Allahu...
Berapa hari lagi Ramadan akan berlalu. Hari² terakhir ni... Hati nie, makin sayu..makin rindu...airmata asik berlinang je. π’
Lately ni, kerap benar rindu tu bertandang. Dan pasti akan mengalirkan airmata. pasti rasa sebak serta sesak menyeksa jiwa.... Sungguh aku hamba Allah yang sangat lemah...aku patut kenangkan Ramadan yang akan berlalu... Tp, airmata asik tertumpah pada yang tiada.
Allah... kuatkan iman ku..
Rindu benar hati ni. Bukan aku tak redha, tp mungkin belum dapat berdamai dengan takdir ini dengan sepenuh hati..
Mohon doakan aku, kuat utk lawan rasa resah rindu ini.
Ramadan kali ini, tiada lagi pelita yang menjadi kemestian padaku. Tiada lagi jalan² 'sejukkan badan' menyusuri kemeriahan di Jalan TAR sambil tengok lampu ketupat...(kegemaranku) dan wajib singgah ke Kg.Baru utk tengok CikNon buat rempeyek... borak² hingga ke 1-2 pagi. Masuk kereta, tau-tau dah smpi rumah πππ...
Ramadan ini juga, aku tak excited utk menyediakan juadah berbuka. Masak yang ringkas sahaja... takde menyediakan lauk pauk. Nasib baik ada Nieyda, adik ipar yang sangat baik.. tak berkira langsung utk sama membantu di rumah. Walaupun penat bekerja seharian... tapi masih dapat membantu selain dgn adik beradik yang lain... aku juga tidak lagi menyediakan kuih raya yang menjadi rutin menjelangnya Syawal. (Kalau dulu, mesti en.somie dah tanya... bila mami nak mula buat kuih raya?!... walaupun dia tak beria minta, tapi rajin jugak membantu membakar biskut raya)
Allah, terima kasih... semoga Allah membalas syurga buat semua.
Tahun ni, tak de persiapan raya buat aku. Baju anak-anak pun, hanya sediakan utk raya pertama je.. tu pun adik-beradik aku yg baik dan prihatin yang tolong sama-sama belikan.
Terima kasih Allah, sediakan adik beradik yang sangat helpful. Sangat memahami. Sangat mengambil berat.. Allahu, sumpah aku sayang semua adik beradik aku... adik-adik ipar ku.. semua anak-anak buahku. Apatah lagi kedua ibu bapa ku itew..
Lepas ni, takde la dengar suara Unc.Bob memceceh kemas rumah sebelum raya. Sambil mengemas, mulut pun sama bising.. π tapi partner dia, (Kakak Iman) pandai ambik ati Unc.Bob... buat keje sama-sama... cuci kipas, cuci lantai, habis habuk-habuk kerusi diterbalikkan nya... sebab semua orang tahu, Uncle Bob buat kerja macamana.. semua orang tahu, Unc.Bob sangat pembersih hingga boleh jadi gaduh antara kita...
Semalam, Makla nak gantung langsir pun...'bercakap' jugak.. sebab tak berapa nak pandai masukkan cangkuk langsir tu... sebab itu pun keje Unc.Bob jugak
πππ...
Nnt kita dah habis masak-masak utk lauk raya, Unc.Bob juga yang akan bersihkan semua kuali, periuk, cuci lantai kat belakang rumah... pasni, kita la yg kena bersihkan.
Allah, hampir semua kerja dalam rumah tu... mesti Unc.Bob tolong buat. Apa kerja yang dia tak buat? tak tolong kat rumah tu??? masak, mengemas, membasuh baju...lantai, kipas, kadang-kadang tolong aku lipat kan kain... (tapi selalu aku tak kasi, sebab dia lipat.. buruk aku cakap) dan lain-lain lagi... macamana aku tak asik teringat kelibat dia dlm rumah ni...
Allahu...
Terasa plak skrg ni, bercinta mcm dulu-dulu... sblm tido.. tengok gambar dulu. Hanya mampu cium screen hp, bercakap sorang-sorang sambil tatap wajah yang aku sangat rindu.
Aku umpama kan yang suami ku ini hanya pergi outstation yang akan pulang bila sampai masanya nnt...
(tapi yang sebenarnya, aku yang pasti akan menyusul bersama dengan nya... bila sampai masaku nanti)
Mana yang pulang ke kampung, berhati² di jalan raya.. semoga selamat sampai dan dpt berjumpa dengan yang tersayang selagi hayat dikandung badan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Kenangan Berhari Raya terakhir bersama². Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi disyurga Firdaus tanpa azab dan hisab. Aamin...π€²π€²π€² |
0 comments:
Post a Comment