Cerita Raya 1433

Baru start keje (28th August) setelah seminggu choti raya. Monday tue ambil EL, pasal adib masih demam. dah lama tak demam, sekali demam... terus ku bawa dia check kat GH memalam kat sana. Kena ambik darah pasal dia demam ON - OFF dekat 4 hari... confirm lah kan suara dia akan kedegaran 1 klinik tu.. nangis* 
Alhamdulillah, sekarang dah ok. syukur!!!
Cite raya saya tahun nie.... hmmm... malam raya umah tokmak... menyediakan all food utk sambut raya lah kan. Sok pagi lancar ke Jalan Kucin dlm pukul 11 mcm tuh... raya kat umah MIL cam biasa.. sampaikan aku & adib bosan duduk rumah.. MIL tak larat nak g memana... kitaorg plak tak sampai hati nak tinggalkan dia. Tp dah disebabkan kebosanan yang melampau batasan, en.suami ajak jugak ke Sentul. umah uncle Ali, tinggal le MIL sensorang ke umah. Anak kesayangan dia dah balik kampung mini kat perak selama seminggu. Sib baik ler anak kesayangan lagi sorang volunteer nk tido sana temankan dia...
Raya ke 2 terus ke kampung abah lah pulak. Kali ni kami anak beranak balik santai-santai jer. takde nak rushing sgt pun... gerak pun lambat, siap singgah makan, minum.. beron... hahahahahaa....
Dan acara wajib waktu malam di kg, apa lagi.. BBQ & main bunga api dan mercun sampai lebam hoccay!!!... (tu sampai demam anak bujang den... hambik kooo)
dan hari-hari raya seterusnya seperti selalu... g ziarah sumer umah sedara mara... 
Tahun ni sambut raya tak cukup ahli forum Aris & Co. dila raya johor dulu... 
tapi tahun nie bakal nye ateng beraya sesama... siap kena dera pakai sampin lagi...
insyallah tahun depan aris & co bertambah ahli baru.. insyallahh!!! doakan yer..

gambar raya sekeluarga yg agak sempurna untuk tahun ini... tidak separti tahun² lepas...

Selamat Hari Raya

Tinggal 2 hari je lagi untuk melakukan ibadah puasa tahun nie. Makna nye dah dekat nak raya lah kan... Rasa sayu & sedih sangat-sangat sebab dah raya dulu... :( Lain betul perasaan untuk meninggalkan Ramadhan kali nie..(agaknye dah faktor umur kan... lebih merasai kelebihan bulan mulia nie) tapi tak per la.. Ustaz Don kata, org puang yg dah raya dulu... kena banyak redho sebab Allah dah kasi cuti... bukan kita yg mintak kan.... semoga Allah beri kesihatan... dipanjangkan umur bagi kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan yg akan datang.
Last week dah settle marathon buat biskut & kuih raya... sampai nak muntah pulak rasa nye.. then, 1st time berjaya buat cookies choc chip berasa sangat sedap sekali. Almaklum ler, kan rumah tokmak allergic buat choc chip. Manjang je tak menjadi... last year Mama Mie buat guna resepi CikSimah... alhamdulillah berjaya. This year aku try resepi lain plak.. lagi syedap wooo... tak caya, jom pi raya umah mak aku daaa... hahahaha...
Tahun ni a bit frustrated sikit, sebab.... huhuhuu... umah tokmak takde pasang pelita... huwaaaaaaaaaa!!!! aku kan obses dengan pelita nie kan. Takper la. harap mlm nie ke esok, en.suami akan baik hati nyalakan pelita untuk saya.... yer....
Raya mana tahun nie? aku cam biasa ler... rutin raya yg tak berubah... *borink!!!!
tapi apa buleh buat, mak redho!!!
Selamat Hari Raya buat semua, mohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maaf Zahir & Batin... buat yg pulang ke kampung, pls-pls-pls... kamu jgn nakal! bawak keta ingat insan lain. Pandu cermat insyallah jiwa pasti selamat. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala perkara yang tidak diingini.... insyallah jumpa lagi seminggu lepas raya... yehooo!!!!



Minggu Akhir

Kita dah masuk zon minggu 10 hari terakhir Ramadhan 1433 (2012).. kejap jer kan.
Tahun ni persiapan raya ala kadar jer.. lebih rasa nye ke aktiviti utk bulan Ramadhan jer... almaklum ler, anak dah mula berpuasa penuh.. kuih raya yg dah di buat pun, dah separuh jugak diperabih nye... (kena le mami bancuh lain nnt)...
Tinggal lebih kurang seminggu jer lagi kita berada di bulan mulia nie, moga Allah panjangkan lagi umur kita untuk sampai ke akhir nye dan dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.... ya Allah, kepada Mu kami bersujud. Rahmatilah kami semua... amin!!!




JOM KITA KEJAR MALAM AL-QADAR...

Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
- Artikel iluvislam.com