Raya Qurban Tahun Ni...

Tahun ni rezeki abah mama jadi tetamu Allah untuk kali ke 2... gi umrah bln Feb marin...
ni kali Allah jemput untuk bergelar Hajjah & Haji.... alhmadulillah.
Tahun ni agak banyak juga ujian di Tanah Suci... dugaan untuk jemaah... dugaan untuk ahli keluarga yg tinggal jua....
Alhamdulillah... both of them... sihat... dapat menunaikan semua rukun haji... (terima kasih ALLAH!)
so, skrg ni... kami adik beradik.. menghitung hari.. tak sabar sungguh tunggu hari kepulangan mereka... moga-moga Allah pelihara... dan menjaga semua jemaah yang akan pulang ke tanah air dengan selamat nya... Amiin.

balik pada cite raya... sedih wooo bila mama abah takde... lgi la bila dengar takbir raya malam tuh kan.
syukur anak2 mama & abah ada sikit ilmu masak-masak... masing-masing ada tugas sendiri. 1st time anyam ketupat sensorang...(selalu along, kakak, mama tolong anyam skali)... kali ni mengayam sambil diteman dak MokMok je. Buat lontong pun without supervision drp mak enchek... uhuhuhuu.... kali ni buat, tawakkal jer....
surprising... lontong ku masak dengan cantik nya... Alhamdulillah... terima kasih Allah.
walaupun daun nye ada harapan akan 'pecah'... cuma ketupat jer.. agak kental isi nya.
Tahun ni raya kurban.. tak cukup ahli forum... selain mama abah takde.. kakak pun tak balik.. cuti sehari jer.. lg pun nak exam.. keje sekolah banyak... raya la dia dgn kawan2 di Sri Iskandar.... raya di perantauan... hehehee...

itu la cite raya tahun ni... agak sedih jugak... tapi ok... masih ada adik beradik untuk bekerjasama, masak sama-sama...raya bersama... masih lgi Allah beri makcik2 yg masih mengambil berat pasal kami adik beradik... beraya jugak ke Kg.Baru... ke rumah cikpah... alhamdulillah...

Terima kasih Allah atas segala rahmat dan rezeki yang Kau beri...
Jadikan aku orang yg selalu bersyukur... doakan ye... ♥♥♥ 

Bukan Senang!!!

Doa untuk semua..

Jumaat - 11hb Sept.
Kejadian crane utama di Masjidil Haram tumbang! terkena bumbung dan menimpa jemaah haji yg berada disana. Sebelum tu, hujan.. ribut melanda... Allah!!!
Ada yang meninggal, cedera.. luka.... Allah! Allah! Allah!!!
Both my parents takde di tempat kejadian. Di hotel waktu tu... sebab hujan... Alhamdulillah ya Allah.... dengan kejadian ribut pasir yang melanda... waktu siang, cuaca mencecah 40 ke 42°C... petang nya hujan lebat... dugaan sungguh buat kesemua jemaah haji di sana...

Ya ALLAH! Kau permudahkan la segala urusan haji mereka ya ALLAH...
Jgn lah Kau persulitkan... bantula mereka ya ALLAH!!!


ameen!!!


Allah, lindungi kedua orang tua ku disana....

TIDAK MAHU MENGINGATI APA YANG BERLAKU

Perempuan ni lembut tapi bila sampai satu tahap dia terluka dia akan menjadi orang yang cukup keras. Hatinya akan menjadi sekeras kerikil, tidak lagi fikir apa yang akan jadi pada orang pernah sakiti hatinya. Dia akan buang orang itu jauh-jauh dari hati dan hidupnya. Pada satu tahap yang dia sudah tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku, jangan pujuk hatinya kerana itu adalah jalan sia-sia. Bukan tak redha dengan apa yang berlaku tapi dah penat untuk berfikir dan terus berfikir jalan penyelesaiannya.
Mungkin dia sudah memaafkan namun untuk dia kembali semula seperti dahulu kala adalah amat mustahil. Jadi biarkan dia... kerana hatinya sudah cukup terluka sehinggakan dia sudah tidak punya hati untuk berlembut lagi. Jangan di ingat perempuan yang nampak tidak kisah, simple, "humble", kasar dan sempoi itu tidak punya hati. Bila sampai satu saat bila hatinya disakiti dia adalah orang yang paling sensitif dan kejam dalam melupakan seseorang dalam hidupnya.
Benar mungkin orang itu pernah bertahta dihatinya namun bila sudah banyak kelukaan diciptakan untuknya tiada jalan lagi untuk orang lain pujuk hatinya. Baginya semuanya sudah selesai dengan sempurna jadi tidak perlu diungkit dan disingkap ianya akan melukakan hati yang sudah sedia terluka. Melangkah dengan hati yang keras dan kental tanpa berfikir kebelakang dan tidak pernah untuk mengingati semula kelukaan yang pernah dialami. Bila dia sudah berada di tahap ini dia akan menjadi sekeras-kerasnya manusia. Sukar untuk dilembutkan lagi. Saat ini bukan dia tidak memaafkan tetapi dia sudah tidak mahu mengingati apa yang berlaku. 

Biarkanlah dia pujuk hatinya sendiri..

RINDU...

Dengan siapa?

terasa sangat rindu nya... 

moga Allah beri kesempatan utk bersama lagi.... rindu sgt-sgt.


Allah! perkenankan lah.