RAMADAN KAREEM




Hari ke 15 kita berpuasa... kejap je rasa nya ni.


Puasa kali ni, lebih kurang macam yang sebelum ni. 

Cuma kali ni punya Ramadan Weight Challenge kita open pada Aris & Co' pulak. 

Beria-beria memasing timbang sebelum puasa tu... meriah sket kali ni.

Awal pagi raya nanti, kita tengok siapa yang berjaya menurunkan berat seminima 5 kilo.

Kita lihat siapa yang kenaaaa... hehehehee..



Persiapan raya tahun ni pun belum buat apa lagi. Kali ni, DakMokMok decide kaler Maroon pulak. Dia nak pakai kurta & suar slack jer.. tak mahu plak pakai baju melayu. Abang dia ikut jer. Tarak hal. Abang kata pakai je baju baba pun boleh.. Aku pun ingat nak recycle je baju mana yang ado, anak dara plak sibuk suruh sedondon tahun ni... kiter ikut jer lah...



Selamat berpuasa semua... 

Semoga kehidupan kalian diberkati Allah, sentiasa.


0 comments: