#Hmm...


BIARKAN JIWA KITA TERLUKA,
JANGAN KITA LUKAKAN HATI ORANG LAIN
Kenapa Allah tak bagi kita baca hati orang ya? Sebab Allah tak nak hati kita sedih dan terluka. Sedangkan perkataan perkataan yang keluarkan dari mulut pun boleh buatkan kita terluka dan bersedih hati, inikan pula hati seseorang. Kenapa Allah wujudkan manusia yang suka sakitkan hati orang ya? Sebab mereka mereka inilah yang akan beri kita pahala, dan yang akan menambah saham saham akhirat kita. Dengan syarat kitasabar..
Ada masa kau kena tunjuk apa kau rasa, marah, sedih, gembira anything. Tunjuklah, so ada yang tahu apa kau rasa. Dan ada masa kau kena sembunyi biar macam mana kau terluka sekalipun. Tunjuk bila perlu dan sembunyi bila patut.
Tak semua tawa bererti bahagia. Tetapi sering kali tawa adalah penutup hati yang tengah terluka. Biarlah diri ini terluka. Mungkin itu satu peringatan yang menyedarkan kita supaya tidak melakukan perkara yang sama pada yang lain…jangan kita lukakan hati orang lain.
"I know you don't care, but still hope that you do. Sometimes i tell myself that maybe i should just stop hoping..."

Kau tau siapa kan???

Aiskrem Mesia...

Teruk naw penangan viral kat fesbuk ni kan???
Akak ku terjebak buat aiskrem mesia yang menjadi kegilaan penduduk di fesbuk tuh.. 
Actually, dah lama Mak Enchek buat bisnes kecil-kecilan jual aiskrem mesia ni. Mula tu saje buat bagi anak cucu jer yg makan. Disebabkan dek promote by Jaja menjadi, ramai la kastemer Mak Enchek. But, since Mak Enchek menunaikan haji tahun sudah... malas dah nak continued. 
Bebaru ni plak, maybe cuaca panas ni... budak² start balik tanya aiskrem ni.... aepa (my little sister) pun volunteer nak buat. Kengkonon buat bisness la kan... tapi sudah nya... 
hahahahaa... adik bradik, anak buah yg lebih makan dari bayar nya.... sabar yg chu.
Moga bertambah & murah rezeki ko lepas ni... amin...
Menjak akak aku dh jadi suri rumah yg takde tangga ni... (hehehehee) dan datang angin kus-kus rajin... rajin la membikin aiskrim hari ni... konon nak buat aiskrim sumi... bahan takdok. Cuma yg ado oreo dan greentea jer... jadi la utk hari ni...
Tu dtg angin rajin... datang angin M' dia... sendiri la mau henggat... sabar jer la...
Dulu akak aku tu molek dah keje opis, la ni dah tua... malas nak penat otak dia.. berenti.
buat special project... nak tau project apa?? next entry la...
Penat la nak taip...

OkBai!!!

Korang nak order? Meh PM tepi...

;-)


Peti ais yang dah berkhidmat hampir 13 tahun akhir nya surrender. Penah rosak sekali, kali ni dia minta ampun dah... hmmmm

Semalam plak awal-awal pagi CikPersona saya tak blh start. Bateri dah kong, hampir 2 tahun berkhidmat...  sib baik ada jiran bawah tuh ada 'jummper'... alhamdulillah.
Anak² tak sempat ke sekolah pagi... 

DUGAAN DUNIA...

$$$$$$$$$

38thn dah...

Happy birthday to ME.
Dipanjangkan lg usia oleh Allah hingga saat ini.. syukur sebab Allah bagi peluang untuk terus memohon ampun dan bertaubat atas dosa-dosaku yang lalu. Moga Allah beri kekuatan dan istiqamah dalam melakukan kebaikan...

Terima kasih pada semua yang telah mendoakan yang baik-baik buat ku... ku jua mendoakan agar Allah lindungi kalian semua dengan rahmat-Nya.

Terima kasih buat en.suami yg melanje makan mlm td... pre birthday treat kata nya. Walaupun makan biasa-biasa jer.. itu pun sudah memadai. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan.. dan nanti boleh belanja laggggiiiiii... hahahahaa..
trade mark anak-anak ku bila omak apak eh belanja sesuatu... amin....!

Terima kasih jua buat kazen ku... bff gak tuh... Safidah, menjak dah keje kat area Selangor ni, payah nau naww nak jumpa waktu lunch... dah jadi tradisi kitaorg, belanje besday masing-masing... cuma start tahun lepas kot... dah takde lagi... sedehhh!!! Favourite port, off cause le kat Johhnys kan.... hehehehehe... mekasih Safidah... semoga dimurahkan rezeki lagi... bahagia selalu disamping keluarga... kuat kasih sayang antara suami & ank²... eceh ceh ceh!! besday siapa skrg ni? wish lebih nampak... wakakakkaa... kena la... kan tadi dah kena melanje makan... gosok lebih sket, nnt dpt makan-makan lagi kan Safidah aka MamaLong... (terok woo dia ni... patut anak-anak buah dia panggil dia WakLong tau... bukan Waklu... hahahahhahaa) tapi nak glamer lebih... panggil la MamaLong... modern sket kata nya.. pigidaaaa...

Buat semua... terima kasih dgn segala ucapan, doakan aku untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya. Sayang korang semua kerana Allah...♥♥

#Motivasi

REDHA DENGAN TAKDIR...
BUKAN BERERTI MENGALAH DENGAN KEHIDUPAN
Kadangkala kita selalu menghabiskan masa dengan memikirkan seseorang yang langsung tidak pernah memikirkan kita walau sesaat. Kita mampu menipu seisi dunia, selama manapun, sekuat manapun kita nafikan. Yang terlahir di hati tak mampu kita hindari, sekuat manapun kita cuba bertahan pasti longlai jua, sekeras manapun kita melupakan pasti akan terkenang jua dalam meniti hari... Mana mungkin bayangan di sisihkan dalam masa satu hari. Mana mungkin kenangan di hapuskan dalam sekelip mata, kecuali Allah mengambil ingatan kita.
Kita masih tersenyum bahagia sedangkan rupa sebenar di hati hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Kita serahkan hati padaNya agar Dia membentukkan kembali hati kita. Kita menanggis semahu-mahunya untuk meringankan beban, tetapi kita tahu walau kita menanggis airmata darah sekalipun takdir Allah tetap tidak akan berubah. Kita percaya tuhan temukan kita dengan seseorang itu bersebab....
Jangan terlalu memikirkan masa lalu kita kerana kini hanya tinggal kenangan. Tataplah masa depan kita kerana di sanalah impian. Kuatkan diri kita!.Luka akan sembuh namun parutnya akan kekal. Redha dengan takdir bukan bererti mengalah dengan kehidupan. Berusaha perbaiki diri, pastikan kejayaan milik kita.


*mendalam betul kata-kata nie...
Betul! bila jadi sesuatu perkara, memang kita boleh memaafkan. Tp bukan mudah untuk melupakan. Moga Allah beri kekuatan utk cuba MELUPAKAN walaupun kadang kala, syaitan tak pernah henti berbisik!!!

#Motivasi

SELAGI MANA URUSAN DUNIA....
IANYA BUKAN MASALAH BESAR.
Usah bersedih dengan urusan dunia
Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ida pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tdk mampu lagi menahan beban kesedihanku.”
Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”
Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”
“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib r.a.
“Tentu tidak” jawabnya.
“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya S.Ali bin Abi Tholib
“Tidak juga” jawabnya.
Lalu Sayidina Ali berkata,
“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tdk mengikutimu saat kau pergi?”
“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..
Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….
TERSENYUMLAH..!
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH
DAN URUSAN HIDUP MU TELAHPUN DI ATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA..….
Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yg Maha Hidup dan Maha Mengatur….”
Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,
“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari.
Dibalik kemudahan ada rasa syukur.
Sementara Allah berfirman,
وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ -١٤٤-
“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”
(QS.Ali Imran: 144)
Dan dibalik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ -١٠-
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.”
(QS.Az-Zumar: 10)
Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa masih bersedih?
Jangan selalu mengeluh "Ohh masalahku begitu besar. Tapi katakan pada masalah itu,
Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar".......
Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.
Hanya kepada Allah sahaja aku menyerahkan urusan hidup ini...
Dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Apa Bikin?

Last week cuti CNY lama wooo... cuti 4hari. Budak sek lg la lama cuti nya... membawa ke hari Jumaat... seminggu cuti nya. Tapi sekolah agama adalah seperti biasa yer... hhahahaha.. nasib la kan.
Sabtu ke Meru la semua nya.. sebab wedding Rin. Kawin dah dia... cepat naw besar budak² skrg ni... (aku yg makin tua lah...hmmm.)
Boring dok rumah hari Senin tuh, awal² lg ku dah ajak en.somie bawak anak² mandi sungai... hehehe... (mana la mampu asik nk bercuti tido hotel jer kan... mak korang ni orang kebanyakkan jer anak²)
Sblm tuh en.somie beria la dgn kengkawan yg lain konon nak meramai-ramai la... tapi janji melayu... biasa laaa.
Ku tak kira..mmg dah niat awal² nak jugak bwk budak² ni... masak sesiap pagi tuh... Jom!!! kita ke sungai belakang rumah! hahahahhaa... hebat belakang rumah ada sungai kan....
idak la nyeiii... Taman Rimba Templer Park tuh tak jauh dr rumah. tak sampai 20minit pun. Alhamdulillah.. dgn izin Allah... tempat mandi yg sangat sesuai utk anak²... redup dgn pokok nya... MashaAllah! mmg la terbaik. lain kali boleh angkut anak² ke sini lagi.
Tp sgt malang, hp tertinggal kat rumah... idak le dpt mengambil gambar anak² berendam... malas nk guna hp en.somie tu... paham-paham sudah lah... yg penting, anak² saya suka... saya je yg tak berapa suka mandi sungai... sojuk!!!

  

#RASA HATI . . .

TAK SEMUA ORANG FAHAM KITA, 
TAK SEMUA ORANG TERIMA KITA, 
TAK SEMUA ORANG HARGAI KITA. 

REDHALAH...

Hidup ini susah kita nak duga, kadangkala kita rasa dekat dengan seseorang tu..tapi sebenarnya jauh. Walaupun kita dapat genggam tangan dia, belum tentu tentu kita dapat selami hati dia. Mungkin kita boleh buat dia ketawa tapi kita tidak tahu apa makna senyumannya. Bila dia menanggis, kita sangka kita dapat memujuknya walhal kehadiran kita langsung tidak di senangi. Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan lawan sehingga kita sampai jatuh tersungkur..adakah tangan di hulurkan atau kita di tinggalkan.
Kadang-kadang kita penat kejar orang yang tak pernah pandang kita. Penat nak jaga hati orang sampai hati sendiri tak terjaga. Penat tunggu orang yang tak sedar langsung kehadiran kita. Tapi sebabkan sayang kita bertahan dalam tanggisan. Namun kesudahannya kita terpaksa melepaskan kerana terlalu penat untuk menjaga hati dan perasaannya. Tak semua orang rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang faham apa yang kita nak. Lain orang lain hati. Walau orang lain tak faham, namun Allah tetap faham isi hati kita..

Seminggu...

Tah kenapa terkebil-kebil mata tak blh nak lelap. Tutup semua lampu malam tadi. Nak kasi si MokMok tu tido awal. Ku plak yg tak blh tido.... hmmm... 

Tetiba teringatkan plak kat arwah makcik yang meninggal minggu lepas... kejap jer dah seminggu... pasni sebulan.. setahun... 2-3 tahun... ke lepas ni, nyawa ku plak yang menyusul... ntah lah.
Amalan tak cukup. Dosa banyak... mcmana nk hadap Allah nanti??? apa nak jawap nanti???

Arghhh!!! rindu plak pada Hajah Latipah mlm tadi. Terbayang semua kebaikan dia. Tak pernah marah, pemurah, anything happen among our families... dia yang selalu yang muncul dulu. hmmm.... 
Tu hari borak dgn mak enchek, dia pun dah takde adik utk mengadu.. selalu dengan arwah nya... mak enchek luahkan apa² yang nak dikongsi compare dgn adik beradik yang lain... kira adik yang rapat gak ler..(wpun yang lelain pun rapat jugak... tapi biasa la... dlm reramai adik beradik.. selalunya ada sorang ygn kita senang nak 'bercerita'...)
Kesian mak enchek...  Allah! panjangkan lah umur ibadah ibubapaku... peliharalah dan rahmatilah mereka... 

Buat Hajah Latipah, moga bahagia di'sana'...

Waktu sihatnya bersama cucu sulung kesayangan.... Firas doakan untuk nyaie ya...