Ramadhan




Bila dah berkumandang iklan kurma Yusuf Taiyoob tuh, makna nye apa???
Ramadhan hampir menjelang.
Lagi 2-3 hari jer lagi... insyallah. Harap abg adib dapat la belajar berpuasa tahun nie... hehehehe..
Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini.





Famili Day...


Alhamdulillah... famili day berlangsung dengan jayanye... very da happening. Kalau dah berkumpul ramai-ramai tuh, al-maklum jer la yer. Macam nak pecah rumah dibuat nye.
Kalau tak sebab Uwan Ajai yang sponser banglo kat PD nie, tak jadi jugak.. mekasih la uwan.
Meriah giler.... semua pulak dapat menghadirkan diri.. terbaek la.
(next year buat lagi yer...)




... Tempat: Dee Dee Bungalow (Port Dickson)
... Tarikh : 23rd - 24th July 2011
... Acara : BBQ, Sukaneka, Karaoke, Makan²
... Tema : BBQ (kuning), Sukaneka (merah), Balik (putih)




... cer teka team mana yang menang???... hehehee



... asik gelak jer, macam mana nak menang daa...



... team gua la yang JUARA... korang mmg main tipu kan.. tu pasal menang.. hahahha...



... sedih tak dapat join.. en.somie qada tido da...



... sebelum balik...



...pose before games...



*Kerabat Nyaie tak teringin nak buat famili day kaa??? ;)

....feveret...


Best nye lepak kat sini....


Pergi nye sebutir MUTIARA


Malam tadi CikAteng call, informed yang Dr Lo'Lo dah meninggal dunia..(sakit cancer)... Rasa sedih sungguh. Aku memang admire Dr Lo'Lo... 1st sebab nama dia.. lain, unik... Lepas dia menang PRU12, jadi wakil rakyat utk Titiwangsa... lagi la aku kagum.
Tu sebab nama little Lu'lu, aku ambik sempena dgn nama arwah.
Semuga MUTIARA ini ditempatkan dikalangan orang-orang syurga.

Al-fatihah..






...Lu'lu' bermaksud MUTIARA...

2.0 (9th July 2011)

Dekat FB masih belum habis lagi diperkatakan pasal perhimpunan nie... ada yang menyokong, ada yang bangkang... tengok la video nie, dan masing-masing nilaikan lah sendiri dgn pendapat yang bernas...
Undi adalah rahsiaaa... syhhhhh!!!!


Mengapa Perlu

::[ Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya ]::

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sep...enuhnya apa yang di baca?. Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, ’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’ ::[ Pengukir Kata ]::





Al-fatihah



Pepagi dah nampak status update di FB, yang seorang anak sahabat dah pergi menghadap Ilahi pagi nie. Tabahkan hati kau Nurul atas kehilangan anakanda yang tersayang. Anakanda nye baru berusia 6thn. Seusia dgn anakanda ku... Muhammad Adib. Mama kata, fizikal arwah... lebih kurang Adib. Bertambah sayu hati, bila Nurul sendiri yang pesan dgn aku "Jangan Nangis Idah" (patut nye ungkapan tu aku yang ungkap utk dia... sedih nye hati... klu aku yang berada ditempat nye... macam mana la...)
Adib cakap, abang Adam dapat "kawan baru"... pesan dgn aku, mami jgn sedih sangat-sangat...
"Anakanda-anakanda yang tersayang... tunggu kami, ibubapa mu nanti yer.."


Mood : sangat sedih & rindu sama Anakanda Adam.... :(