RAHSIA TUHAN

Berlegar di fyp Tiktok pasal lagu Rahsia Tuhan... 



Beserta kisah yang dipaparkan..


Mungkin kat acct.tiktok orang lain dah lama lalu.. kot la kat aku je yang baru lagi.


Macam-macam cerita yang dikisahkan. 
Kebanyakkan nya, susah dahulu, senang kemudian.


Macam pepatah orang Melayu... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Aku rasa, elok la gitu.. takut pulak.. bila datang senang dahulu, tak reti pulak bila dah datang susahnya... susah nak handle pulak.😊😊😊



Semua orang, ada rahsia yang Allah nak beri untuk masa akan datang... itu la dia, takdir.


Takdir yang kadang-kadang tak terjangkal oleh akal fikiran manusia. Ada yang senang, adalah yang terlebih senang... ada yang susah.. kadangkala lebih menyusahkan. Semua atas rezeki masing-masing.


Kita hanya hamba.. cuba seikhlas hati untuk menerima. Apa jua dah telah ditetapkan.
Sebolehnya, pikir la secara positive... walaupun yang datang semua yang negative.



Semoga Allah angkat darjat kita, bila diberi ujian dalam pelbagai bentuk dan rasa...
Untuk menuju ke syurga-Nya... banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi. 


Benda yang paling susah untuk buat... tau kan? 


Redha...


Minta sungguh-sungguh dengan Allah untuk redha... 


Sebab, once you get it... everything and anything will be fine... itu janji Allah. 





Rahsia kita.... hanya kita dan Allah sahaja yang tahu...  

kan???



 ðŸ¤«ðŸ¤«ðŸ¤«



♥♥♥