Jerebu

Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

Subky Latif,24 Jun 2013
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.

Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.

Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.

Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.

Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?

Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.

Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.

Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.

Tentera jerebu yang melanda tiga wilayah Asean itu mungkin memulakan proses kiamat. Ia mungkin dapat diatasi atas penguasaan manusia atas ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.

Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan menghukum mereka. Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.

Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?

Pemimpin dan pemerintah ke tiga wilayah yang terlibat perlu bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah turunkan berpunca dari pembakaran itu.

Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum orang yang gatal tangan dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah akan sebab Allah turunkan bala itu?

Pakar teknologi boleh menanam benih awan  dan hujan, orang soleh boleh solat minta hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyampaikan dakwah, bahawa jerebu itu bukan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak beriman mendapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.


* HARI NI SEKOLAH SELURUH SELANGOR & KL DIARAHKAN TUTUP. Haze getting worst... please take care people!

Hari Bapa!!!

Semalam Hari Bapa kan... rata-rata semua hapdate status kat fesbuk dok wish untuk bapa, bapa mertua, bapa kepada anak² dan segala bapa la..(bapa ayam tidak termasuk hoccay!!!)
actually, ku suami isteri sangat tidak mempraktik kan segala sambutan hari bapa maupun hari ibu... mcm tak kisah pun. dek ketidak praktikkan sambutan itu, anak-anak pun tidak le beria sangat... cuma anak bujang tu tau yg smlm fathers day... ckp tak beli apa-apa utk babah, then tak wish pun kat apak eh tu. apak eh pun buat dunno jer... dia pun maleh. ingat smlm ku nak juga melanje dinner sempena hari bapa itu, tapi disebabkan anak bujang sudah tertinggalkan buku skolah di rumah tokmak, harus juga ku kembali ke AU4 utk siapkan homework abang. Atok plak pi masak rendang yang sangat mabeles membuatkan anak² sangat teruja utk makan... so, tiada aktiviti melanje dinner smlm... balik umah, en.suami terpaksa menghabiskan menu nasi ayam yang masih berbaki... heheheheee...






happy fathers day to my lovely abah... semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik.... Angah sayang Abah!!!

Jiran En.Ramadhan dah sampai.

Ah lan Wah Sahlan ya Sya'ban.... hari ni dah 1 Sya'aban. Pejam celik tak sampai lagi sebulan Ramadhan yang mulia akan menjengah. Semoga Allah panjang kan usia, beri kesihatan yang baik kepada kami semua untuk melipat gandakkan ibadah dibulan yang paling mulia itu nanti. In sha Allah!!! 
Can't wait!!!


Hmmm....

Last week rewang kenduri di rumah makcik en.somie plak. Buat tahlil, doa selamat skali untuk menyambut puasa. Masak beramai-ramai kau... best, pasal dah lama tak berkumpul belah famili en.somie...
hmmm... yang best nye skrg nie keliling ku... ramai sangat kena buatan orang. ngeh!ngeh! ngeh!!! macam syiok jer kan. Adik ipar ku dah 5bln. Biras bungsu baru 3bln, adik sepupu en.somie dah 6bln... yg surprised member en.somie a.k.a sepupu adik sepupu en.somie jua peknen 6 bln... meriah kau!!! sumer dijangka bersalin tahun nie.... 
en.somie!!! nak new baby....

sweet jer org peknen nie kan...

Sudah Jatuh Chenta!

Gara-gara dok nengok henbeg kazen ku itu hari, aku pun dah macam terbekenan plak dgn itu beg.. hadoiii. masalah betul klu org hantu bag nie. sampaikan en.somie pun dah penin macam-macam beg yg ado kat umah tuh.
Kebetulan masa jenjalan kat The Curve itu hari, leh plak ternampak itu kedai yg jual itu beg. Sekali pegi, macam dah terberkenan dah. dah belek dah... hehehehe.. letak balik. tak jadi lah. then masa pulang, lalu lagi itu kedai, belek lagi.. dan en.somie kata ok... hahahhahaaa... terus beli itu beg... (duit sendiri hokey!!! melanje diri sendiri plak yer... harga buleh tahan laaa kan... tapi sekali sekala kan. en.somie pun tau yg mini dia nie mmg payah benar nak beli barang untuk diri sendiri... untuk anak² & org lain, laju jer dibelikannya)... hehehehee
senarai wishlist dibawah... wakakakaa. baru dpt 1... nak lagi yg lelain nye itu nanti... tet!



beg fanie... aku pun dah terpikat dgn ini beg...





Bikers Kental


Melayan anak-anak tengok cite ni di Curve hari selasa lepas. ingatkan nak gagahkan diri memanjat Genting Highland on that day... tapi dek kerana terlampau penat, letih balik dr Pasir Gudang, then sampai rumah kul 3.pagi balik singgah dr Melaka itu hari, terpaksa la batalkan.. ingatkan Ain pegi gak ke Genting tu, rupanya dia pun tak larat juge. Almaklum la, dia yg drive masa ke JB itu hari, lakinya tak hekot... aduihh. pensan!!! so layankan jer la bdk2 nk tengok wayang & main games... cukup la kan aktiviti cuti skolah kali nie ye anak²... ada rezeki, nnt kita pegi tempat lain plak.

Johor Lagi

Setelah bercuti dari hari Jumaat lepas smpi ke Selasa smlm. Waaa.. sudah naik keijer.  Badan sangat penat, mata sangat letih dan mengantuk utk ke opis. Tapi klu ku tak keje, kompom itu bochi suruh ku cuti rehat terus kat umah plak kan…. Sendiri mau henggat lor!
Seawal 4.30 pagi (31.5.2013) ku dan en.suami dah bangun, (disebabkan ‘cuti’, terus bersiap²)… kejut anak² then lancer ke umah tokmak. Gerakkan yg lelain tu, utk konvoi ke Pasir Berdegung. Hahahahaaa
Berenti solat subuh di RnR, bekpes sesiap…gerak ke Batu Pahat jap. Pepagi layan makan tebu, ambik ration utk dibawa ke rumah perantin, dekat pukul 12 tghari gak sampai ke Pasir Gudang.

Kali ni perantin naik skali 2 couples.  Save budget nyaie miah yer.... wakakakkaaa...
Selamat pengantin baru acik amir & acik man... semoga kekal hingga syurga....
Kali ni tarak bergambar bersyama perantin... bz menjaga candy bar. alhamdulillah kali nie chocolate ku cantik jadi nye... hepiiiii!!!!
Pasni sesapa nak srh in charge candy bar, leh hire Aris & Co yer.... yahoooo!!!