H1N1 @ Selsema Bab!

Sekarang, penyakit selsema babi tengah menyerang dunia.. takat hari nie, dah hampir 48 org yg maut terkena virus nie... betul la dunia akhir zaman.. penyakit tah apa² yang muncul... orang buleh mati dgn tiba², sangat menakutkan. Dah pelbagai tanda Allah tunjukkan kat kita nie.. tapi rasanye, masih leka.. (peringatan utk diri sendiri sebenarnya nie)... So, skrg nie... klu korang sakit sikit pun, better pegi la check... kena jugak berusaha kan.. takkan nak main pikir, takdir jer kut... Jaga kesihatan, kebersihan.. utk diri sendiri, keluarga, masyarakat...

Sambil tuh cuba amalkan nie...

Dibaca doa’ ini untuk menghindar selsema babi. Dan wabak yang lain.

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في صَبَاحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلّ لَيْلَةٍ:

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
ثَلاَثَ مَرّاتٍ إلَّا لم يضُرّهُ شَيْءٌ“.

Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،

Dibaca tiga kali.

Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.

Semoga kita semua dilindungi oleh Nya.. Amin.

2 comments:

hafizah hamid said...

haaa..aku hingat ko dah lupa blog ko nih..hehehe....

Junne said...

hahahaha.. tu la pasal... skrg tengah mengembalikan semangat utk berbloging balik.. fuh fuh fuh...