*Lama dah dok dalam draf... tapi, nak post jugak la. Buat kenangan*
Aris & Co' in da house!! |
Hari ni dah 13 Syawal. Korang masih ada
mood beraya lagi ker? Ehehehe… Mood ke laut la kan, tak bleh nak pi beraya ke
sana. Ke sini… macam selalu. Kita masih lagi dalam PKPB… longgar sikit compare
to PKP tu hari.
Raya kali ni confirmed la lain. Dah time
posa marin tu pun dah lain bonar… ekau nih.
Last Ramadhan tu hari, semua solat Jemaah…
Bertakbir la. Sayu benar sebab Cik Ateng tak balik raya. Tak bleh nak rentas
negeri untuk balik raya… PM tak bori balik rayo. Nangeh la kitaorg sumo… Ekau
nak bonar rayo kek Johor, kan Allah dah bori.
Esok nya solat sunat Aidilfitri pun, hanya
di rumah sahaja. Abob jadi imam nya, Abg Ammar tukang baca khutbah, Abg Adib
tolong bawak kan uncang nya… hehehehe… (sumbangan ikhlas untuk tok imam, bilal
yang bertugas sepanjang Ramadhan di rumah Atok) Rezeki anak-anak…
alhamdulillah.
Sembahyang raya online skali dengan Cik
Ateng. VC skali dgn Shukri yang masih belum beraya. So, Uncle Shuk tak blh
solat raya lagi. Masih malam raya, dan masih bertugas. Kenangan betul la raya
musim COVID-19 ni. Bersalaman pun secara online… hehehee.. mcm-mcm hal lah.
Allah beri macam-macam hikmah time ni. Kena
la pandai-pandai cari dan pikir sendiri.
28hb tu konon Cik Ateng kata nak balik KL…
dah yak-yak yeah la semua nya… dah plan nak buat lontong, laksa, segala macam
makanan la citer nya. Skali, dia kata itu big boss blm mau pulang dr istana
hinggap tu. Dodok dendiam la memasing… sedeh.
Rezeki Allah bagi 30hb tu, Cik Ateng boleh
balik KL. Terus la rebus lontong bagai. Sib baik la Pak Enchek dah bawak balik
daun sesiap tu hari. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
Walaupun suasana nya berbeza, tpi hikmah
nya.. cukup terkesan dihati.
Semoga Allah beri keizinan untuk menyambut
Ramadhan dan Aidilfitri secara lazim nya ditahun akan dating.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA…MINAL AIDIL
WAFAIZIN.