KEHILANGAN

 Allahu, 


Selalu baca news tentang kematian mangsa yang diuji Allah dengan virus C19. Lately ni, kazen kiter pun ada juga yang kena... 

Bila dengar berita, luluh nya rasa hati... nak-nak penyakit ni klu dah hinggap... kita tak dapat nak ziarah.. bukan macam dulu, bila dengar orang sakit... kita boleh datang ziarah.. bawa buah tangan... tapi kali ni, lain sangat. Betul-betul lain macam ujian yang Allah beri pada semua hamba-hamba nya.


Hari ni, kami kehilangan seseorang yang sangat baik.


Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afiha wa’fu’anhu.. 

Buat Aidil (sepupu kiter ni wak, wife meninggal semalam due to C19), 


Semoga terus sihat dan kena kuat semangat untuk anakanda Annur... besar betul dugaan buat anak yatim ini.. since lahir, hingga ke umur 7 tahun... Allah uji dia... dengan pelbagai ujian.  Semoga Annur juga kuat dan tabah.. jadi yang terbaik.. sebaik umi... dan menjadi pembakar semangat buat Abi terus melawan penyakit dan terus sihat.


Kali terakhir jumpa Syakiera, 2 bulan lepas.... sama-sama membantu uruskan jenazah Nyai Bik di Meru. Time tu, beria betul dia.. ke sana sini... settlekan macam-macam benda. Tak sangka, dia juga 'turut sama' selepas tu... Allahu, sedihnya...

Semoga Allah ampuni dia... lapangkan kuburnya.. dan jadikan kuburnya sebahagian taman-taman syurga... Allahuma... semoga kita berjumpa lagi di syurga.

Korang semua, please take care... stay safe. Extra careful. Usaha untuk jaga diri & keluarga sebaik mungkin. The rest, kita berserah pada Allah.


Semoga Allah beri keizinan untuk bertemu semula.

💓💓💓


(Ehsan gambar daripada FB Melly.)