Kolej Vokasional Setapak

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

AMBILAN TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa permohonan anda telah berjaya dan maklumat penempatan anda adalah seperti berikut:

NAMA INSTITUT : KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

ALAMAT : JALAN GENTING KELANG 53300 KUALA LUMPUR

W.P KUALA LUMPUR

PROGRAM : TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA

TARIKH MELAPOR DIRI : 06 APRIL 2021

MASA : 8.30 PAGI

☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝


Surat tawaran buat Abang Adib... alhamdulillah. terima kasih Allah.

Ada rezeki untuk sambung study dekat sekolah lama babah. Dia dah tak minat belajar, baik la kita bagi dia buat keje kemahiran. Beria la suruh semua org, doakan dia dapat masuk KV… dan Allah makbulkan. Cuma tak dapat tinggal di asrama. Dah apply, tak belum ada jawapan lagi.

 

Semalam, mami dengan babah pegi la dok menghantar untuk registered. Dah dekat pukul 8 pagi, baru dapat massage drp cikgu, hanya murid jer yang boleh masuk… daftar dan bayar yuran… aduh… apo guno omak ko cuti…. Adeh. Bertabah jer la.

 

Tunggu dekat setengah hari jugak la pendaftaran nye. Sampai naik fed-up omak eh.. dah siap suruh apak kau, antar mami balik. Baru separuh jalan, dah call.. kata settled. Sobar yoh lah.

 

Hari ni, Rabu sampai hari Jumaat… start orentasi. Balik kang pukul 5… pepandai la nak pulang ke rumah… naik bas ke, ketapi ke, pandai² la berdikari anak oooittt.

 

Pagi tadi, babah yang hantar pi sekolah. Masuk sekolah pukul 8 pagi.. leh la ejas… mami ke babah yang antor… klu masuk kul 7.30 pagi.. ko naik bas la nak…

 

Semoga dapat belajar di sekolah baru dengan cemerlang… jadi anak berjaya dunia dan akhirat. Tak pandai akedemik, tak semestinya tak boleh berjaya. Janji, kena ada usaha dan tanggungjawab untuk diri sendiri… yakin dengan ketentuan Allah.. pasti berjaya.

 

Good luck Abang Adib…  


Minggu Orentasi Bagi Pelajar Baru...


0 comments: