Birthday en.somie hari ni. dah nak masuk 4 series dah... (inshaAllah lagi 2, klu panjang umur).
takde hadiah apa yg dapat saya sediakan.. cuma doa yg dititipkan, yang tak pernah putus setiap kali sesudah solat.
Wahai suami,
takde apa yang aku harap didunia ini melainkan....
kau dapat mendidik diri mu jadi orang yang beriman. beramal soleh.
kemudian kau dapat mendidik ku, sebagai isteri yang solehah,
dan membimbing zuriat mu dalam menuju syurga Allah.
terima kasih dengan segala yang telah kau beri.
pahit, manis, kegembiraan, kesedihan... akan ku cuba bertahan. bersabar. dan terus
bersama dgn mu dlm mencari redha Allah.
Semoga kita dpat bersama-sama menuju ke Jannah dgn izinNya.
Selamat hari lahir buat suamiku.
Ku doakan kau semoga Allah panjangkan umurmu, diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki halal buat kami. dapat bersama-sama menghadirkan diri ke majlis2 ilmu. moga Allah kuatkan kasih sayang mu buat ku dan anak-anak sahaja. Elakkan dirimu drp teringin kpd apa yg Allah tegahkan... moga Allah cenderungkan hati mu kepada apa yang Allah perintahkan... amin.
Guardian of the Heart by Sarah Mikayla
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment