SESI 2024 - 2025

Hari mula sesi persekolahan 2024 - 2025


Darjah 4 dah DakMokMok tu.. sesi pagi pulop. Hari ni minta Abg tolong hantar kan pegi sekolah. Kesian pulak, hari pertama sekolah sesi baru ni nak suruh naik dengan CIkLa dia. Kiter kasi can la hari ni.. first day. Suruh ambik gambar elok-elok, hmmm..korang inga, dia nak ker? Jangan mimpi la... jenuh la paksa.


Kakak nya plak dah form3 this year. Pun sesi pagi jugak. Berebut bilik air la lepas ni. Sib baik la Abg pegi kolej, lewat sikit. Takde la berebut sangat. Tapi kalau dah lewat bangun tu, kompom la jugak.


Malam tadi baru la jugak, omak eh menyiapkan segala mak nenek buku-buku.. baru nak terhegeh-hegeh nak membalut, tulis & cop nama bagai... ni kalau dok serumah dengan Safidah, memang dah kena seru nama Junaidah sepanjang lorong ni... 

Suka nawww buat keje last minute...


Untuk semua anak-anak, belajar rajin-rajin.. jadi pandai.. bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Tuntut ilmu kerana Allah... semoga kehidupan kalian, akan Allah berkati.


Back to school anak-anak.


Cikgu belanja gambar hari ni... TQ Ticer








0 comments: