Nuzul al-Quran

 Allahu, malam ni dah 17 Ramadan. Tinggal baki berapa hari lagi je dalam bulan puasa ni. 😌😌😌

So far Dak MokMok masih bertahan lagi berpuasa. Tapi bila dah lewat petang tu, mula la... macam² perangai la yang keluar. Tahan plak dia, sebab pagi petang pegi sekolah. Atok asik bilang hari jer dengan dia. Kira berapa hari dah puasa... ada lahhh tueee... πŸ˜„

Tahun ni, anak-anak dah bising.. bila nak mula buat kuih raya... tahun lepas kan mami dia org tak buat... tengok la mcmana tahun ni pulak... klu rajin, kita buat la... klu terlebih rajin, kita beli jer la... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Tapi yang paling penting, cam biasa la kan... pelita raya wajibun ada... tapi kita guna yang tahun lepas punya jer la ye.. En.Somie masih simpankan dengan baik sekali pelita tahun lepas... kena ejas, mana yang perlu nanti.


Amacam ngan korang nye preparation untuk raya? hehehehee... tahun lepas tak dapat beraya sakan, tahun ni pun... rasanya lebih kurang macam itu la kot... cuma harap-harap nya, CikAteng dapat la pulang beraya bersama tahun ni... dah le besday dia woiiiii.... banjir la bumi Mersing klu beraya sensorang lagi kat sana... 😢😢😢


Moga-moga diberi kemudahan untuk kita semua untuk terus pertingkatkan lagi amal ibadah kita. Sihat tubuh badan dan terus kuatkan semangat untuk berburu. Semoga dipertemukan dengan malam Al Qadr. Malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Doakan untuk saya juga ya... πŸ’





Tarikh dan Peristiwa Nuzul al-Quran

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Seterusnya al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah. 

Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.



0 comments: