TIDAK MAHU MENGINGATI APA YANG BERLAKU

Perempuan ni lembut tapi bila sampai satu tahap dia terluka dia akan menjadi orang yang cukup keras. Hatinya akan menjadi sekeras kerikil, tidak lagi fikir apa yang akan jadi pada orang pernah sakiti hatinya. Dia akan buang orang itu jauh-jauh dari hati dan hidupnya. Pada satu tahap yang dia sudah tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku, jangan pujuk hatinya kerana itu adalah jalan sia-sia. Bukan tak redha dengan apa yang berlaku tapi dah penat untuk berfikir dan terus berfikir jalan penyelesaiannya.
Mungkin dia sudah memaafkan namun untuk dia kembali semula seperti dahulu kala adalah amat mustahil. Jadi biarkan dia... kerana hatinya sudah cukup terluka sehinggakan dia sudah tidak punya hati untuk berlembut lagi. Jangan di ingat perempuan yang nampak tidak kisah, simple, "humble", kasar dan sempoi itu tidak punya hati. Bila sampai satu saat bila hatinya disakiti dia adalah orang yang paling sensitif dan kejam dalam melupakan seseorang dalam hidupnya.
Benar mungkin orang itu pernah bertahta dihatinya namun bila sudah banyak kelukaan diciptakan untuknya tiada jalan lagi untuk orang lain pujuk hatinya. Baginya semuanya sudah selesai dengan sempurna jadi tidak perlu diungkit dan disingkap ianya akan melukakan hati yang sudah sedia terluka. Melangkah dengan hati yang keras dan kental tanpa berfikir kebelakang dan tidak pernah untuk mengingati semula kelukaan yang pernah dialami. Bila dia sudah berada di tahap ini dia akan menjadi sekeras-kerasnya manusia. Sukar untuk dilembutkan lagi. Saat ini bukan dia tidak memaafkan tetapi dia sudah tidak mahu mengingati apa yang berlaku. 

Biarkanlah dia pujuk hatinya sendiri..

0 comments: