R.I.N.D.U


Allahu!


Betul la.. rindu kali ni sangat menyakitkan. Lain plak rasa nya... Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Bila kau rindu, kau boleh menangis sepuasnya.. dan kau doa banyak-banyak... minta pada Allah... bantu kau...

Tapi, bila dak MokMok datang perasaan RINDU pada en.somie... Allahu... kita pun turut koyak... rabak weh...

Hampir sebulan kepergian en.somie ke negeri abadi... saban hari bertambah rasa rindu itu. Hampir setiap malam, scroll balik gambar & video dia... terasa macam dia masih ada lagi. Semua org dlm rumah pun, cakap benda yang sama... rasa macam baba ada jer lagi dengan kita... baik atok, tokmak, ucu, anak-anak pun macam tuh.. kadang-kadang tertunggu waktu dia balik dari kerja... balik dari jumpa kawan-kawan... mmm.. mcm tu lah...

Kami pun tak pernah mention perkataan 'arwah' utk baba... still guna ayat 'baba' dalam percakapan harian... (contoh: barang baba, kalau baba tau, kalau baba ada... bla.bla.bla... semua nya BABA) tu sebab, tak rasa pun dia dah takde dalam dunia nie...😐

Nak simpang kenangan kat sini la... (nanti boleh baca lagi dan kenang semula)

Malam tadi, sebelum tido... macam biasa la.. belek-belek gambar dlm phone. Cari gambar berdua, nak buat wallpaper... sampai la ke tengah malam nya... dak MokMok pun dah lama tido... leka sangat cari gambar... dah puas hati, terus la lena... dalam rasa tido-tido ayam tu... aku dalam suasana yang biasa... waktu siang, duduk bersandar kat kerusi.. hall depan rumah, rasanya sambil lepas buat homework dengan Aqib kot. 

Tiba-tiba en.somie saya pulang dan terus duduk atas kerusi belakang saya. 
terus peluk saya dari belakang... pelukan kami sangat erat... dengan penuh rasa kasih dan sayang. Tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulut kami... kami berpegangan tangan...kepala kami bersentuhan dengan penuh rasa sebak kedua-dua nya....macam menyatakan... yang kami saling merindui antara satu sama lain. Allahu, Lain betul la rasanya... 

😭😭😭

Allah, tak pernah rasa pelukan begini selama hidup. Walaupun hanya dalam mimpi... sangat terasa... bila dikenang balik, macam terasa lagi sentuhan tu.... 
Terima kasih Allah... terima kasih.



Baiknya Allah... dalam aku process menerima ujian... dan redha dalam ketentuanNya, Allah hadirkan dia dalam mimpi... walaupun hanya sebentar cuma... membuat aku dpt menerima pelukan dari dia untuk meredakan rasa rindu ini. 
Terima kasih Allah.. terima kasih... 

Terima kasih Sayang, sebab datang dalam mimpi orang, orang dapat sentuh awak... dapat pelukan kasih daripada awak. Orang memang rindu kan awak. Dan orang rasa, macam awak pun rindukan orang jugak kan?!!!

1st day orang pergi kerja, sepanjang jalan orang nangis... tak tahu kenapa. 
Mungkin orang belum dapat biasakan diri, sebelum ni, kalau pegi keje... salam awak dulu. Kiss awak dulu... doakan awak dulu. Bila dah sampai office, kita akan text... siapa yang sampai office dulu. 
Saling text berbalas text... "Kerja baik-baik, take care & love u 😘"
(Text wajib kita setiap hari bila nak mulakan kerja). 

Sekarang, orang dah tak perlu inform sesiapa, yg orang dah smpi office atau balik lambat dr office. Dan lepas ni, orang tak dapat lagi msg setiap location hospital & mana-mana tempat yang awak pegi... Semuanya dah lain tau sayang.. bila balik kerja pun dah rasa lain. Dulu awak tunggu orang balik.. sebab selalu org balik lewat, awak duduk depan sambil main phone... Sekarang ni, bila sampai rumah.. hati jadi sayu jer... bila nampak motor ada, tapi orang nya takde.

Lagi berapa hari jer lagi nak sambut puasa, anak-anak dah asik bagitahu... tahun ni mesti lain... baba dah takde, tak buka puasa.... sahur dengan kita... dah takde sapa nak beli kuih kole kacang, akok, nasi arab... utk buka puasa nanti... semua orang tahu apa menu bulan puasa awak, sayang... sedihnya..

Patut la tahun ni, awak tak beria pun nak suruh buat baju raya... awak kata pakai tahun lepas punya jer... padahal, dah 2 tahun berturut awak buat baju raya. Tahun lepas, kemain lagi kita anak-beranak naik LRT ke Masjid Jamek utk tempah baju melayu. Beria-ia sungguh..... tahun ni jugak, kebetulan pulak... ramai nak pakai tema kaler HITAM... Ain anak beranak dah beli kaler HITAM, MakLa pun, kononnya nak siapkan baju melayu Apai kaler HITAM tahun ni... Even anak-anak awak pun dah bagitahu masa awak ada lagi, nak tema HITAM juga tahun ni... Sampikan anak dara awak dah siap beli baju kurung raya kaler HITAM juge
😢😢😢... rupanya, berkabung lah kami tahun nie...

Patutnya, kita nak celebrate besday awak, mama dan ain on 5hb Mac (Sabtu) hari tu kan... Ammar dah siapkan invitation card... Hadiah utk games, birthday pun dah ready.. dah siap order kek juga... tapi tak kesampian.. orang dah cakap dgn adik beradik... kali ni, macam nak jemput ramai-ramai la.. ajak Atok Ami, CikSimah, CikNon, CikDin, Safidah... semua la... nak bagi kumpul reramai... tapi benda tu, macam tertahan-tahan jer. Macam berat jer nak ajak semua walaupun ada dalam perancangan. Adik-adik orang semua pun 'berat' nak carikan hadiah utk besday awak, yang... Termasuk la org... hadiah ain & mama dah siap beli... tapi hadiah utk awak, org bgtahu anak-anak... tak payah la ya... sebab besday org tahun ni pun, awak tak belikan apa-apa pun... takde ucapan mesra dan romantis pun... awak cuma wish, Happy Birthday'.. jer!!! sadis je bila orang ingat balik... 
Rupanya, tarikh tu... kitaorg ramai-ramai buatkan Tahlil untuk awak walaupun secara online.. ramai yang ada... macam cerita Melayu... majlis suka, bertukar duka..😢

Sayang, kalau la orang tahu... malam gelisah awak, rupanya tanda awak nak pergi... orang takkan tinggalkan awak. Org duduk disisi awak sahaja. 😢
Tapi, kitakan manusia yang lemah...mana la kita tahu rahsia Allah kan.

Sayang, kita dah planned nk travelkan. Nak pegi Penang, nak naik Kelantan, dan kalau ikutkan 26hb Mac lepas.. awak dah ambik cuti nak ke Johor. Awk bgtahu orang lain, nak bawak orang pegi umrah... Nanti awak nak beli moto besar, nak ride ber2 dengan orang... ikut geng Hornbill awak tu. Awk plan nak bawak geng-geng ustaz, naik Xpander pegi ziarah... nak cat rumah Tmn Ehsan sama-sama dengan anak-anak... nak make over rumah before raya tahun ni... sebab nk ajak sedara-mara datang raya tahun ni... eh! macam-macam lagi la plan kita. Konon nanti, bila anak-anak dah besar, dah kerja, diorg dah ada family sendiri... kita berdua naik Xpander Itam tu nak round Malaysia... awak ingat tak sayang???

Tapi apa yang kita planned, tinggal kenangan sahaja... awak dah pergi tinggalkan orang dan anak-anak.

Kesian kitaorg tau. Bila Allah hadirkan RINDU, semua pasti akan alirkan air mata. Semua tau yang, termasukla mama... abah... adik beradik orang... ipar duai awak... sedihnya la hai... lagi kesian kat anak kesayangan awak tu la... dia sebiji perangai awak. Cukup rasional... and always think positive. 
Alhamdulillah.. dia tak demam, dan tak banyak sangat meragam semenjak awak tinggalkan kami.
Pernah 2 kali jer orang rasa, dia betul-betul RINDUkan awak... nangis teresak-esak. Tapi dia tak cakap pun yang dia rindu awak yang... aduh!!! macam baba dia la... takde nak luahkan feeling-feeling nie... tau-tau nangis jer... hehehehee
Kitaorg berebut bantal busuk awak tu, hehehee.. klu dulu, awak suka la sakat org dengan bantal tu.. memang ke laut la org campakkan.. jejekss... tapi skrg, itu la pengubat RINDU kami... 

Insya Allah, org dan anak-anak akan cuba sentiasa doakan awak 'disana'... org akan pastikan anak-anak utk sediakan hadiahkan yang baik-baik utk awak bahagia 'disana'. Beruntung sangat awak, Abg jadi imam masa solat jenazah tu hari. Orang memang tak sangka sungguh. Anak-anak pun takde la buat perangai sangat skrg nie... Aqib kata, hari-hari dia akan doakan utk baba... setiap akhir sujud... pasti lama sikit drp biasa.. (dia kata, dia doakan baba.. tu yg lama tu.. hihihiii... kadang-kadang dia berlumba dengan kakak dia.. sapa sujud lagi lama...)

Moga Allah kuatkan hati kami, utk terus ingat dan terus berdoa utk awak ya sayang... Moga Allah izinkan kita bertemu lagi di syurga Firdausi... 

Kami semua sayangkan awak, hingga akhir nafas kami. Semoga tempat perhentian ini, adalah sebahagian taman-taman syurga buat awak Sayang...💝

*Mesti awak dah dapat jumpa dengan 'abang'... mami, daddy, cikpah, cikmiah, wakmisai, uncle 'ak, uncle li, uncle man... eh! ramai nya 😭😭😭...


**Panjang nye luahan hati kali ni...**


KAU PERGI

 Allahuakhbar!

Pilih tajuk yang sama dengan Safidah... baru je update PERGI  perihal kematian Arwah Wak Misai... kali ni giliran En.Somie. 😢😢😢😢




Tak sempat lagi nak update story birthday dia on 2/3/2022 tu ari... tup-tup tarikh 4/3/2002 Allah dah jemput dia semula...


😢😢😢😢


Macam tak percaya yang En.Somie saya dah takde... pergi buat selama-lamanya. Selama ni dia cuma pergi 'keluar' dengan kawan-kawan, geng office, sedara mara... tapi lepas tu, dia pulang semula ke pangkuan saya.... tapi kali ni, dia dah kembali ke PenciptaNya... dan tak ada lagi disamping saya dan anak-anak... Allahu! 

Semua orang tak percaya yang dah dia meninggal dunia bila aku khabar kan thru Whatsap... sebab dia tak sakit (sakit tenat, sakit yang berpanjangan)..

Aku sendiri pun tak percaya yang dia dah takde... Setiap malam, sebelum tido... aku pasti belek semula gambar masa dia dlm 'Emergency Room - HKL' hingga gambar saat dikafankan untuk aku pastikan yang.... En.Somie aku dah takde..😕😕😕.

Mula la air mata deras mengalir... bila dak MokMok tengok aku dah mendung... terus dia peluk, cium bertalu-talu... walaupun dia tak ucap apa-apa... tapi kelakuan dia tu, menyatakan "Mami, jgn nangis... aqib ada!!!" 😭😭😭 Allahu, touching sungguh.

Umur dia baru 8 tahun... tapi dia lagi kuat daripada Mami bila hadapi situasi mcm ni... Entah lah... tak tahu nak cakap mcamana... belum cukup kuat untuk meluahkan lagi rasa kehilangan hingga terbit rasa kerinduan yang teramat sangat... 


Mohon Allah kuatkan hati... sabarkan jiwa... kental semangat untuk terus kuat dengan ujian, dugaan yang Allah berikan.

Terima kasih Allah... tunjukkan kekuasan Mu dengan asbab kematian suamiku.

Banyak lagi ilmu yang perlu dicari untuk melengkapkan diri untuk bertemu dengan MU.


Buat Suamiku yang dikasihi,

Terima kasih atas segala-galanya. Mohon ampun selama kita hampir 20tahun bersama melayari kehidupan sebagai suami isteri. Semua rencah kehidupan ada dalam kehidupan kita berdua..

Moga aku tabah, diberi kekuatan dan kesabaran selagi ada hayat untuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

Dan semoga kita berjumpa lagi di syurga Firdausi tanpa azab dan hisab.


Kini aku menjadi SEPI SEORANG PERINDU...