1st time on 10.03.2011

Sepohon Kayu Lyrics

by Saujana

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi


Ini la lagu nasyid yang abg & kawan² sekolah kena nyanyikan hari ni sempena Hari Tilawah Al-Quran peringkat Hulu Kelang yang berlangsung di S.K.L.K.

Masa memula dia ckp terpilih dapat masuk nasyid, mami dah cuak giler.. boleh ker... ingat kes tahun lepas masa dia kat KEMAS tuh... dah pakai baju melayu & songkok sesiap, boleh pulak dia kata tak moh naik pentas... haru sungguh... beria-ia la cikgu, mami sulaim (kawan abg) memujuk nye... sudah nye, mmg la tak naik ke pentas tuh....

Tadi abg call, nape tak tengok persembahan dia... hmmm frust, klu Teacher Aishah bagitau pagi tadi yang parents blh datang, kompom aku kuar opis kejap g S.K.L.K nengok nye... tapi takper la.. takde rezeki... tapi yang penting, I'm so proud of my son...(org lain mesti ckp, eleh.. takat masuk nasyid jerr.. pun nak bangga bagai....) tapi aku mmg bangga... pasal aku tau mcm mana perangai anak aku kan... yg lelain nak ckp apa... ADA AKU KESSAHH!!!

mami ♥ abanggg!!!! muaahhh.

0 comments: