BudakNie.

Dia tolong mami packed barang babah yang kena pegi company trip ke Penang esok. 
Dia ingat dia blh ikut la tu? Menjak dah skolah ni... abang & kakak dia tido awal dah.
Budak ni ha la ke hulu ke hilir sepahkan mainan dia.

Test jap... muat tak???

Ok muat... babaaahhhh.... boleh bawak saya pegi penang tak??? (sambil buat muka cute tue...)

Hahahhaa... kompom tak dapat ikut... nanti mana saya nak cari 'tek' waktu tido sebab mami pun kena tinggal jugak... hahahha

Sebelum tu... lets prepared note for babah..


Babah.. please take care, jgn lupa beli souvenir utk saya ya.. 

P E R G I . . .



Tanggal 26hb Jan 2016, (Selasa) dapat berita drp WA Group HjSahlan... fanie mention 'ibu dah takde'.... Allah!!! Luluh jantung.
Sblm tu abah baru jer call kata Cikpah pengsan. Cik amie call ambulan tuk bawak ke hosp kata nya... baru je post ke WA Aris & Co, srh Non confirmkan... akhirnya.....

Antara insan yang rapat dikalangan semua ibu saudara...(adik beradik mak enchek)... Boleh dikatakan kami sebelah cucu cicit Hj. Sahlan.. sangat rapat.. boleh makan bersuap lagi... even memasing dah beranak pinak. Masih dok menggeleser lagi dengan makcik-makcik kesayangan ini... manakan tak sedih bila Allah dah jemput nya kembali. Ku & ain... antara yang membesar dgn CikPah.. CikSimah.. CikNon... waktu sek rendah... pantang waktu cuti.. pasti nya lari ke Kg.baru... wpun baru je berumur 9tahun... naik bas SriJaya (tambang 0.30 sen) waktu tu...nak juga ke sana... (waktu tu arwah mak ..nyai ada lagi) bayangkan waktu umur budak sekarang... nak pegi sek, balik sek pun mak bapak tawakkal je...

Banyak kenangan... dan kini semua tinggal kenangan... anak² diaorg mesti lebih terasa kehilangan IBU tercinta. Tabahkan hati wahai kalian... Ibu hanya harapkan DOA drp kita. Doakan agar Allah ampuni dosa-dosanya... jauhkan drp siksa azab kubur dan tempatkan disyurga Allah. tolong doa ini banyak².

Sedikit bakti buat Cikpah. Ku tolong uruskan jenazah nya semalam. Semenjak pernah mandikan utk arwah MIL... ku berazam, sesiapa yg ku kenal... ku ingin turut serta mandikan... dan tolong uruskan jenazah nya. 

Alhamulillah... senang & mudah sekali urusan nya. Sebelum pergi, arwah nya sempat potong kuku... bersihkan diri... mandi... dan sesiap buang air. Kemudian dia ngadu penat. Nak rehat, sebab dia mmg tak berapa sihat sgt setahun kebelakangan nie. Waktu akhir nya.. sempat bercakap dgn anak sulung.. dan sempat 'la illa ha illa Allah'. insha Allah... moga-moga syurga buat mu Latipah Binti Hj Sahlan (Hajah Khatijah)... setelah pelbagai ujian dunia dihadapi... mental, fizikal nya... keadaan sekeliling.... moga-moga kubur itu menjadi syurga sementara buat insan mulia ini.

Moga dengan izin Nya, kita jumpa lagi di syurga Allah.... ♥♥♥ 

sayang kamu...

Tiup Lilin.



Buatkan la jugak... majlis kecil²an utk anak dara sorang ni.
Ikutkan takde pun bajet nak buat apa pun. Dah apak eh poie boli satay smpi 60 cucuk. Sapa nak makan bebanyak tuh.??? Puasku pikir apa nak di masak nye.. dah le malas tahap gaban... last minit, buat steamboat jer la... ringkas... Tq makla, pinjamkan magic cooker... senang! (ku dr dulu dah aim itu multi-purpose cooker. Semua boleh dilakukan dlm itu piok magic...)
Alhamdulillah... rezeki cukup mlm tuh... buat simple² jer.. paling penting, dpt kumpul adik beradik... besday girl dpt potong kek... dpt adiah... mekasih semua...♥♥♥

DIA DAH 7 TAHUN!

Terima kasih Allah!
Masih pinjamkan bidadari ini untuk saya. Alhamdulillah, 7thn masih bersama ku. Moga Allah izin lagi lama untuk terus bersamaku.
Agak ringan tulang jugak...(bukan nak puji anak sendiri, tapi kalau bukan omak yang puji, sapa lagi nak puji anak sendiri kan..) nak-nak klu benda yang dia suka buat.. lagi la raaaajin sangat. Sorang yang fast leaner jugak. Independent lebih daripada abang dia. Mulut... jangan cakap la. Kalah nenek kebayan. Telinga nipis ni.. ada je benda yang dia nak sampaikan.... (tak blh simpan rahsia woooo... mau 1 kampung blh tahu cerita...) Boleh harap jaga adik dia.... tapiiiii, kalau klu mood malas dia datang menyerangggg... semua benda dia buleh ungkit.... ahhahaha...
Dengan dia, boleh ajak berborak mcm orang tua... compare cartoon dengan drama, korang rasa dia pilih apa??? ahhahahaha.... drama hoccay!!! kalau korang ter'missed 1 episode, pulak tu dia yg tengok... dia blh cite details mcmana jalan cite nya... 
Hadoiiii, anak bertuah ni... memacam perangai. 

Tiap anak, ada karektor memasing .. wpun duduk drp rahim yang sama. Kan??? ada yg memeningkan kepala... ada yang buat ketawa... hai la anak²...
Tapi harapan dan doa mak untuk setiap anak tetap sama tanpa beza jantina...


Lu'lu - Mutiara
Balqis - Panjang Umur, Ratu isteri Nabi Sulaiman.

 
LULU
LLemah-lembut
UUntung
LLincah
UUlung

 
BALQIS
BBijaksana
AAmanah
LLemah-lembut
QQualiti
IIkhlas
SSuci




Semoga kamu menjadi anak yang solehah, baik akhlak, dipanjangkan umur, diberi kesihatan baik tubuh badan, lancar membaca al-Quran dan hadith, dengar & hormat pada semua makhluk. Diberi jodoh yang beriman, bertakwa dan beramal. Moga Allah perihara kamu sepanjang masa. 
Wahai anak, ketahuilah... dirimu sentiasa dalam setiap doa dan harapan ku. Allah permudahkan kehidupan dunia dan akhirat anak² ku ini.... amin!



Bekal.

Dah masuk 3 minggu sekolah... so far anak² korang sumer mcmana? Anak² bertuah ni... so far so good... tapi boleh 2nd week tu hari, my little Lu'lu boleh plak call me kat office... 'mami, boleh tak adik tak nak pegi sekolah kebangsaan hari ni? adik penat la... mami tahu tak penat la pegi sekolah ni....   HA?!!! camner tuh? sabar jer la.. ku buat² tak dengar jer.. malas nak layan budak bertuah ni... haahahha....

Lately ni anak² suka plak bawak bekal pegi sekolah. hmmm.. omak kau kena le bangun seawal 4.30 pagi tuk prepared bekal utk anak² dan apak nye skali. Tapi pening paler otak nak pikirin apa menu nya... balik² nasi, mee, meehon goreng. Tu je yg berat. Selain tu sosej, sandwich... lagi ni tengah pikir apa nak masak utk bekal diaorg ni. Klu apak nya manjang suruh masak nasi goreng jer.. ku plak yg boring...

Cer tengok bento (makna bekal bg masyarakat Jepun) ni... cantik, menarik dan da bommm!!! tapi takde la larat nak decorate mcm ni... sayang je plak nk makan.. kan??? 

 

pst: klu korang google 'bento' memacam rupa yg cecantik bekal utk anak²... ♥

#Motivasi

CINTA KEKAL
"Bagaimana boleh aku tidak jatuh cinta kepadaMu ya ALLAH, ketika Engkau tetap menerima ku sekalipun berjuta pengkhianatan yang aku lakukan. Bagaimana boleh aku tidak jatuh cinta kepadaMu ya ALLAH, ketika Engkau tetap teguhkan perasaan ini hanya kepadaMu. Berjuta rasanya, bahkan semakin aku berusaha taat kepadaMu semakin bahagia. Dan ternyata ini jauh lebih indah dari cinta terhadap manusia."
Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, ALLAH yang Maha Esa. Jalinkan cinta dengan DIA yang amat sempurna, sebelum menjalin cinta dengan manusia. Ajaklah si dia mencintai ALLAH lebih dari kita mencintai satu sama lain. InsyaaALLAH kita akan jadi pasangan yang paling bahagia. ALLAH lah yang akan jadikan si dia pasangan yang tak jemu dengan kita, yang menjaga kita, yang di sisi bila kita perlukannya. Kalau dia tak ada di sisi, kita tenteram kerana kita dan si dia mengiktiraf penjagaan ALLAH lebih dari segalanya..
Jika ingin cinta kekal, cintailah ALLAH Yang Maha Kekal. Tak pernah hilang. Seandainya mencintai seseorang tetapi tidak belajar mencintai Tuhan Pemberi Kehidupan selamanya tidak akan bertemu kebahagiaan. "DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"~(Anfaal:62-63)


#copy&paste:

#Motivasi

THEY ARE STRUGLE TOO..LIKE YOU!
Tak usah terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan-kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah-masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain. Daripada terus membincangkan perkara-perkara yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti. Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia-siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna. Smile to people, they are strugle too..like you. I hope this quote will bring back a smile into your face ...

#copy&paste:
smile emoticon.

JOM PEGI TAMAN!








Tahun Baru!

This year Little Lu'lu dah masuk sekolah keb... sek agama... benda & tempat baru yang dia kena buat. Bangun seawal 6.20 pagi... mandi sendiri dah (start last year pun dah mandi sendiri). Paling surprise, tak payah dukung masuk bilik air.... dia cakap dia dah besar...
yahOOoOOOOOOooo!!! omak kau yg paling suko. sakit badan woo dukung baby besar tuh. Pakai baju sek agama & tudung pun sendiri jer.... Alhamdulillah. takde drama nak bangun pagi seminggu ni. Alhamdulillah, anak² mmg senang sikit nak bangun pagi.. walaupun kadang kala ada masa nye liat jugak ler.... 
Pegi sek pun ku tgk 1st day tu jer. Apak nye pun hantar utk hari ke 2 jer... pastu atok la yg menjalankan tugas... tolong ambik dan hantar anak² ke sekolah.
Lu'lu agak independent sikit compare to abang dia... tu pasal babah dia tak bape risau sgt dgn anak dara kesayangan dia tuh. Siap lekeh plak ibubapa yg lebih drp anak masa kat sek tuh. Time rehat pun ku dan apak nye tengok dari jauh apa yg dia beli.. makan... mmg rare betul budak bertuah ni. So, mami boleh pegi keje dgn senang hati tuk 2nd day Lu'lu masuk sekolah... hehehheee... 
Abang plak dah masuk darjah 5 ni.. lagi la tough giler semua subjek. Harap² dia dapat catch up apa yg cikgu² ajar nnt.

Mami doakan semua anak² kesayangan mami mudah terima pelajaran yang cikgu ajar. Fahami dan praktik kan semua ilmu yg berguna. Moga² Muhammad Adib, Lu'Lu Balqis, Muhammad Ammar Rafael, Nur Arissa Sofia, Nur Syaza Iman tak lupa jugak kakak Nur Syafiqa Iman... berjaya dalam pelajaran di dunia dan akhirat. Jadi anak² yang baik akhlak. Dan paling penting, jaga solat. Tak lupa jugak Muhammad Aqib dan Muhammad Aisy Rizqi... belajar rajin² semua kat sekolah masing² yer... 

muahhh!!! ♥♥♥