Aidilfitri hampir menjelma. Dan Ramadhan hampir berlalu pergi.
Allahu! cepat na masa berlalu. Tapi insha Allah, masih sempat lagi nak melipat gandakan amalan dgn masa berbaki ni.
Allah, kuatkan imanku...
Macamana persiapan raya korang.. ni hari last day keje wehhh... bos bagi cuti free esok. YahOOoOOOoooo!!!
kali ni persiapan raya sangat-sangat sederhana. tapi Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah... terima kasih Allah. terima kasih pada yang memberi. Semoga Allah berikan rezeki yang banyak lagi berkat buat kalian semua. Moga-moga ibadah dapat diteruskan dgn sungguh-sungguh.
Bila kita dekat dgn Allah. insha Allah, Allah uruskan yang lain-lain. Kena PERCAYA dan MESTI yakin. Terima kasih Allah. terima kasih...
Korang yang balik kampung, tolong la.. drive baik-baik... tengok sekeliling. Jgn ingat kita sorang je kat atas jalan raya tu. Banyak lagi nyawa lain yang ada... dan banyak lagi nyawa lain yang menunggu kepulangan mereka yang tersayang.
Semoga amalan dibulan Ramadhan ini dpat diteruskan hingga ke akhir hayat. Tolong doakan ya.
Semoga bertemu lagi, dipanjangkan usia hingga jumpa lg dengan Ramadhan akan datang.
MAAF ZAHIR DAN BATIN. MINTA AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA INI ADALAH RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT KITA SEMUA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
*sedih juga, tahun ni pun takde siapa yang sudi pasangkan pelita buat saya...
:-|