RAMADHAN TIBA




Allahu, hari ni dah 5 ramadhan. Lain benar sambut puasa kali ni. Kena time PKP ni. Lagi la terbatas. Takde la beria mcm tahun yang sudah-sudah. Takde berkumpul bersama-sama lagi bila 1st day berbuka puasa. Sayu betul hati. Video call adik-beradik yang lain, dalam gelak-gelak… tapi terselit rasa yang lain sekali.

1st day puasa, cuma Dila & Apai ada buka bersama. Disebabkan time PKP tak blh keluar lepas pukul 8.00 p.m. terpaksa la bagi rules, sapa yang nak buka sini kena stay la sini. Tido umah mak enchek. Kang tak pasal-pasal kena tangkap dgn pak pulis… kena denda smpi RM 1,000 … matilanak…
Pak Enchek dah kobar, dio takdo nak pi jamin klu kono tangkap. Takde duit nak pi jamin doh… hehehehe…

Tido sini la Dila & Apai, sahur semua skali… mlm nye start tarawih berjemaah kat umah mak enchek. Acik Apai jadi imam nya… Allahu, sebak nya rasa hati. Berjemaah, berselawat... teringat-ingat je tahun sebelum nya, bergegas ke surau bila malam bulan puasa ni. Lagi lebih teringan dgn adik-adik yang jauh dimata dekat di hati…
2nd day puasa, Abob and family plak berbuka kat sini. Berimam kan dak Abob plak…
3rd day puasa, kali ni family MamaMie take turn berbuka kat sini. Dan kali ni, anak bujang den plak bergilir dgn apak eh jadi imam… Alhamdulillah. Ini la hikmah nya bila Allah beri kelainan untuk sambut Ramadhan kali ni. Moga-moga kita ambil segala kebaikan dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita.

Dak MokMok plak, 1st day puasa… tak sahur. Walaupun bangun awal pagi lepas subuh tuh… Cuma banyak minum air & makan roti. Pujuk suruh bangun sahur esok nya bila Makla ada… ha! Ambik kau. Sekali kejut terus bangun… sahur…makan… Berjaya puasa penuh, walaupun awal pagi ‘ter’ minum gak sebab dia terlupa… alhamdulillah, takde merenggek sangat bila dia puasa compare dgn abang dia time sebaya dak MokMok tuh. Dan hari seterusnya, pun dah puasa penuh… tapi bila dah masuk lewat petang tuh, dah asik mintak makan…minum… perut dah sakit.. heehhehe.. drama jugak tuuuh..

Betul kata PM, kita kena sesuaikan diri dgn ‘NORMA BARU’ bila mana virus Covid-19 ni melanda seluruh dunia. Siapa sangka, dengan sekelip mata jer… semua benda berubah.
Allah jua yang Maha Berkuasa. Dengan virus yang tak kelihatan di mata, tapi boleh lumpuhkan segala yang ada di bumi.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. Jadikan ujian ini, sebagai asbab untuk kami bertambah keimanan kepada Mu. Semoga Kau angkat semula virus ini. Dan jadikan kami orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan bertambah amalan pahala buat semua.

Selamat berpuasa!









HIKMAH


Ada hikmah bila dah kena PKP ni. Bila dah duduk rumah… (nak-nak plak dok sama dengan pak & mak enchek ni) pepagi kena pikir apa nak buat bekpes untuk mak enchek, anak-anak apatah lagi la kan… pak encheck tak minam pagi. Makan lunch terus.

Lepas prepared breakfast, turn mak enchek masak… (saje je aku suruh dia masak.. takkan asik aku jer nak masak kan? Hahhahahaa… biadap punya anak!

Eh! Tak lah.. saje je bagi dia masak. Ada kan sikit aktiviti untuk dia. House chores, sumer aku kasi settled la.. dia sama dia punya laki, tinggal nak pakai jer… heheheee..

Anak-anak plak, confirm la kan bangun lambat nya. Lepas subuh, sambung la ngorok balik. Omak eh, ikut mood. Klu malas, memang korang kena buat keje rumah la.. tak kira la lelaki ke pompuan… basuh pinggan, basuh & jemur baju, menyapu dll suma kena buat ye anak-anak. Kena kasi trained sikit.. sok mak apak dah takdo… pandai-pandai la urus diri.

Sekarang pun punya masa untuk mengaji… sama dengan anak-anak dan juga sendiri. Sambil malu dengan Dak MokMok tu yang dah buleh hafaz surah al-Mulk… omak eh masih lagi kena pegang quran… malu wehhh…

Semoga masa ini, kita semua manfaat kan bersama-sama dengan yang tercinta. Sementara kita masih punya nyawa ni… guna kan untuk mendapat redha dan bukannya murka Allah.

Semoga Allah pelihara iman kita hingga ke hujung nyawa… moga-moga kita semua bakal berjumpa lagi di syurga…

Aris & Co, aiismishallofyou. Tiap kali masak, memasing sibuk video call. mula la terjerit-jerit memasing tuh... rindu sangat weh... moga Allah beri keizinan untuk bersama-sama semula.  Aamiin.

#stayathome
#kitajagakita
#covidpleasegoaway


UJIAN


Lama giler tak menulis. Padahal banyak sangat benda yang telah terjadi kebelakangan ni. Banyak benda nak cite.. tapi macam tak terluah. Mixed feeling. Semua ada.

Hari ni genap 2 minggu PKP. Apa tu PKP? Perintah Kawalan Pergerakan. Macam pelik aje bunyi nya. Tapi itu la kenyataan nya. Allah uji, tanya Allah sayang kan?

Kali ini Allah uji hampir 1 dunia dijangkiti wabak virus. CoronaVirus. Atau lebih glamer COVID-19.


Allahu. Lockdown hampir kesemua negara alami untuk benteras wabak ni. Malaysia tak terkecuali.
Tak tahu nak cakap apa… redha je. Setiap masa berdoa. Minta Allah ampunkan dosa seluruh umat manusia. Minta Allah pulihkan keadaan seperti biasa… sebab hari ni dah 6 Syaban. Bulan depan dah masuk Ramadhan weh… Allahu. Sayu nya hati…
Nak pegi terawikh dekat surau… nak berbuka puasa dgn adik beradik semua. Huuuhuuu…hmmm.

Selama PKP ni, tak dapat kumpul bersama dengan adik beradik lagi. CikAteng sensorang keje kat Mersing nun. Yang lelain sumer perintah berkurung di rumah masing-masing. Hari-hari buat video call jer. Buat lepas rindu. (rindu woiiiii) 😢😢😢

Anak-anak pun dah sambung 1 minggu lagi cuti sekolah since cuti sekolah hari tu… ini PKP sambung lagi 2 minggu… dan dijangka berakhir 14hb April ni. Tapi rasa nya macam bersambung lagi.

Cikgu-cikgu pn dah sibuk bagi kerja sekolah thru online. PM pun dah isytihar macam-macam benefit selama PKP ni… alahaiiii… tak tahu nak kata apoo dah.

Tapi ada hikmah juga selama 2 minggu ni tak pegi kerja. Allahu… banyak lagi nikmat yang Allah beri yang kita tak pernah perasan. Selama ni jugak dapat jugak pulih kan (sikit lah) penyakit anxiety yang dialami oleh mak enchek. Minggu-minggu sebelum tu, kesihatan mak enchek sedikit merosot. Asik takde selera makan. Tido pun terganggu… dan emosi juga turut terjejas. Asik termenung, susah hati… 1 kerja tak blh buat. Macam dah teruk sangat dah time tu…
Tapi Allah beri rezeki untuk aku, suami dan anak-anak ada dengan mak & pak encheck selama tempoh PKP ni.


Terima kasih Allah. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun aku anak beranak kira nya menyibooook jerk at umah ni… tapi sekurang-kurang nya, kesihatan mak encheck semakin baik… walaupun sekali sekala tu ada jugak datang menyerang. Tapi anak dia ni, pesen anak apak eh… garang bonar… bila dia dah mula jer, kata itu ini.. aku pn mula la… hehehheee… bukan la marah, tapi malas nak layan benda-benda yang lagi melemahkan perasaan dia… kita kena kuat.. kena lawan penyakit.

MUST!

Moga-moga Allah beri kesembuhan pada ibu saya. Hajah NORIAH bt Hj Sahlan. Allah beri sedikit ujian untuk kita tambah iman dan amal ibadat padaNYA. Begitu juga dengan cabaran dan ujian yang Allah beri pada kita sekarang. Semoga Allah perkenankan doa-doa hamba Nya yang lemah lagi hina ini.
Mari kita sama-sama berdoa, beramal dan istiqomah dalam mencari redha Allah. Semoga virus ini hilang sebelumnya Ramadhan. Semua dengan izin Allah dan semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.

Semoga Allah beri ganjaran pahala untuk semua pekerja-pekerja front-liner Malaysia. Anda semua hebat!!!

Insha Allah.

#stayathome
#jagadiribaikbaik
#kitajagakita