❤️

 Sayang,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ooooo Sayang...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terima kasih tau... 
Walau hanya sekejap jer.. tak tahu macamana nak cakap.



Bila dapat tengok muka awak yang bersih, tenang..... 


Allahu...  speechless.


Dah setahun tak jumpa kan... last time orang cuma dengar suara awak jer...
Tapi ni dapat tengok muka awak betul-betul, dengan awak senyum manis dekat orang, 


Aduh!

Terus blushing bangun tido tadi. 
Siapkan sahur utk mama & anak-anak dengan tersengih-sengih sensorang kat dapur tau.
Macam dah terjatuh cinta lagi dengan awak tu...


Tak pernah orang tengok muka awak setenang itu... semanis itu dan se'hensem itu.


Bila orang bagitahu yang, awak dah balik ni, orang tak payah sibuk-sibuk nak drive kereta lagi.. sebab awak dah ada kan, tapi awak cuma diam jer...awak pandang je orang...

Bila orang cakap lagi, orang dah drive kereta smpi PD tau yang,  (konon dengan bangganya bercerita dengan awak),
awak senyum jer.. tak cakap apa-apa pun dengan orang. 

Awak bangga dengan orang kan yang?? hehehee..

Macam best jer kita berdua tadi tu... anak-anak takde... kita dating berdua jer. Dengan suasana yang aman, damai, saling pandang, saling senyum antara satu sama lain.. 
Aduh!!! Rezeki malam Jumaat.

🥰🥰🥰



Terima kasih Allah... terima kasih sayang.. 


Terima kasih banyak-banyak... 


Orang sayang awak tau!!!





.
.
.
.
.
.


Awak datang jumpa orang sebab awak rindu orang jugak ke apa?
Atau awak jeles bila orang dgn along, aqib discuss pasal jodoh baru?

Awak jeles kannnn??? 

😆😆😆😆






Sumpah, orang tak pernah nampak wajah awak setenang tu, sebersih tu... hensem woooooi..
Semoga awak baik-baik aje kat 'sana' tau... nanti kita jumpa eh.. 

😘

❤️

Sayang,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ooooo Sayang...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awak tau tak, 
..
..
..
.

Hari ni dah hari 17hari kitaorg puasa. Kejap jer.
3 tahun dah kita tak puasa sama-sama. Tak dapat pegi PARAM naik motor dengan awak dah.. 
Rindu la.

Ajak abang pegi temankan orang naik moto pun, ada je alasan.. suruh belikan minyak tanah pun buat palau jer.. sedey tau...



Sayang..

Tu  hari kan, masa buat umrah.. orang cari 'awak'  tau. Melilau jer mata orang ni.
Sampai jer Mekah, dah start 'searching' dah... tapi jumpa-jumpa jugak. Berhajat sungguh tau.


Bila tak jumpa kat Mekah tu, men'cari' juga hingga ke Madinah. Disebabkan beria gak mencari tu.. dan tak jumpa, 2nd day kot kat Madinah.. orang tido lepas Zohor.. balik dr Masjid tu... macam letih... 


Tiber... mimpi.


Selama ada kat Mekah, tido lena walau pun kejap.. takde pernah mimpi pun.
Tapi kat Madinah tu, orang mimpi... disebabkan 'cari' awak kan... 


Dalam mimpi tu, 'bagitau' yang awak dah 'PERGI'....


Orang tanya diaorg semua.. mana Zaid? semua kata Zaid dah 'pergi'... Zaid dah takde... tapi masih jugak mencari tau... (tiap kali orang ingat mimpi ni, or cite dengan sapa-sapa, orang mesti menitik air mata... menaip ni pun, air mata orang dah menitik dah) sebak betul rasa bila semua orang dalam mimpi tu cakap yang awak dah pergi..


Orang bukan tak REDHA awak dah meninggal dunia tau, yang... tapi mungkin sebab orang RASA macam awak masih ada lagi dekat dengan orang...  tu pasal hati ni, macam tak percaya orang dah pergi.


Bila dekat kubur tu.. orang assume macam awak ada.. dengar apa orang cakap.. sampaikan kadang-kadang orang siap cakap sendiri,... 

"Sayang, awak dengar tak apa yang orang cakap & ngadu ni... jawap lah!!!"


Macam tak betul jer kan.. tapi itu la hakikat nya... 


Bulan puasa ni, genap dah setahun orang tak 'jumpa' awak (dalam mimpi)... sampaikan pikir...
Sampai nya hati awak tak datang jumpa orang, 
awak dah tak sayang orang ker? 
dah tak rindu orang ker? 
tak ingatkan orang ker?

macam-macam lagi la... teruk betul.


Awak tau tak yang, bila kat Mekah tu, orang asik cakap dalam hati.. best nya kalau awak ada sekarang ni.
Boleh explore kawasan Masjidil Haram dan sekitar nya...  Tah ceruk mana nanti la yang kita pergi terjah.
Kompom la awak akan cari 'Al-Baik' untuk orang sampai dapat.. kan??

Sah-sah la awak boleh ngam dengan Cip, laki si Mel tu... dia pun lebih kurang awak jer.. kaki jalan... ngan laki Farah tu pun.. boleh ngam jugak.. Zul tu ngikut jer.. takde banyak hal.
Kat sana, tu la geng orang dengan AlongPidah... rezeki dapat kenal dengan orang baik-baik.

Hmmm... 

Best nya kalau jadi kenyataan kan.. . Sebabnya awak yang nak sangat pegi Mekah tu... nak buat umrah... Bila orang jumpa CikSimah, dia pun cakap benda yang sama... awak asik cakap jer nak pegi sana.. 

Allahu.. sedih tau.



Tapi memang best pegi sana la... nak pegi lagi je... hati orang memang dah tertinggal kat sana.


Tahun ni celebrate birthday kat sana dengan Alongpidah tau yang.. aduh... touching betul.


Rezeki... Allah permudah segalanya. Terima kasih Allah.



Terima kasih sayang... walaupun kita tak dapat buat umrah & haji sama-sama... tapi tahun ni, orang dapat pegi sana.. dan orang pun dah daftar badal haji untuk awak tahun ni... kira nya, tahun yang sama dpt ke sana although different ways. Alhamdulilah.


Terima kasih Allah.
Thank you Sayang.


Nanti kita jumpa eh... RINDU!



RAMADAN KAREEM




Hari ke 15 kita berpuasa... kejap je rasa nya ni.


Puasa kali ni, lebih kurang macam yang sebelum ni. 

Cuma kali ni punya Ramadan Weight Challenge kita open pada Aris & Co' pulak. 

Beria-beria memasing timbang sebelum puasa tu... meriah sket kali ni.

Awal pagi raya nanti, kita tengok siapa yang berjaya menurunkan berat seminima 5 kilo.

Kita lihat siapa yang kenaaaa... hehehehee..



Persiapan raya tahun ni pun belum buat apa lagi. Kali ni, DakMokMok decide kaler Maroon pulak. Dia nak pakai kurta & suar slack jer.. tak mahu plak pakai baju melayu. Abang dia ikut jer. Tarak hal. Abang kata pakai je baju baba pun boleh.. Aku pun ingat nak recycle je baju mana yang ado, anak dara plak sibuk suruh sedondon tahun ni... kiter ikut jer lah...



Selamat berpuasa semua... 

Semoga kehidupan kalian diberkati Allah, sentiasa.


47

If you are still here, you are 47 years old..


Tahun ke 2, birthday en.somie cuma kiriman doa je mampu diberikan. 
Sambil pohon pada Allah, semoga awak bahagia di'sana'...



Rindu tak tahu nak ungkap macamana lagi.



Masih tercari-cari bayangan awak... mencari lagi walaupun kenyataan nya memang dah takde.

Masih lagi ada rasa rajuk tak menentu.. Allahu.. 


Semoga Allah beri ketabahan.



Happy besday En.Somie... semoga tenang-tenang aja.



Mish you! ❤️

46

Alhamdulillah.


Allah masih pinjamkan nyawa hingga ke usia ini. 


Celebrated birthday kiter kali ni ke Port Dickson. Sebelum nak tinggalkan kejap anak-anak ni... kita beli jiwa dema dulu ler..


Konon-konon nya nak healing dgn anak-anak jer... nak bawak Aepa sekali...dah tu Adela pun nak hekot.. ok la.. minta la Abob tolong tengok kan mak kiter tu... tapi bila dah nak smpi hari nya.. macam tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia... terus la offer dakAbob tu.. memula dia kata tak moa tido sana... ok. Sebab bini di keijo.


Tapi terus terbatal niat.. terus stay sana... Ahad tu, awal pagi dah gerak... ok la. Dapat la Aisy mandi-manda puas sket...


So, esok nya kami anak beranak bersama Aepa jer la yang enjoy a wonderful breakfast. (tu la motif bila kami anak beranak tido hotel) Then sambung jenjalan PD.... walaupun dah muak ke PD tu.. tapi still have fun... kan.... nanti nak pi lagi la.... 🤣🤣🤣🤣


Sebelum tu pun kiter ada jugak buat makan-makan sket sempena besday kiter, sama anak dara tu. Baca yasin gak... sambil doa selamat.. Alhamdulillah... adik beradik ipar duai anak buah semua baik-baik...


Terima kasih yang tak terhingga kepada Pemberi Rezeki.
TQ Allah. ❤️


Nanti pun kiter celebrated birthday kat tempat special... next entry ya...

























SESI 2024 - 2025

Hari mula sesi persekolahan 2024 - 2025


Darjah 4 dah DakMokMok tu.. sesi pagi pulop. Hari ni minta Abg tolong hantar kan pegi sekolah. Kesian pulak, hari pertama sekolah sesi baru ni nak suruh naik dengan CIkLa dia. Kiter kasi can la hari ni.. first day. Suruh ambik gambar elok-elok, hmmm..korang inga, dia nak ker? Jangan mimpi la... jenuh la paksa.


Kakak nya plak dah form3 this year. Pun sesi pagi jugak. Berebut bilik air la lepas ni. Sib baik la Abg pegi kolej, lewat sikit. Takde la berebut sangat. Tapi kalau dah lewat bangun tu, kompom la jugak.


Malam tadi baru la jugak, omak eh menyiapkan segala mak nenek buku-buku.. baru nak terhegeh-hegeh nak membalut, tulis & cop nama bagai... ni kalau dok serumah dengan Safidah, memang dah kena seru nama Junaidah sepanjang lorong ni... 

Suka nawww buat keje last minute...


Untuk semua anak-anak, belajar rajin-rajin.. jadi pandai.. bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Tuntut ilmu kerana Allah... semoga kehidupan kalian, akan Allah berkati.


Back to school anak-anak.


Cikgu belanja gambar hari ni... TQ Ticer








MAKAN-MAKAN DI BULAN DEC2023

*Entry tertunggak akhir tahun 2023*😝



Upacara penutup tahun 2023...



Apalagiiiiiiiiiiiii... MAKAN Lahh.



Celebrate birthday Mamamie dan AcikApai... Kalau ada Atok ni, kompom la... bertambah hadiah yang kena sediakan.


Sampaikan masing-masing dah tak tahu nak belikan hadiah apa utk dema-dema ni.


Tema kali ni, tuan rumah request BATIK.



Jenuh la selongkar kain baju abah kiter.. dapat la baju dia buat cover ... selamat!!!


Sonok la berkumpul reramaikan.. lagi seronok bila AmmarFael buat games baca tulisan Jawi..

Hamek korang semua... macam nak pengsan mengejaaa.. gagap jangan cakap la. eja lain, sebut lain tu.. biasaaaa... heheheheee


Nanti ada rezeki, kita kompol lagi eh...