.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ooooo Sayang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awak tau tak,
..
..
..
.
Aqib lama dah tak ngadu dengan orang yang dia rindu awak tau...
Ada 1 hari tu, bila org balik keje... org tengok dia baring & lepak kat hall depan... SOrang dia jer.
Memang jarang-jarang sangat dia terlentang kat depan tu bila balik dari sekolah.
Bila org gerak pegi dapur, tiber jer dia dah balikkan badan... pas tu dengar bunyi tersedu-sedan.
Orang pun tanya la, eh.... nape...?
Ingatkan dia mengaruk nak ajak pegi pasar malam.... rupa nya dia R.I.N.D.U. awak la sayang...
Allah! luruh hati orang bila cakap macam tu. Dia kan mana penah macam tu.
Dengan orang skali rasa nak nanges... tapi kuat kan je hati ni... buat-buat suruh dia pegi solat. .. suruh itu, ini... Then orang terus peluk dia... pujuk dia...
Itu jer ubat nya...
Agaknya dia teringat la kot. iye la... tu kan tempat lepak awak dengan dia...sorang hilangkan lelah balik keje, yang sorang lagi baru balik sekolah. Baring sama-sama... tengok hp sama-sama...borak... kan?
Kesian dia tau sayang... pas tu asik cakap, nape Aqib je tak penah mimpi baba... orang lain sumer dah...
Orang takde jawapan untuk soalan dia tu...
hmmm...
Sayang,
Tu hari balik beraya dari rumah GG, orang ada tanya anak-anak.. sapa ada mimpi baba lately ni...?
Abang cakap dia... mimpi beraya dengan awak. Orang pun terus excited.
Sebab awak tak 'datang' beraya pun dengan orang.... tanya la abang macam mana... bila... baba cakap apa... macam-macam lagi la.. terus-terus desak dia...
Tp anak awak tu, memang perangai awak la... mana nak cite details kan. Geram jer orang.
Bila dah asik asak tanya, Aqib pun terus la sound orang... "Mami tu bila kejut abang solat subuh, suara mami terpekil-pekik... berterabur roh abang nak masuk dalam badan dia. Macamana dia nak ingat apa yang baba cakap!"
Hah!!! kan dah kena setepek!!!
Aduh.. terus semua gelak macam nak mati... sabar jer la..
Esok nya terus macam merajuk dengan awak la sayang. Lepas hantar Aqib pi KAFA, orang terus balik.
Tak nak pi kubur... (Gila! merajuk dengan orang yang dah takde...)
Majuk la sebab tak awak tak datang beraya dengan orang... dgn abang jer...
Tp bila nak pi keje pastu, tiba la plak rasa rindu... singgah la juga... kita dating jap... ayo... apo la. Benggong. Along kata gila, sebab merajuk dengan orang yang dah mati, dapat apa? Hahahaha
Sayang....
Teruk betul sakit rindu ni. Memang boleh sasau la klu tak kuat iman.
Ha... Kakak Iman dah kawin tau Sayang. Seminggu lepas raya tu hari.
Kalau awak jumpa dengan laki dia.. memang boleh geng la.
Eijat tu kaki bisness. Memang ngam la dengan awak. Memasing pantang je klu cite bab menjual-beli.. laju jer.
So far, dia pun leh ngam dalam family kiter. Takde rezeki dia nak jumpa awak...
Raya tu hari, awak tau tak... diaorg sumer kan... ada jer ter'sebut.. terpanggil nama awak.
Haish!!!
Unc.bob...la... Zaid la.. hmm...
Memang terasa la macam awak tu ada je lagi dengan kitaorg.
Borak dgn aunty-aunty awak tu... memasing cite pasal awak jugak. Sume macam tak sangka awak dah tinggalkan kitaorg sumer.
I think, they miss you too.
Just like I missed you.
Rindu tau yang... sangat.