2010
Xtvt Coti
Last week, mmg penat giler la. Ada jer xtvt dgn adik bradek, sepupu sepapat...
25hb Dec '09:
cuti X'mas takde kemana-mana pun... malam nye cuma g wedding Nally... best pren aku time skolah. Pegi pun tak lama, crowded giler. MP pun tak dan makan, ada jugak kengkawan aku yg lelain tak makan. Just say hi, kasi adiah... balik! cantik tak Haznally Ab. Latif: (ada roper katy ibrahim ker sofia ibrahim? ehehehee)
*gambar ni aku cilok dr fb eyma... hahahhaa.. klu eyma tau, kompom marah kat aku.. jgn marah aku yer eyma, aku tak sempat nak snap gambar masa dia.. sibuk dgn anak2 daa.. hhhehehe...
26hb Dec 09:
Pagi lagi dah bersiap nak ke Meru plak... majlis tunang mely. Since MP keje, aku ler kena handle anak² bertuah. Sib baik akak & anak buah aku ada.. klu tak, mmg haru giler. TQ kakak iman. Layan gambar kat fb akak aku.. pasal dia jer yg rajin jadi photographer kurang bertauliah.. hehehehe GAMBAR @ MERU
Malam nyer ingat nak lepak kg baru, lepak2 dgn cousin yg mari dari Johor... abob plak ajak meronggeng ke Putrajaya.. saje jalan tengok lampu... since MP pun sibuk mengajak nye... aku gagahkan jua ler.. layan gambar kat fb akak aku jugak yer... LAYAN GAMBAR PUTRAJAYA
27hb Dec 09:
Kengkonon plan nak g main bowling dgn kazen², pepagi dah si Safidah call... jom jeram!!! Lebih kurang 11.++ a.m smpi jeram... apa lagi, gedebossss....
Ajegiler nye dah penat gedebosss di siang hari, malam nye kitaorg yg kazen-kazen & cucu melayankan Atok Amie g main bowling plak… lepas magrib semua siap² ke Flamingo plak… layan bowling 2 frame… sudah nye pukul 11 lebih kor… tak larat dah aku nak melayan diaorg sumer g NZ plak “mengeteh”… klu tak, mau balik kul 1 pagi… haru…((tunggu gambar lagi dgn NOMIE.. ish!))
Tapi syiok ler… pasal melayan kazen2 & makcik aku yg tak setahun sekali tu balik KL kan…. Lain kali nnt kita buat reunion lagi… rajin-rajin balik KL yer Wati… hahahhahaaa
Teringin....
Dah lama teringin nak buat outdoor family portraiture.. klu hire photographer professional, confirm mahal... tapi gambar diaorg, sumer marbelesss... selalu jengah blog SN... lps SN promote nama Daniel Zain, jengah plak blog dia, perghhh... pun menarik.. almaklum ler.. pro beb! Bila la dpat peluang apa yg aku hajat nie...
blog photographer yang aku selalu jengah:
SAIFUL NANG (feveret aku nie)
DANIEL ZAIN
EYE OF GRACE
ceh... tolong pomot plak blog diaorg... tapi tak pe la.. mmg suka tengok gambar² diaorg nie.. actually, byk lagi blog yg lelain.. lain kali aku hapdet ek...
Lu'lu pun nak...
Dumb Cooking.
sambil masak, sambil bergambo bagai.. hihihihi...
Nak bawakkan bekal untuk MIL yg benarnya, MIL & adik ipo aku mmg suka makan benda² mcm ne... diaorg sumer buleh makan.
Jom Goreng Pasta...
Rebus pasta dulu...
Dan bahan² nye... (agak-agak jer tuh)
Delayed Entry
Semalam, birthday abah.. 64thn kut.. (hahahhaha) blh plak aku terlupa. So, smlm semua anak & cucu berkompol kat umah tok mak... celebrate birthday atok yg ala kadar.. beli kek, satay, kfc jer.
Buat ABAH, Selamat Hari Jadi, Moga Panjang Umur dan Murah Rezki. Sihat Sejahtera, AMIN.
06/12/2009 'Kazen's Days Outzzz'
Kengkonon nye nak mengeratkan silaturahim antara sepupu sepapat. So, aku yg terhegeh-hegeh ni pun suggest le g main bowling. Harap sesangat ramai yang dapat men'joint'kan diri. Tapi, maybe diaorg ada hal kut, tu yg tak dpt pegi.. yang ado, aku. a.pidah. ana and our family. Yang bujang2 ado amir, ateng, dila, abob & gf, farhan, farhani. Tu je yang available.. tapi tak per la..tu pun dah happening. Oleh sebab kitaorg lewat smpi, 1st batch dah layan dulu. So, habis pun awal sikit dr yg 2nd batch nie kan... Thanks to Ana & Bujay, jemput kitaorg sumer g umah dia. Apalagi, semua agreed ler... hahhahaa... abis main, semua tuju umah diaorg. Sedap sungguh spaghetti olio & keow tiaw goreng tu... beserta buah2 tempatan lagi... hehehehe.
Insyallah, next... kita plan yg lelain plak. Pastu harap ramai yg boleh join... okehh!!!
**gambor tarak, malas nak bersnappy. A.pidah & Ana yg ada bawak kamera. tunggu diaorg upload kat fb.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضØÙ‰ 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha
HATIKU D' HARAJUKU
korang baca sinopsis dia kat sini jer la yer... TEKAN SINI...
Dating
So, dia bawak le g Sungei Wang Plaza.. wah... berkurun dah tak pegi tempat masa berchenta dulu nie.. hehehehe... so, smlm kira dating mcm zaman mudo-mudo dulu ler... hahahahaa... best jugak... partner aku ni, lepas kitaorg ada anak, mmg tak penah le nak ajak dating ber2-2 an.. sian anak kat umah kata nye... hmmm...weekday pun ramai jugak umat kat shopping compleks ni ye... hehehehee...
Xtvt hujung minggu
Every Saturday, my partner memang kena keje fullday... boring weh.. patah kaki mak anak beranak... hehehee... dah janji dengan adib nak g tesco, beli susu dia... pepagi Ahad tu dah tuntut... biasa ler. mana bule janji dgn budak sehat nie... lepas dia siap, sibuk kejutkan babah... tensen je partner aku tuh... kena bangun pepagi... kawan tuh dah le balik lambat smlm nye kuar dgn abob.. hehehe.. nasib le kan...
Kitaorg g breakfast kat Esso dulu.... then baru ke Tesco Ampang... beli apa yg patut... balik terus umah tokmak... tokmak nak buat soto. Tengok akak aku dah smpi... pastu ain plak... ingatkan petang tuh, nak ke Titiwangsa... takjadi plak.. mcm malas jer...
Malam, ajak my partner g Carrefour jer la... jenjalan... acik ateng plak mintak adib blanje dia karaoke pasal acik ateng dah belikan t-shirt tuk dia.. abis dituntut nye jugak... abis camno...
Akhirnya, ke Wangsa Walk Mall... kita berkaraoke... hehehehee... klu akak aku tau, kompom nak ikut punyo... so, apa lagi... jom nyanyi... hehehehe... (jgn tak tau, ini kali ke 2, my lil' lu'lu pun pegi berkaraoke... boleh? budak 10bln masuk pusat karaoke.. haru punya mak bapak zaman moden nie...) hahahahah...
*gambar nnt² le aku masukkan.. cam malas plak*
Andai Itu Takdirnya
Semalam, lepas bawak abg adib g clinic.. aku pun EL... hahahaha.. suka-suka hati jer ponteng keje... sib baik bos aku tak masuk opis smlm... klu masuk pun..."ada aku kesaah?" hahahhaa.. kureng punya staff...
petang² lepas tidur kan my lil' lu'lu.. aku pun selongkar buku cite acik ateng... jumpa buku ni... padahal dah baca dah before this... nak jugak.. pasal tengok buku lain, mcm kureng menarik minat jer... so, Andai Itu Takdirnya.. again???... layan.. syok woo cite nie.. 5* la... 2nd time baca pun leh tangkap leleh.. jiwang sungguh jiwaku.. jom baca sinopsis cite nie sket...
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 588 Halaman
Status Stok : ADA
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
Cermin pecah.
Natijah nye, aku yg kena tanggung ler... pasal laki aku marah, kenapa tak turun check masa alarm keta tu bunyi... helloooo! just imaging, alarm keta tu setiap hari mesti berbunyi dlm 2-3 x hoccay... takkan ler tiap kali bunyi aku mesti turun check... on da way aku turun pun, mesti tak sempat nak tengok saper punya keje kan... benggang betul la... smpi skrg aku masih lagi tak paham dgn peel partner aku nie.. smpi kan my parents pun ckp, buat pe nak marah... benda nak jadi... entah ler...
aku pun tak tau ler nak ckp mcm mana dah... dgn aku pun macam dah malas nak bercakap, aku pun apa le lagi... diam seribu bahasa ler...
Geram punya pasal, semalam... aku g keje jalan kaki dr umah mak aku... padan muka aku!!! GEERAMMM PUNYA PASAL!!! aku klu boleh dah malas nak gado... tapi, entah ler...
sumer benda aku dah lama pendam... kengkadang smpi naik benggong otak aku... pasal aku tak penah cite dgn saper-saper klu aku ada prob dgn my partner.. sumer aku telan sendiri... sampaikan aku pun dah tak tau apa perasaan aku... suka, benci... aku pun dah keliru...
Ya ALLAH, help me... pleaseeee....
Melawat Taman Burung
Aku pun buat wake up call... kompom adik badik aku ni tido lagi ni... set dgn ain, aku pun plan dgn my partner... kita g terjah umah akak aku... kompom membuta lagi tuh.. maklum ler.. baru pukul 8-9 pagi... hari ahad...
Sampai umah dia dlm kul 10 a.m., kasi gegar mana yang patut.. tunggu dia anak branak siap... srh dia g pick up ain plak... pasal laki ain kojo, tak dapek nak ikut... next time ye uncle rizal...:-) aku pn terus g umah mama plak... gegar adik² aku yg lain...
Settle lunch kat Lake Garden dulu, baru gerak Birk Park... ticket for Adult RM 15 (konon promotion la tuh, klu tak RM36 klu tak silap... cam tu nye mahal, kompom kitaorg balik jer) for children (3-12 yrs) RM 6...
Tempat... ok la... kira puas hati jugak la... bersepah² burung merak... sesekali pegi sini ok la... kata rakyat Mesia... kena la support tempat² mcm nie.. hehehee.. next, will be museum ker, memorial tunku abd.rahman, razak ker... best gak...