ku nak juga melanje dinner sempena hari bapa itu, tapi disebabkan anak bujang sudah tertinggalkan buku skolah di rumah tokmak, harus juga ku kembali ke AU4 utk siapkan homework abang. Atok plak pi masak rendang yang sangat mabeles membuatkan anak² sangat teruja utk makan... so, tiada aktiviti melanje dinner smlm... balik umah, en.suami terpaksa menghabiskan menu nasi ayam yang masih berbaki... heheheheee...






happy fathers day to my lovely abah... semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik.... Angah sayang Abah!!!

Jiran En.Ramadhan dah sampai.

Ah lan Wah Sahlan ya Sya'ban.... hari ni dah 1 Sya'aban. Pejam celik tak sampai lagi sebulan Ramadhan yang mulia akan menjengah. Semoga Allah panjang kan usia, beri kesihatan yang baik kepada kami semua untuk melipat gandakkan ibadah dibulan yang paling mulia itu nanti. In sha Allah!!! 
Can't wait!!!


Hmmm....

Last week rewang kenduri di rumah makcik en.somie plak. Buat tahlil, doa selamat skali untuk menyambut puasa. Masak beramai-ramai kau... best, pasal dah lama tak berkumpul belah famili en.somie...
hmmm... yang best nye skrg nie keliling ku... ramai sangat kena buatan orang. ngeh!ngeh! ngeh!!! macam syiok jer kan. Adik ipar ku dah 5bln. Biras bungsu baru 3bln, adik sepupu en.somie dah 6bln... yg surprised member en.somie a.k.a sepupu adik sepupu en.somie jua peknen 6 bln... meriah kau!!! sumer dijangka bersalin tahun nie.... 
en.somie!!! nak new baby....

sweet jer org peknen nie kan...

Sudah Jatuh Chenta!

Gara-gara dok nengok henbeg kazen ku itu hari, aku pun dah macam terbekenan plak dgn itu beg.. hadoiii. masalah betul klu org hantu bag nie. sampaikan en.somie pun dah penin macam-macam beg yg ado kat umah tuh.
Kebetulan masa jenjalan kat The Curve itu hari, leh plak ternampak itu kedai yg jual itu beg. Sekali pegi, macam dah terberkenan dah. dah belek dah... hehehehe.. letak balik. tak jadi lah. then masa pulang, lalu lagi itu kedai, belek lagi.. dan en.somie kata ok... hahahhahaaa... terus beli itu beg... (duit sendiri hokey!!! melanje diri sendiri plak yer... harga buleh tahan laaa kan... tapi sekali sekala kan. en.somie pun tau yg mini dia nie mmg payah benar nak beli barang untuk diri sendiri... untuk anak² & org lain, laju jer dibelikannya)... hehehehee
senarai wishlist dibawah... wakakakaa. baru dpt 1... nak lagi yg lelain nye itu nanti... tet!



beg fanie... aku pun dah terpikat dgn ini beg...





Bikers Kental


Melayan anak-anak tengok cite ni di Curve hari selasa lepas. ingatkan nak gagahkan diri memanjat Genting Highland on that day... tapi dek kerana terlampau penat, letih balik dr Pasir Gudang, then sampai rumah kul 3.pagi balik singgah dr Melaka itu hari, terpaksa la batalkan.. ingatkan Ain pegi gak ke Genting tu, rupanya dia pun tak larat juge. Almaklum la, dia yg drive masa ke JB itu hari, lakinya tak hekot... aduihh. pensan!!! so layankan jer la bdk2 nk tengok wayang & main games... cukup la kan aktiviti cuti skolah kali nie ye anak²... ada rezeki, nnt kita pegi tempat lain plak.

Johor Lagi

Setelah bercuti dari hari Jumaat lepas smpi ke Selasa smlm. Waaa.. sudah naik keijer.  Badan sangat penat, mata sangat letih dan mengantuk utk ke opis. Tapi klu ku tak keje, kompom itu bochi suruh ku cuti rehat terus kat umah plak kan…. Sendiri mau henggat lor!
Seawal 4.30 pagi (31.5.2013) ku dan en.suami dah bangun, (disebabkan ‘cuti’, terus bersiap²)… kejut anak² then lancer ke umah tokmak. Gerakkan yg lelain tu, utk konvoi ke Pasir Berdegung. Hahahahaaa
Berenti solat subuh di RnR, bekpes sesiap…gerak ke Batu Pahat jap. Pepagi layan makan tebu, ambik ration utk dibawa ke rumah perantin, dekat pukul 12 tghari gak sampai ke Pasir Gudang.

Kali ni perantin naik skali 2 couples.  Save budget nyaie miah yer.... wakakakkaaa...
Selamat pengantin baru acik amir & acik man... semoga kekal hingga syurga....
Kali ni tarak bergambar bersyama perantin... bz menjaga candy bar. alhamdulillah kali nie chocolate ku cantik jadi nye... hepiiiii!!!!
Pasni sesapa nak srh in charge candy bar, leh hire Aris & Co yer.... yahoooo!!!

Alfatihah!!!

Dah 9 tahun dah.. kejap jer kan... klu 'abg' ada mesti dah hensem kacak bergaya ...mcm babah (bak kata abg adib la kan).... mami rindu abg... muuuaahhhh!!!!

*petang nnt mami singgah yer...

Sibuk

Iye... saya sangat sibuk seminggu dua ini sampai takde masa nak hapdet...(mcm la ada org baca...pasan!) sampaikan acik amir kawin pun saya tak dapat pergi...(1st time ok, sepupu dekat kawin saya tak dapat join... sangat sedih!)
insha Allah hujung bulan ni nak ke Pasir Gudang. majlis belah lelaki nye... bos tak approve kan pun lagi cuti yang saya dah submitted pada awal bulan dulu... klu bos tak kasi saya kira ponteng untuk 3 hari ok.... lantak la. malas nak pikir. klu bos nak berentikan saya pun, saya redha jer la. (bukan cakap besar & sombong, tapi saya mmg nak pegi ke majlis itu...sambil bercuti la kira nya kan)
saya mmg perlukan percutian... klu dapat releks kat tepi pantai Pulau Perhentian kan alangkah nikmat nya... huhuuhuhuuu.....
ins sha Allah... saya target mesti saya ke pulau itu next year.... hehehehe....

tolonggggg!!!!

Hari Mengundi

Awal pagi anak² dah bangun... mcm la diaorg pun ikut pegi mengundi kan. dah macam raya pulak... malam nye kami 5 beradik fomfuan g konvoi la konon nye ke Dataran Merdeka... kibar bendera la nyeiiii... lajak ke chow kit. Pergh!!! lagi meriah... mostly semua kibar bendera PR... (bendera dacing pun ada jugeee yer....) mmg mcm malam raya.
Pegi mengundi di sek agama abang dlm pukul 1.00 mcm tuh... meriah giler dgn pondok panas both of parties. yg lagi best pondok panas dacing itu adalah rumah mak mertua tak jadi aiii yer youalls... hahahaaaa.... itu makcik mmg sayang sama wa wooo... siap ditariknya, peluk gua lagi.. adoiiii. masa balik mengundi plak, siap plak dia ajak masuk umah lagi... suruh wa tunggu dia nak ambikkan air la, apa ler... dan yg lagi best siap mention yang gua punya Xboipren a.k.a anak dia tu ada kat dalam... giler lorr!!! bini org tu ada nyah... lagi berani srh gua masuk.... hahahahaa... sabor jer laaa..
mlm nye tunggu result election dgn ateng & abah... once bila Abam Najib dah announce bentuk kerajaan... tetiba rasa sedih plak.. mmg harap sangat pakatan rakyat utk tabir negara... iye la, kasi can ler kan... bukan lama sangat pun 5 tahun tu compare 55 thn 'diaorg' tu perintah negara kan... kalau diaorg tak success, korang tukar le balik. bukan susah pun... susah la ini macaiiiiiii!!!!

Congrats Abam Najib... pasni jgn janji tinggal janji yer... kena janji lagi 5thn akan datang... 




* Penyejuk hati.....

Perang!!!

Start dibubarkan parlimen itu hari... perang poster dah bermula la kan. Makin tambah meriah plak bila dah buat penamaan calon minggu hari tu. 
Pergh!!! meriah giler. terasa kehangatan pilihan raya kali nie. Cer korang search kat en.google tu... memacam bentuk dibuatnya dgn bendera tu...tak kisah dari parti mana, semua tunjuk kreativiti memasing.....
Jgn lupa keluar mengundi 5 may ni yer....


Ehem!!! YB saya tu....


Mari lah mariiiiiiiiiiiiiiiii...!

5 May nnt hari mengundi yer semua. Sabtu lepas sudah selesai hari penamaan calon.
Ini calon parlimen untuk bahagian Gombak.... yahooo!!!! takbir!



Calon BN kerusi Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail (kanan) bersalam dengan  lawannya Azmin Ali yang merupakan penyandang - Foto Bernama

 
Ini kalilah!!!

Chuck Taylor All Star...

Gara-gara En.Suami dan Mama Mie dah ada kasut ala-ala all star, papa rizal pun dah sibuk tanya beli kat mana?... whot! whot!!! old skul betul ler kan itew kasut converse .. 
smlm rezeki Allah bagi... saya dapat sepasang kasut itu.... yahooo!!! tq en.somie... muah3x!!!


En.Somie pakai Jazz Star jer... mini dia yg lobih².... 
welcome to mummy dear!!! muaaahhhh...

kaler idaman.... nanti nak yang kaler macam ni pulak yer en.somie... wakakakakaa!




klu dapat yang mcm ini, lagi rare la kannn... whot! whot!!!

Suka!!!

Saya sangat suka dengan lagu ini... sila layan bersama saya!








* bln Jun nnt ada konsert M.Nasir di IB... en.suami, please!!!
sila bawa saya menonton itew konsert. M.Nasir sangat ohwsemmm dimata saya.... pls,pls...

Makan-Makan

Alhamdulillah... project port luck berjaya dilaksanakan di Kg.Br... dah lama memasing tak berkumpul. borak, makan...makan...makan dan tapau makanan.... ahaks.
Seronok jumpa Kerabat Nyaie & Yaie, tapi itu pun tak semua yang join kan... iye la. memasing ada commitment sendiri kan.
Sambil-sambil tu dok cakap² pasal nak buat family day for this year. insyallah cuti sekolah bln 6 nnt turun Pasir Gudang lagi. Acik Amir & Acik Man nak kawin daaa....

Cuci Gigi

Disebabkan gigi dah start sakit-sakit... takut gak klu gigi aku rompong nanti, ku gagahkan jugak diri pegi ke klinik. ngeh!ngeh!ngeh!!!!
teruk jugak rupa nye gigi aku ni... dah banyak lubang... karies gigi yang menebal... huhuhuhu.... terpaksa la redho gigi ku di sental oleh doc. ngilu siot.... tu la bahana nye klu tak buat regularly check up kan... hambekkk ko!!!

Kidzania @ The Curve Damansara

Phew!!! at last. tercapai jugak hajat me & en.suami nak ke sini. Masa awal pembukaan dulu, en.somie dok ajak bawa budak², tp memandangkan harga yang luar biasa bagi kami yg berpendapatan sederhana nie... tak lagi la kan nak jejak kaki ke situ. Total normal price for our family is RM 190.00 .. melanja masuk jer tu... blm lagi makan & jajan nye... quite expensive to us lor!!! (bak kata my mom, duit tu buat beli makanan lagi baik buat kenyang perot... wkakakakakaa)
rezeki daripada Allah kan... sapa nak sangka. one of my officemate bermurah hati nak offer kidzania voucher 50% less tu. sapa taknak kan... wehoooo!!! alhamdulillah.
set date dgn anak² & mak pak yang lelain... akhirnya, last week budak² beronok-ronok le di sana. tapi yg lebih-lebih mak pak nye ler kan... terlebih excited! insha Allah. ada rezeki nanti... nak repeat lagi bawak budak²...

my brave lil' lu'lu... sensorang dia jer tuh. takde pun abg or kazen dia yg temankan... you're rawwk dik!!! 



Mata Kiri Berkedip-kedip


Ku selalu notice klu mata kiri tu dah start itu macam, kompom nak nangis... kengkadang, siap cakap lagi.. cukup-cukup ler nangis woiii... tak larat dah.
ada tu, takde sebab apa pun... ada benda sikit jer pun... leh buat ayor mate tu mengalir... heran betul aku. orang kata kebetulan jer kan... tapi klu aku, selalu nye mmg kompom...
Korang biasa ke jadi macam tuh? ke ku sorang jer ek???.

















URUTAN TAPAK KAKI


orang lain dah berkali buat reflexology nie kan... last week aku baru first time mencoba. sakit, memang la sakit mak oiiii... tapi yang best nye...si Mun ni dok cakap le apa sakit yang aku ado... nak cakap tak kang, kengkadang tu anggota badan memang sakit pun. Next time Mun (yg tukang urut tu la nyeeii) srh buat akupuntur plak... wakakaka... mcm la aku ni berani sangat.... tapi nak pikir kan baik punya pasal, insyallah... 1 hari nnt.
dok urut tapak kaki ni pun pasal adik ku dah ambik si Mun g umah Ain. so, dah kat situ... ku terjebak la jugak. harap nak ke Uptown ke Downtown untuk urut kaki nie... idak le aku nyeeiii... ahahahaa...
badan masih sengal-sengal lagi... harap esok lusa, ok la hendaknya.... next month leh urut lgi yer??? waakakkaaaaa...

ASAPANAS Steamboat

Dah 3 kali pegi kat restoren nie, tapi tak dpt gak pi makan sblm nie... gara-gara tengok JJCM tahun lepas. Akhirnya mlm minggu sudah celebrate birthday girl & boy kat sini... (En.Somie dan my mama ni kan selang sehari jer birthday nya)
we all le yang sampai dulu kan memandangkan rumah kami dua tiga kangkang kera jer dari lokasi kejadian... compare dgn  Flaming ari tu, rasa nya ok la jugak... padan dengan harga la kan beb! 
we all, dila, yg lelain... enjoy layan makan... yg lelain mcm tak berapa nak enjoy sangat... psl my SIL dah start montah²... tak leh bau sangat makanan nie... (ehem! ehem!)
ain pun sama... (ops, dia tak peknen lagi eh...) pasal dia sesat barat nak cari lokasi nya... so, dia punya mood pun sudah lari.... meja sebelah.. nomi, ateng and the gang benggang pasal dapur diaorg kureng api nye... so makanan lambat masak... hahahhaaaa...
mcm-mcm hal ler....
utk up kan balik mood memasing, mama mie yang dah 'masyuk' tu melanje sumer g karaoke ler... abob pulang membawa isteri yg chenta yang mabuk² tu bersama my parents. yg lelain sumer lancar ke danau kota untuk melontar kan suara... malam tu semua all out kau! melainkan adik ipar ku yang sorang tuh... apai follow jer klu kitaorg g karok, tapi dia tidak akan pernah nyanyi... melayankan kepala kitaorg yg gila-gila ni jer lah....




tak cukup ahli forum daaa....