Allahu Akram.
Salam Ramadan.
Allahu, dah 17 Ramadan. Sekejap bethol. dah pertengahan Ramadan..
Ramadan pertama tanpa En.Somie disisi.
Allahu! Sabar la wahai hati.. sabar la wahai anak-anak...
Lain benar sahur pertama tahun ni... biasanya akan siapkan air nescafe, makanan untuk dia dulu. Pastu buatkan air susu blend sama kurma untuk Mak Enchek pula. Then, baru siapkan utk anak-anak. Utk kiter ni, last² la.
1st day tu hari, bila kemaskan makanan lepas berbuka.. along sampi tersasul srh simpankan makanan.. dia kata nanti moreh, unc.bob boleh makan.
😭😭😭 (Sebab memang rutin dia, memang akan moreh bila habis terawih)
Aqib tak blh dengar org bunyi mercun. Kompom dia tension. Dia cakap, baba takde.. sapa nk belikan dia bunga api & mercun mcm dulu. Hmmm.. sabar la. Nnt kite cari lah... Klu tak, confirmed baba dah order siap² seawal puasa.. tu yg dia benggang je sebab smpi ni hari, mami tak beli or carikan lagi.. hehehee.. sabor la.
😢
Puasa kali ni, Allah rezeki kan kitaorg sebahagian peserta kobid kebangsaan. Penyumbang statistics negara dlm peningkatan kes kobid semasa 😅.
Bila Lu'lu demam, dan sangkut bila buat rtk... Berjangkit kat abg pulak. Dak MokMok yg takde simptom pun sangkut gak. Heheheee.
Habis semua kena swab. Mama & abah je yg -ve time ni. Bermula episode kuarantin dgn anak² kat rumah mama.. mama abah terpaksa ke rumah anak lain demi menjaga keselamatan kesihatan daiorg. Dan rezeki pulak, bila Cik Ateng pun +ve. Balik la dia ke KL, dok bersama²...
Bila dok dengan anak-anak lain, mula la hati diorg tak senang... gelisah jer... 3 days later... dua-dua tu pun +ve juga... Moh le kuarantin beramai-ramai... hehehhee..
Tahun ni, tak sure lagi la nak pasang pelita ke idok... sayuuuu je hati tahun ni..
kiter tengok la macamana...
Selamat berpuasa semua.. semoga direzekikan Allah untuk berjumpa lagi dengan Ramadan akan datang...
*banyak benda nak cite, tp... tak terluah... simpan dulu dlm hati...
Hati meronta-ronta nak pegi sini, RINDU sangat hati nie... |
Banyak kali baca tulisan tu, nak make sure... betul ke nama tu? 😭😭😭 |
0 comments:
Post a Comment