Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sayang,

Lain benar sambut raya kali ni. 😒😒😒
Walaupun tahun ni, kita dah boleh beraya macam tahun² sebelumnya Covid... Tp beza sungguh bila awak dah dipanggil pulang. Allahu, sebaknya... Tak terluah dek kata². Seronoknya kalau awak ada. Panjang dah langkah kita beraya tahun ni...😊😊😊


Takde persiapan raya seperti selalu. Tak buat kuih raya, pelita raya pun takde. Cuma yang ada, hanya kenangan kita jer...

Aqib sibuk suruh beli pelita baru, tapi orang takde keinginan langsung nak ada kan.. Cuma org pasangkan juga 1 pelita yang lama utk dia buat main bunga api & mercun. πŸ˜Ž


Sayang, 

Raya pertama.. anak kesayangan awk behave betul. πŸ’ͺ🏼 

Takde buat perangai buat pertama kalinya. Dia yang paling ceria. Paling bising dan paling lawak dan paling hura-hara bila dapat duit raya. Semua org surpised...

Takde pun buat perangai mcm tahun-tahun sebelum ni... pelik kan... mungkin dia pun sorok perasaan dia... (mana lah kita tau kan...)

Abang dengan anak dara kesayangan awak tu, jgn cite la. Bila start sesi bermaafan, koyak teruk. Tak tertahan airmata diorg... nak-nak anak dara tu. Terus dia badmood. 


Org pun sedih tengok anak-anak.... bukan tak sedih, tp org terpaksa kuatkan diri. Taknak anak² down bila tengok org sedih... nangis...  Dan bukan orang je yg buat-buat ceria, tapi semua org... adik beradik orang, biras-biras awak pun... tahan je dlm hati masing-masing. Allah je tahu macamana perasaan kitaorg ni skrg ni.

Kitaorg semua ingatkan awak tau. 😘


Sayang, 

Tahun ni.. kami semua bermaaf-maafan dengan mood ceria. Semua org selindungkan rasa sedih, sepi, sayu... demi utk anak-anak kesayangan awak. Takde nangis-nangis. (BOHONG!!! masa kitaorg beraya adik beradik... nangis jugak. tapi tak tunjuk kat anak-anak)

Org tak sangka, adik beradik org... masih terasa lagi kehilangan awak. Ingatkan orang dan anak-anak jer... tapi diorg pun sama... diorg sayangkan awak bukan macam abang ipar dah yang... tapi macam abang diorg sendiri.. macama adik beradik sendiri...

Allah! bangganya orang sebagai isteri awak. Walaupun awak garang, tegas, baran plak tu... kan? hehehehe.  tapi awak disenangi la... jeles betul orang ni. Ilmu apa awak pakai ni yang? πŸ€£πŸ€£πŸ€£


Awak tau tak yang, sehari sebelum raya.. kalut sungguh. Tak macam kebiasaan. Masing-masing tertunggu-tunggu penggumuman tarikh hari raya. Tak mcm sebelum ni.. Excited nya macam zaman kita budak-budak dulu. Sekali, memang betul pulak, raya awal sehari daripada yang dijangkakan.. dan tak ikut kalender kuda... hehehehee. 

Apa lagi, lepas buka puasa... masing-masing bersilat. Apai kena kerah anyam ketupat, klu nak tunggu Kakak Iman dan Non datang anyam... memang raya haji la kita dpat makan... rebus ketupat pukul 11mlm tu.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Orang plak macam biasa la.. prepare daun lontong. Pukul 4.30 pagi baru rebus lontong nya... hehehee.. yg lelain, semua la sibuk siapkan menu raya yg lain. Tahun ni Makla buat sambal goreng tau yang... klu awak ada, mesti suka kan... feveret awak tue.

Kakak Iman, takde geng kemas rumah mlm raya tu. Yang lelain, tolong kakak kemas sikit-sikit jer. Bila time dia kemas sensorang, koyak jugak dia sebab teringatkan awak. ☹️☹️☹️ iye la.. dia kan partner awak bab mengemas hall depan... Terus dia pasang lagu raya kuat-kuat lepas tu. πŸ˜‚


Jumaat 7/5/2022 genap 2 bulan awak takde... org gagahkan diri ke rumah baru awak... (walaupun sebenarnya, orang tak blh lagi pegi ke kubur) Tapi disebabkan tak tertahan nak pegi.. org pegi kejap je kan... dan bila pegi dengan anak-anak, kiter tak dpt nak borak panjang... Dak MokMok tu, rusuh betul kan... mesti awak rindu dengan suara dia kan... tak duduk diam. 

Bila org tanya anak kesayangan awak tu, dia cakap tak ingat pun dengan baba.... (hehehehee, boleh dia jawap mcm tuh) bila tanya rindu, dia kata... rindu sikit la πŸ€¦πŸ»‍♀️ ... sabar jer la dengan statement dia tu. (Tapi kiter tahu kan perangai dia mcamana...) 

Sebiji ikut perangai awak. takde nak luahkan rasa rindu.. kasih... sayang... tapi kita tau yang kita saling kasih dan menyayangi antara kita walaupun bukan dengan kata-kata dan perbuatan...

πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°


Nanti dah habis eddah, orang akan jengah lagi rumah awak tau yang...Insya Allah... rumah baru awak ni, orang tak akan buat apa-apa pun. Macam yang awak nak la. Biarkan kosong mcm tu, macam yang awak belajar dulu kan... nesan pun tak ada... cuma org nak letakkan tanda nama je... supaya orang dan anak-anak tak lupakan rumah baru awak tue nanti.


Sayang, 

Rezeki anak-anak awak, alhamdulillah... sangat mencukupi. Macamana yang awak selalu cakap dengan org, "adalah rezeki tu nanti" "nanti Allah beri rezeki lagi" dan mcm² la yang awak selalu pesan kat orang... dan mcmana Mummy penah bagitahu org dulu... jgn takut dengan rezeki dari Allah.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” ... 

Allah dah tunjukkan kebesaranNya pada orang... πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­ (insaf)


Bulan puasa tu hari, budak-budak Brotherhood Xpander buat collection... bagi makanan dan bawa ke surau utk tahlil awak, bagi duit raya untuk anak-anak... Allah, tak sangka sungguh... 

Didi datang dgn Bobby tu hari, dia cerita... yang dia tak percaya yg awak dah takde... terduduk dia... menangis la juga si Botak tu bila dapat tau awak dah meninggal... untung awak kan yang... ada kawan-kawan yang baik macam diorg. 

Dan yang paling tak sangka, tu hari Anna datang rumah. Dia datang dengan Big Bos tau yang...orang sangat terkejut. Rezeki awak tau, (org & anak² menumpang jer) dapat Big Bos yang sangat baik dan menjaga kebajikan org dan anak-anak. Terima kasih Allah. 


16hb Mei 2022,

Kawan² child hood plak yang datang ziarah, cuma Oslee je yg tak datang..padahal Bobo cakap dia nak mai... Dia dh lama tak dtg umah mama kan yang... Redz pun dtg juga tau. Semua datang bawak anak²... Dah besar anak² diaorg semua. Muka Afiq, dah lebih kurang mcm muka abang je... seronok kumpul ramai-ramai.. Mesti awak suka kawan-kawan datang raya kat rumah kan... awak la yang sibuk tolong masak... tolong kemas rumah... bila tetamu dah pulang, mesti awak akan tolong cucikan dapur... make sure periuk & kelengkapan semua dah siap basuh. Lantai pun mesti mop bersih²...😘😘😘 

Tapi sekarang... semua tu tinggal kenangan untuk orang je...  tak pe lah. Dah tertulis perjalanan hidup kita macam ni kan...


Eh,

Nanti kita sambung lagi tau yang, banyak benda nak cite lagi. Tapi yang paling penting sekali, orang nak bagi tau... orang RINDU GILER  dengan awak. Bila awak dah takde ni.. org betul-betul falling in love balik dengan awak.. asik teringat-ingat jer... (mcm kita mula-mula bercinta dulu laah... sorang dok kat AU4, sorang dok kat Jln Kuching... hehehehe) 

Itu yang terpaling susah nak selesaikannya masalah rindu tu.... 

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Awak doakan orang tau, anak-anak... jadi hamba Allah yang diterima amalanya. 

Allah redha dengan kita semua... semoga Allah izinkan anak-anak kita jadi anak yang soleh & solehah untuk doakan kita... dan jumpa lagi di syurga bersama-sama... 


Nanti sambung tau!!!

😘😘😘 (lama dah tak guna emoji ni...)


Orang sayang awak, anak-anak pun sayang awak..

sayang sampai ke syurga tau SAYANG... ❤️❤️❤️


NZ Family beraya tahun ni... tanpa Babah...

Kosong je ruang kat sebelah Lu'lu tu kan? hmmm..



Kurang sorang menantu Aris yang posing merepek tahun ni... dan tahun-tahun yang akan datang..




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ... MAAF ZAHIR DAN BATIN
Minta ampun dan maaf jika ada yang tidak berkenan dihati.
Semoga kita berjumpa lagi.

0 comments: